Sunday, February 22, 2009

Once Upon A Time....Finale

Adapun ni part terakhir pengkisahan tentang zaman kanak-kanak dan remaja yang Fendiosman lalui. Kalau Part 1, waktu bayi dan kanak-kanak, Part 2 dengan kisah sewaktu sekolah menengah. Kali ni Part 3, kita tengok aktiviti Fendiosman waktu di Menara Gading (time ni pun Fendiosman tak mampu nak beli kamera bagai.....jadi pinjam filem kawan je kalau nak bergambar!)

Dengan keputusan SPM yang menghampakan sebab banyak sangat main-main waktu Upper Secondary, Fendiosman ditawarkan untuk mengikuti matrikulasi. Waktu tu dah tahun terakhir matrikulasi dengan universiti, kemudiannya KPM took over. Kiranya sebelah kaki dah ada kat universiti la kot. Konsepnya lebih kurang macam tu la.

Universiti mana tatau? Hmmmm...salah jubah la pulak. Motif nak menayang jubah canselor! Hahaha....korang ada ke pakai jubah canselor universiti?

Sebelum sebelah lagi kaki tu menjejak universiti, Fendiosman tercampak kat Pusat Matrikulasi UKM Kuala Pilah. Baju putih, seluar ceklat. Bila outing, baju kuning, seluar biru, sebijik macam pekerja Gedung Harian Kuala Pilah.

Kat sini, semuanya macam robot. Kerjanya belajar, belajar, belajar daaaan belajar. Pagi kelas, petang tutorial, malam ada kelas tambahan, hujung minggu pun sama. Fendiosman ni jenis playful, sungguh tak tahan dengan situasi yang dialami tu. Memang kalau ditawarkan untuk ulangi semula Matrikulasi, Fendiosman takmau la. Tobat dahhhh....

Lepas setahun, result matrikulasi yang ala-ala tu membolehkan Fendiosman masuk Fakulti Sains Fizis dan Gunaan UKM. Alhamdulillah. Takmo la cerita kegigihan Fendiosman naik bukit turun bukit semua. Fendiosman bukanlah pelajar yang 3 pointer.

Masuk je kat Universiti, aktiviti-aktiviti aktif macam kat sekolah dulu terus berlangsung. This time, jadi Executive Committee untuk JAKSA KAMSIS AMINUDDIN BAKI. Portfolio Kesenian dan Kebudayaan. Tudiaaahhh....dari sekolah arab ke kebudayaan. Mana mai tatau?

Err....time ni masih lagi la mengekalkan badan yang kurus. Cumanya tak secengkung waktu di asrama. Dan kat sinila jugak Fendiosman dah memulakan acara membuka cermin mata besar, dan digantikan dengan contact lens. Kononnya nak nampak konfiden la kot! Katanya....

Kisah sebenar contact lens ni sebab Fendiosman terjebak dalam dunia kabaret di UKM. I joined the Aadyamaatra Dance Troupe. Sebab apa berkabaret? Senang je sebabnye, for the sake of pocket money (Duit PiTiPiTiPu mana cukuppppp cek oiiii), and free travelling of course. From kabareting, I managed to go on runway walk as well. Doing some charity modeling. Wah....perasan neh! Tapi semua tu Fendiosman rahsiakan dari pengetahuan parents. Depa tak suka anak depa tergedik-gedik on stage. Ya la, parents mana suka tengok anak jadi macam tu! Nak-nak parents Fendiosman yang religious. Pantang tok nenek la....(ni antara punca Fendiosman rasa bersalah dengan Arwah Baba- Al-Fatihah. Sebab tak bagitau hal sebenar).

Dan, dah terjun ke dunia kabaret tu, dapat la gelaran Seri Ponggong ataupun Serepah Eni gara-gara aset yang dimiliki di belakang itu sedikit tertonjol berbanding penari yang ada termasuklah penari perempuan. Orang lain kena bend rendah, Fendiosman bend sikit je dah terkeluar aset segala. Kira hot stuff la kot! Hahahaha...bila diingat balik semua tu, memang tergelak lah!

Apa lebihnya berkabaret ni eh? (Sila abaikan penari sebelah Fendiosman tu ye. Fendiosman memang tak suka sebab dia sangat aching! Wis okray mamiiii.......). Hinggakan atas stage pun sempat lagi bergaduh dengan beliau. Ye la kan, penari lain semua satu saiz, saiz M. Tetibe ada pulak penari gergasi saiz XXL yang join. Orang pakai satu bengkung, beliau pakai 2 bengkung! Hish...pastu tetap nak berbaju saiz S kan, dengan badan saiz XXL. Laaariiikkkk..........sampai sekarang ni Fendiosman memang kenot go dengan beliau. Anti neh.....khiarrrkkkhhhh ptuiii (takpelah....harapnye beliau wis okray dengan statement ni ye, tapi kalau ye pun, elok lah! Sesuai sebagai mirror mirror on the wall katanya!)

Dah melencong pulak! Kelebihan menari ni ye, selain dari melangsingkan badan (kisah penari besar dalam perenggan atas tu kes khas ye murid-murid, beliau bukan student UKM kisahnye, tapi suuuka sangat menempek kat UKM), dapat juga mereleasekan tensen sewaktu belajar. Di samping dapat melentikkan bontot, dan mengekalkan stamina, aktiviti kabaret ini membawa Fendiosman ke sana ke mari, dalam dan luar negara. Tak kira la show di shopping complex tempatan, hinggalah ke luar negara.

Asal weekend je, mesti ada aktiviti. Show depan orang-orang kenamaan, back-up artist, catwalk, dan segala macam show yang ada. Makanya rasalah apa yang dikatakan sebagai kehidupan glamor ala artis. Hiks! Mana Fendiosman dah pergi dengan kabaret? Dari Perlis sampailah ke Sabah. Dari pantai ke pulau, macam kat atas ni, gambar di Pulau Pangkor waktu buat Program Khidmat Seni Masyarakat (keluarga angkat laa kononnya).

Daaaaannnn, kehidupan as trolley dolly yang Fendiosman ceritakan selama ni dah pun bermula waktu jadi kabaret ni.

Beijing, tahun kedua pengajian. Selalunya overseas trip dah show berbayar ni tak diberi kat 1st year students. Takut kekwat feeling diva pulak nanti.

6 days 5 nights trip, pengalaman menari dengan memakai baju nipis berkaki ayam pada malam yang bersuhu 0 darjah celsius memang takkan dapat dilupakan. Tapi dengan semangat nak memperkenalkan budaya Malaysia kat luar negara kira hantam sajalah. Sejuk belakang cerita sebab lepas menari boleh cari pemanas dak! (Pemanas apa tatau? Silakan speku ya Kak Jenab, Kak Timah dan sewaktu dengannya).

Dari Beijing, Fendiosman dibawa pulak ke Bali. Tapi menari kat Bali ni tak la sehebat menari kat Beijing. Sebabnya, penari kat Bali laaaagi hebat. Posture depa pun dah cukup menggetarkan! Ye la, depa mula menari umur 4-5 tahun, Fendiosman mula umur 19. Dah keras kata orang. Dengan basic yang ZERO, huahuahua...memang trouble la sikit. Tapi.....show tetap show la, yang penting, dapat pergi overseas percuma. Dapat elaun lagi!

Beijing ke Bali, Bali ke Jakarta. Cerita Jakarta ni memang Fendiosman kenang sebabnya lebih kurang 2 minggu sebelum jadual penerbangan, Fendiosman terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki Fendiosman terpaksa menerima jahitan. Nampak tulang oooo....kaki Fendiosman tersangkut clutch motor orang yang melanggar tu. Terus terkopek dan menyebabkan Fendiosman bertongkat selama 10 hari.

Soalan pertama Fendiosman tanyakan doktor yang merawat;

"Doktor.....saya boleh menari lagi tak? Saya terpilih untuk wakil UKM ke Indonesia pergi menari ni"

Doktor jawab

"Kita tengok x-ray dulu, kalau kaki awak pecah, lupakan saja la hasrat tu ye!"

Alhamdulillah, hanya kulit saja yang terkopek. Tapi tetap la kena jahit kan. Dalam kena jahit tu, memang la menari sambil berbandage berplaster segala. Sebabnya, zaman tu, nak pergi buat show kena buat audition. Penat audition takkan la nak kasi chance kat orang lain! Rugi tuuu.....

Huhu...setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun setengah (Fendiosman extend pasal tak complete tesis. Banyak sangat main dan berkabaret. Orang lain part time dancer full time student, Fendiosman jadi terbalik, part time student, full time dancer), tamatlah jugak pengajian Fendiosman di UKM dengan segulung ijazah. Walaupun bukan 3 pointer, Fendiosman dapat second lower je, tapi Fendiosman memang bersyukur sangat sebab dapat menamatkan pengajian dan dengan segulung ijazah tu la yang menjadikan apa yang Fendiosman jadi sekarang ni. Tak gitu?

10 comments:

mizzwanda said...

wahh..tringat kat depa seme masa matriks dulu..heh

phachat said...

Errr... gambar yg last tu mbuka ruang besar utk spekulasi...

*Mmg doit PTPTN tak chukup! Aku pon kena 'keje' ms jaman2 UKM dolu... Keja apa tatau?!?!

Adi Osman said...

WAHID

hang bukak la fesbuk!
ramai budak2 pmkp kat sana....
ada akaun dak?


PHACHAT

adakah kau bekerja di skiok neskopi?
ataupun promoter baju kurung kat warta?
ataupun awek di kedai potostat?

errr...aku takde kenderaan, jadi hanye dengan berkabaret sajalah aku mampu mencari sesuap nasi! tudiaaaahhhh propah katanya!

gambar last tu? speku? errr..kan ke dia budak matrik KYPM bersamamu! Takkan tak kenal kot?

phachat said...

Keje di skiok? Wahahaha, kalu ko tahu aku keje apa, pitam nanti!! Cukuplah sekadar aku kata yg aku blaja mcm x blajar je kt UKM tuh... Jumaat smpi Isnin pg mmg jarang la ko boleh jumpa aku, taw!

Budak YPM ropenya... patutla pay mee lee yer.... Apa, budak matrix YPM x boleh kena speku ngan ko kah??

Adi Osman said...

PHACHAT

mungkin kau bekerja sambil membawa beg, dan memakai baju cantik2, tapi buat sales katanya!

sindiket tuhhhh!!!!!


errr...boleh je kalau nak speku!
silakan....
aku pasrah je! hahahahahah

Rush Murad said...

zaman universiti....errmmm... Seri Ponggong rupanya... nak sgt masuk aktiviti2 ni semua masa zaman uni, tapi tak berkesempatan... silap2 kena caruts dgn uol coz i ni size XXL... kaaannnn??

nanti nak jugak ler buat entry pasal zaman uni... masa dulu2 mana ada blog2 ni semua... haruslah entry itu akan jadi seperti sebuah novel atau buku rujukan. i went to 3 uni.. tu tak kira lagi sambung jadi part-time student masa kerja... belum masuk cerita kerja jadi gigolo di Europe... :O

Marsha~ said...

tersengiiiihhhh pulok mak tgk gambar2 lama kau ni noks! comelnya pisang.. muda remaja gitu.. aarrrggghh!

Adi Osman said...

BANG SHIDI

untuk jadi penari yang chantek....kena la bersaiz sederhana, not too tall, not too short supaya seragam baru la chantekk

kalau dah xxl tu elok la jadi pemukul gong sajor!


MARSHA

gambar kau jadi pegawai waktu teater pun best gak...

cite apa tak aku lupa la...

Wynn Syarina Khalid said...

mak baru nak ckp psl gambar pisang, tetibe marsha dah ckp dulu. kekdahnye, tanak bulat gambar mak ngan marsha kan? comel jegh we ols kat sblh mak zee yg nan ado tuh. hahahaha..
hey....wis la okraiiii anakku..
sempat sesentap gituh...
nok, kekdahnye marsha jadik pegawai dlm dua2 teater tu okeh. Patung2 dan Bumiku.
Betul2 jadik pegawai skrg. Huhuhuhu..

Adi Osman said...

WYNN

noks...gambo korang tu besar kelingking je kalau nak bulatkan!
buat letih je aku nak buat.

dalam dua dua teater tu...aku suka lagi cerita bumiku, time korang buat surat besar. sangat nostalgik!!