Tuesday, June 23, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XIV

Kelas semalam dan hari ni memang banyak la mengajar mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam organisasi. Banyak menekankan mengenai kerja berpasukan dan menghayati semangat bekerjasama antara satu sama lain dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mapan dan mantap.

Hari ni jugak la pertama kali dalam sejarah Fendiosman datang ke syarikat Nihon dan kami diberi jamuan kuih dan cenderamata. Tapi kuih dia cantik sangat.....tak sampai hati nak makan. Kuih yang diambil sempena bunga yang bersepah-sepah di Nihon tatkala penghujung musim bunga. Rasa macam kuih bulan....

Selesai kelas waktu tengahari, Fendiosman dan rombongan Che Kiah terus dibawa ke stesen Shin-Osaka untuk menaiki keretapi Shinkansen yang terkenal dengan kelajuannya ittewww. Dari pagi lagi kami dah bersiap dengan barang-barang untuk dibawa ke Tokyo bagi mengikuti sambungan siri kursus kami ni. Hmmm....Osaka dan Tokyo. Tu belum kira Kobe, Kyoto, Nara yada yada yada....berderet.....memang chance in a lifetime la katanya!

Haaa dalam panas tetap jugak berblazer neh....tapi konsep Cool-biz kata orang sini. Tak perlu boh tali leher. Takde la macam kat satu tempat Fendiosman berkursus selama 6 bulan dulu, sampai naik bergetah ketiak, masamnya Ya Allah...tetap jugak kena bertie segala....Hadhorrrr.....

Tadaaaa....ni dia tiket Shinkansen. Harganya lebih kurang 14,000 yen (kau darab 4 ye) sehala untuk ke Tokyo. Fendiosman tanya la Jun-san, kalau naik kapal terbang lagi mahal ke murah? Jawabnya, naik Shin ni lagi mahal. Tapi ada tujuannya kenapa kami dibawak naik Shin ni, nak bagi kami merasa teknologi Nihon. Tudiaaahhh....gamaknya kalau ada buat kursus kat Mareshia, buleh gak bagi depa naik bas rapid KL....baru depa tau bila bas delay macam mana nak menggelabah!

Tudiaaahh, feeling heret beg katanya! Err.....tren Shin ni ada pramugari ala2 airasia yang menjual makanan ringan......Konhonnya nak lawan crew la, maka Fendiosman pun ala2 catwalk mengheret beg ittewww......

Ni la Jun-san, Fendiosman sengeh kasik nampak gigi semua.....sebab gigi Fendiosman cantik! Hahaha.....posing pun dah belajar cara Jepun! Tunjuk peace......

Frekuensi tren ni sangat banyak. Setiap 10 minit muncul dah tren. Tapi....ada jenis2nya. Ada yang berhenti kat semua stesen, ada yang berhenti kat stesen tertentu je! We boarded the Nozomi 30. Superexpress katanya! Hanya berhenti di 5-6 stesen antara Shin-Osaka dan Tokyo. The journey took about 2 1/2 hours dengan kelajuan purata 300km/j.

Ni tengah feeling2 excited nak naik Shin kononnya. Tapi hakikat sebenar, lebih kurang sama dengan tren2 lain. Yang membezakan adalah dari segi kelajuan dan servis macam dalam kapal terbang.

Masuk je tren...mata dah layu. Sempat la terlelap sekejap. Ilangkan pening kepala pasal tido lewat bangun awal. Huhuhu....merayau2 katanya!

Perjalanan naik Shin dari Osaka ke Tokyo ni merentasi bandar dan kampung yang sangat cantik pemandangannya. Tapi hari ni malang sikit pasal cuaca tak elok. Tak dapat nak tengok Fujiyama.

Memang gigih tunggu ni...tapi agak mengecewakan! Ulasan Fendiosman bila naik Shin. Malaysian, will always be Malaysian. Kat kerusi keretapi tu terang2 tulis phone in silent mode, tapi ada jugak Hamba Allah terang2 pasang radio nak dengar lagu. Rasa macam naik keretapi kat Chennai pulak. Ehhhh...Fendiosman kat Nihon ke India? Fendiosman terpikir, bila la Malaysian nak berubah ye? (errr...bukan serangan peribadi ye, tapi sapa makan cili, kena la pedasnya, sapa pegang babi, kena la samak ye!)

Kalau kat Osaka Fendiosman dah rasa kehidupan depa laju, sampai di Tokyo ni...laaaaaagi la laju. Semua hayun langkah kalut2 macam mengejar sesuatu. Yang berlari toksah kira la...memang ramai. Agaknya pasal tu orang Nihon ni kurus2 kot?

Dari stesen Shin kat Tokyo, tukar naik JRLines ke Shinjuku, pastu tukar lak naik subway ke JICA. Dari stesen subway, menapak lagi 10 menet......baaaaru la sampai ke JICA. Abis cair mekap....

Dan ni la bilik Fendiosman untuk 5 hari di Tokyo. Kecik cenonet je.....bantal pun comel sangat! Sah malam ni tak boleh lelap!

Dalam sekelip mata, belum sempat nak berehat, Fendiosman dah kalut2 mandi, tukar baju dan keluar mencari barang idaman. Yaaaa...gelas tembak Kafe Batu Keras. Kat Tokyo ni ada 3 Kafe Batu Keras. Target Fendiosman, nak pergi kesemua Kafe Batu Keras di Tokyo. Misi pertama selesai. Fendiosman ke Ueno-eki Hard Rock Cafe.

Barang2 kat Kafe Batu Keras ni semua sama je. Yang berbeza adalah nama tempat. Memandangkan ada kiriman dari Mareshia, Fendiosman pun membeli la barang2 yang dipesan ittewww. Gelas tembak ada jugak dibeli, untuk koleksi peribadi. Errrrr....Fendiosman ada terdengar aura Fendiosman mengumpul ni telah mencetus minat dari raaaaaaaaaaaaaamai orang. Nak jadikan hobi juga katanya, tapi sebutnya Gelas Pendek, bukan Gelas Tembak. Feeling berjalan serata dunia jugak.....macam la dah takde benda lain nak kumpul! Hadhoooorrrrrr.....tapi lantak la kan, nak kumpul apa pun kumpul lah...ada aku kesah?

Kat Ueno-eki ni dengarnya ada restoran muslim dari google yang Fendiosman cari. Nasib la awek Kafe Batu Keras ni sedia membantu! Siap dicarikan lagi tempat dalam internet supaya pelanggannya mudah. Memang terpuji. Japanese Hospitality katanya!

Kalau dah ada darah Kelly-ng tu, tetap la nak makan rempah segala kan. I managed to find a Pakistani restaurant dengan bantuan awek Kafe Batu Keras ittewww.....dannnn....

Plinkkkk.....Naan dan 3 jenis kari, serta teh tarik yang lazat. Mintak maaf la ye, Fendiosman memang tak gemar makan makanan Nihon. Tak boleh terima tekak. Harga agak berpatutan. Dalam 1500 yen je (darab 4 ye murid-murid.....). Balik Mareshia sok memang tak boleh buat perangai makan mahal2 camni dah...

Sedap sehingga mencapai orgasme berperingkat. (Ni menurut kata kawan Fendiosman laaa...). Tapi memang puas hati. Orang kata kat Nihon ni susah nak paham bahasa....memang betul tapi kena ringankan mulut bertanya. Lepas satu satu, lepas kiri kanan. Memang kena tanya....kalau tak memang sesat barat! (Awat sesat barat ek? Bukan sesat timur? Tak pun sesat selatan ke?)

Jalan2 lepas makan, ingat nak tengok wayang....tapi salah panggung daaaa.....

Cukup la takat posing2 je sebagai alibi berada di Tokyo...ni kat area Ueno! Badan penat....perlukan rehat...esok nak menapak lagi. Makanya....eloklah berenti di sini...

Sunday, June 21, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XIII

Adapun hari ni sebahagian besar rombongan Che Kiah mengikuti sightseeing tour ke Osaka City dan Kyoto. With 1000 yen, we managed to get a comfy bus (memang boleh tido sampai berdengkur...sapa dia tatau?), and visited a few places of interests.

Anyhow, my short remarks, Malaysian are hardly interested in sightseeing tour but tend to like shopping where ever they go. Tak kisah la kat dalam negeri, di London, Amsterdam, Beijing, maupun di Nihon ini. Rata2 ahli Che Kiah yang ikut memang tak boleh lintas kedai jual barang2. Memang ada yang akan tersangkut! Siap ada perjanjian dengan tourguide not to shop before the time. Mrasa la tourguide pun pening dengan hal huru2 hara ahli ronbongan Che Kiah.

Sightseeing, biasanya popular di kalangan MatSusly dan orang2 tua. Bila dibagi kat rakyat Mareshia yang muda2 ni mula la memberontak. Well...dear friends, kita kena paham apa itteww sightseeing. Mungkin di Mareshiah kurang sikit penjelasan mengenai hal ini. Apa yang Fendiosman tau, Che Kak sekelian bila gi melancong memang gemar untuk shopping. Especially Che Kak yang keje dengan gomen. Bukan nak mengata, tapi tulah hakikat yang kita semua kena terima sebagai rakyat Mareshia.

Dan satu lagi tabiat rakyat Mareshia yang Fendiosman rasa boleh diubah adalah bab tawar menawar ni. Mana2 tempat pergi, memang nak harga murah.

"Discounto onegaishimas....."

Sesetengah negara di dunia ni tak mengamalkan amalan diskaun tu. Jadi...adat kita masuk kandang kambing, jangan la kita jadi ayam pulak! Tak gitu murid-murid? Makanya, eloklah kita biasakan diri membaca dan mendengar nasihat dari orang2 tempatan. Kalau depa kata boleh...maka bolehlah nak diskaun segala! Fendiosman? Memang jenis tak suka tawar menawar ni. Typical shopper....macam Arwah Baba. Main kaut je...tapi survey dulu yaaa! Satu lagi, adat menyopping ni, kalau dah terbeli, jangan nak sentap kalau ada orang dapat harga yang lagi murah dari kita dapat. Satlagi dikaut beli sekontena...tak ka haru?

Hmm...hari ni, Tamoto-san (ni nama tourguide kami) bawak ke Osaka Castle. Tapi takat posing2 kat luar je. Ye la, bayar 1000 yen....dengan bas lagi, nak masuk ke dalam? Noooooo....dah nama pun sightseeing kan. Just see la....

Memandangkan hari ni ada rakyat negara lain yang join rombongan, makanya takde la aksi ANTM dari Fendiosman. Takat pose lite2 je. Sekadar untuk memuaskan nafsu! Heh...tapi aura posing tu tetap la ada kan....

Ni gaya berlakon cerita ninja. Jalan atas angin katanya.....

Ada jugak shot feeling kat overseas.....tetap gegeh walaupun orang kata kat Mareshia pun ada tempat camni! Tapi di mana ya?

Setengah jam di Osaka Castle, we moved to Osaka World Trade Centre. Tapi trade centre ni takde la menarik cam Kobe Tower nun. Takde pemandangan sangat, dengan keadaan cuaca yang jerebu agak sukar untuk kami ni melihat pemandangan sekeliling. Kedudukan yang tak berapa nak strategik menyebabkan tempat ni takde ramai sangat orang melawat. Takat nampak pelabuhan je....

Town centre pun jauh. Sayup je mata mandang.

Yang ni memang Fendiosman lebih berbangga dengan Menara KL yang tersergam tinggi ittewww. Nampak dengan jelas sejelasnya.

Tapi yang menariknya mengenai bangunan ni adalah rekaannya yang tahan gempa bumi. Ada struktur yang dimasukkan yang menghalang bangunan ini daripada bergerak sewaktu gempa berlaku. Katanya, waktu gempa bumi Kobe dulu, walaupun bangunan ini terlibat jugak, tapi langsung takde keretakan. Subhanallah....

Untuk menarik pengunjung datang, ada flea market untuk semua orang membeli belah. Barang2 yang ada adalah barang2 secondhand. Tapi masih lagi elok untuk dijual semula kepada pemilik yang baru. Harganya berpatutan, dan kat sini memang boleh tawar menawar......tak macam kat gedung2 ataupun bazar2 di tempat2 pelancongan!

Rakyat Mareshia memang suka la menengok bab2 ni. Murah la katakan...Fendiosman...takat cuci mata lalu je. Tak berkenan langsung!

Next destination is Kyoto. Kami ke 2 tempat yang dikatakan World Heritage. One is Heian Shrine. Tempat orang2 Shinto (agama asal orang Jepun sebelum Buddha masuk). Tapi diorang ni main sedap je, bila beranak, ke Shrine, nak kawin ke Church, mati cara Buddha. Agama apa tu?

Kata tourguide tu, nak masuk kena basuh tangan kiri kanan. Ada Fendiosman kesah? Fendiosman takat basuh muka melepaskan penat je! Panas la pulak hari ni. Memang berpeluh lah. Awal pagi nampak gelap mendung! Tapi....tak hujan pun!

Kat shrine ni Fendiosman tertarik dengan wish tree. Orang pakat tulis wish kat atas kertas pastu gantung. Dengan harapan wishnya tu tertunai. Fendiosman belek2 la jugak tulisan, ada yang berbahasa Eigo, memang nak tergelak baca ayat jiwang sorang mamat ni yang admire sorang pompuan....dengan harapan menggunung la katanya!

Since ada orang kata Fendiosman suka posing senget moncong bagai, apa kata kita posing skema. Haaaa..hamek kau!

Terperasan gak awek berkimono. Tapi mungkin sebab dalam tempat suci untuk agama depa, makanya pakaian depa pun ala2 suram tak berbunga. Huhuhu

Hmm..ni feeling2 luar negara lagiks....sebagai bahan bukti! Alibi....

After the shrine, we went to Kyomizu-dera temple. Temple la pulak.....takat perhati dari luar seperti biasa la. Pastu amek gambar.

Penat dek non....nak ke tempat tu tangga punya la tinggi...

Mode melepaskan penat di atas bangku...setelah penat mendaki tangga!

Tour has ended. Kat tempat terakhir tu sempat la beli buah tangan untuk diri sendiri, yukata yang dijual murah. Boleh buat koleksi untuk gi dinner yang bertema. Kaaalau ada la. Hiks..

Esok kelas lagi...tapi hari Selasa dah nak ke Tokyo. Naik shinkansen...waaaaa bestnye!





Saturday, June 20, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XII

Adapun sesi kelas semalam sangat laaaaaaaa hadhorrr! Belajar ekonomi lagi! Walaupun banyak nak dibelajar, dan banyak teori yang boleh tergunapakai, tapi semalam punya sesi more to Local Government. Nak ambik gambar dalam kelas pun, macam sama je dengan sesi sebelum ni. Jadinya better skip part akademik tu. Sebab Fendiosman rasa orang bukak blog Fendiosman ni bukannya nak amek pot sangat pun pasal akademik tu dak?


Dah weekend kedua di Nihon ini.....yeeeehhhhaaaa....nak pi mana ya? Jom jalan-jalan....


Seawal jam 9 pagi, berdedai-dedai ahli rombongan bertebaran di Ibaraki Eki untuk menuju destinasi masing-masing. Ada yang ke Kobe buat kali kedua, ada yang ke kedai kain membeli Japanese Cotton, ada jugak yang masih menarik selimut di bilik menantikan Gambate Osaka bermain bolasepak di stadium....


Dan Fendiosman....hari ni kononnya nak melawat Nara City. Kira sejam perjalanan dari Osaka menaiki keretapi Nihon yang sangat punctual ittewww! Nara ni terkenal dengan tempat2 purbawara Nihon. Ada national treasure kat sini.


Di Nara, tak susah nak cari jalan. Sebab peta ada disediakan dalam Eigo (Bahasa Inggeris katanya....). Belek je peta! Untuk pandu arah ke tempat bersejarah ittewww, landmarknya adalah McDonald's.


Tengok model McDonald's ini...sungguh ceria berjumpa dengan McPork......hoks...


Apa lagi..sesi ANTM pun bermula di Nara City ini dengan model yang tak lain tak bukan, Fendiosman sendiri! Mrasa la orang Nara tercengang tengok Fendiosman berposing. Depa takat tunjuk2 simbol peace je. Gamaknya dalam album depa memang semuanya gambar bersimbol ittewww...layak untuk masuk beauty pageant sebab memperjuangkan keamanan dunia!


Hmmm...kali ni guna lobang idung sebagai petunjuk utama. Ya la kan, waktu jadi kabaret dulu, kami diajar untuk menunjukkan aset yang ada. Fendiosman mempunyai lobang idung yang bagaikan terowong, makanya sesuai sangat untuk dijadikan props! Hahahaha....


Di Nara ni, ada pagoda kuno yang memang cantik! Terpukau la jugak menengoknya.....


Tapi...yang paling menarik di Nara ni, adalah rusa yang banyak dan jinak, serta pelahap! Kunjungan kami memang meninggalkan kesan bau taik rusa yang ghau-ghau bau dia. Melekat kat baju ni haa.....


Teori rusa pelahap tu mula2 sukar dipercayai. Tapi bila tengok budak ni menjerit tatkala sushi yang menjadi hidangan tengahari beliau digigit2 manja oleh rusa2 tersebut, makanya sedikit sebanyak memang ada kebenaran la hipotesis yang dibuat!


Fendiosman turut mencuba memberi makan kepada rusa2 ittewww. Dengan harga 150 yen, secekak biskut mula diberikan..


Ya..betul rusa itteww sangat lahap. Tangan Fendiosman pun nak dibahamnya. Last2 rusa lahap tu membaham peta yang Fendiosman bawak. Huhuhu...mampos la sesat kat dalam taman tu! Hallahai....


Hmmm....kuasa Allah. Subhanallah....pokok buluh tumbuh kat dalam pokok. Memang terdongak la sekejap. Pusing2 cari akar...takde plak. Memang sah kat dalam pokok itteww tumbuhnya.


Asek jadi model je..apa kata kita bagi rusa lak posing dalam blog Fendiosman...


Kata orang datang time musim luruh lagi cantik. Tapi musim panas pun dah cukup cantik untuk dilawati. Cumanya panas la cuaca. Hari ni...suhu dalam 30 darjah. Tapi angin sangat kuat....mujur Fendiosman takde rambut. Kalau tak....memang jadi iklan Pantene! Mengurai ditiup bayu katanya!


Jinak sungguh rusa2 ni. Tak bergerak langsung. Tetap memberikan pose yang paling memberangsangkan. Senang kerja Fendiosman, tak payah nak terkejar2....


Haaaa...tudiaa, kat sini ada Buddhist Temple. Tapi takde la Fendiosman masuk sampai ke dalam. Cukup takat jenguk2 je.


Kalau dah model tu....bukan takat orang yang tengok, rusa pun boleh tercengang. Mungkin rusa2 ni tergugat sebab selama di mereka yang menjadi objek ambilan gambar.....skali Fendiosman mencemar duli, tutup periuk nasik katanya!


Lawatan diteruskan dengan posing2 di taman. Ni namanya aksi sesat dalam hutan. Mencari arah untuk pulang...


Tetibe terasa macam kat overseas lak gambar ni! *matila aku kena carut pasni.....


Heh...letih berjalan. Sampai tertonggeng kawan kita naik tangga. Prinsip Fendiosman, jalan je dulu, makannya kemudian. Budak2 ni dah kebuluran...ya la kan, nak beli McPork tadi Fendiosman tak kasik! Perlu ke makan sorang2 dek nonnn?

Scenerynya memang cantik! Daun hijau di atas, daun cekelat di bawah. Kalau kat Mareshia ni, sah jadi tempat untuk shooting pengantin!

Ni namanya jurus bertapa peringkat tertingggi. Menunggu ilham tiba.....

Masyarakat Nihon ni memang suka membaca. Jadi...Fendiosman pun mencontohi mereka untuk membaca walaupun Buku Panduan JICA....*matila plastik..

PERHATIAN : AKSI SELEPAS INI ADALAH DIKELASKAN SEBAGAI 18SX

Errr...ni pulak aksi lelaki gersang yang dah lama tak jumpa pompuan. Dengan patung pun jadik! Abis patung itu dibukkakekan..ish....awat laaa depa ni! Hadhoiii laaa....


Sekali lagi.....mode luar negara...(nak carut pun carut laaa..ada aku kesah?)

Kat Nara ni banyak kedai jual souvenir. Sempat jugak Fendiosman masuk ke kedai yang menjual Japanese Cotton, buah tangan untuk mama...cantik! Tapi harganya Masya Allah....

Seharian di Nara...memang penat! Sebabnya jalan kaki ke sana ke mari. Mamat ni penat, dah la tak makan lagi...masuk tren, terus crash. Fendiosman rasa memang depa menyumpah sebab Fendiosman tak bagi makan. *matila Lela Manja....

Tapi Fendiosman sebenarnya nak bawak depa pi restoran yang sedap menjual makanan halal. Puas bergoogle seharian. Mendapatkan maklumat lengkap. Jumpa jugak restoran ittewww...dari Osaka Station, kena naik subway dari Nishi Umeda. Turun di Yotsubashi. Anda akan jumpa sebuah restoran Parsi yang menjual makanan yang sangat sedap. Tapi TokTi rasanya tak pernah mai restoran ni kot. Pasal takde sign dia....laaaariiikkkk....

Sebab menunya jenis Parsi, Fendiosman terkompius la jugak nak mengorder. Juling mata nak memaham....

Ya murid-murid, kebab ayam yang lazat. Dimakan bersama nasik beras basmathi, dan sup kacang bertomato......sangat mengenyangkan setelah seharian tak makan. Harganya tak mahal....cuma 2300 yen je (sila darab dengan 4 ya murid-murid....)

Memang khusyuk menikmati hidangan yang lazat ni. Mak mertua lalu pun tak toleh belakang dah...

Perut kenyang...hati pun suka....masa untuk pulang. Macam biasa kena kejar bas percuma. Kalau tak memang kena bayar teksi yang harganya kurang lebih 1300 yen untuk perjalanan 10 minit ittewww (kau darab lagi 4 ye....)

Esok Ahad....nak pi mana pulak eh?