Thursday, February 25, 2010

Jadi Orang "PEGHAK" Seketika

Hari ni Fendiosman jadi orang 'peghak' bila baru belajar main camera kat lappie Fendiosman yang dah dibeli sejak sekian lama. 'Peghak' tu bukan negeri Perak Darul Ridzuan ye murid-murid. Menurut takrifan dialek negeri kelahiran Fendiosman yakni Negeri Qalha, peghak ittewww adalah apabila berjumpa sesuatu yang baru, dan tercengang atau terkagum sambil mengangakan mulut. Kalau nak guna satu istilah tu nanti jadi sentimen pulak. Tak gitu? Dalam menuju ke arah kebersihan blog dari langau dan lalat yang menghinggap (bila kena letak password pakat la dok hinggut sana sini cari, sebab nak baca cerita sensasi katanya. Siap ada tali barut pergi carikan tu..................wahhhhhhh, sungguh hebat! kagum sungguh Fendiosman dengan pembaca yang gigih ittewwwwwww. syabbas betey......)

Malam ni terjumpa feature camera yang menarik. Jadi, mari kita belajar 'letak mana-mana' persis Model Cleo. Gambar pertama adalah bila muka Fendiosman dipetakkan. Oh, sungguh besar idung Fendiosman. Ala2 Ahmad Nisfu katanya.....


Bila dah petak, mesti ada bulat kan? Hamek.....muka ala2 ikan emas dalam akuarium. Mata versi ayu ala2 Gadis dan Bunga dalam lagu rahimah rahim tu. Matanya lirik-lirik selalu, mukanya manis-manis ayu....


Eksperimen membesarkan kepala dan meniruskan bentuk dagu bagaikan dicucuk botox. Woh........tak tergambar kalau jadi camni kan? Sesungguhnya ciptaan Yang Maha Kuasa tu amatlah sempurna. Syukur atas kejadian yang diberikan. Alhamdulillah...



Ni pulak bila feeling2 jadi katak. Sungguh hodoh......pitemmmmm bila menyaksikan muka sehodoh ittewwww, idung termasuk ke dalam....isk...




Haaaa...timbul satu idea untuk jadi Syaitan ala2 Sindbad bermata tiga. Meeeeengerikan! Tapi ni lah kerjanya bila bosan. Banyak idea sungguh yang timbul. Kalau dah ada anak bini mesti takde masa buat benda2 camni. Jadi, Fendiosman memanfaatkan seadanya. Hiks....



Dan paling terakhir, sudah semestinya gambar yang menyinar2 terpancar, sambil bibir dijuihkan sedikit seperti America's Next Top Model, dan mata yang merenung serta kening terjongket sedikit, wajarlah dijadikan sebagai best shot. Errrrrrrrrr.........untuk yang selalu dok tanya, dan ada jugak dok belek kadang2 tu, kat atas mata Fendiosman tu ori punya ye! Jadi, rentikanlah cerita kata Fendiosman ni gegeh dok menarik buang benda yang tumbuh kat atas tu. Sekianlah riwayat orang "PEGHAK" untuk kali ini. Sesungguhnya dari ke"PEGHAK"an ittewwwlah yang mendewasakan kita dan mengajar kita apakah maksud sebenarnya kehidupan. Tak gitu murid-murid?

Tuesday, February 23, 2010

Loqlaq Punya Pasai....

Semalam Fendiosman heret beg untuk bertugas kat seberang Laut China Selatan. Dah lama tak jejak kaki kat sini. Last bertandang ke Kuching tahun lepas, tu pun datangnya pagi baliknya petang. Jimat belanja katanya. *Tapi beli tikar kat kraf Sarawak Courtyard pastu jabatan yang bayarkan tu jimatkah? Opsssssssssss! Sapa yang berjimat sekarang ni eh? Sebab Fendiosman dah berurusan dengan hal ehwal peperiksaan, makanya tujuan bertandang ke Kuching ni pun sebab nak jaga peperiksaan la. Forget about the peperiksaan, hari ni Fendiosman nak cerita pasal keloqlaqkan Fendiosman dan jugak pasal erti sebuah kejujuran.



Seperti biasa, sebelum terbang Fendiosman isi perut tangki dulu kat Golden Lounge sambil meluangkan masa membelek BukuMuka sebab nak mengikut perkembangan semasa (sambil membanned mana2 user yang sibuk nak korek rahsia dengan mengadd sebagai fren. Konon manis mulut la kan? Tapi sebenarnya mulut tu busuk Tuhan saja yang tau - * pinjam kata2 Farah Afidavit). Sambil membelek tu, Fendiosman belek jugak henset yang dibawak, dalam hati terdetik jugak bila tengok orang pakai i-Phone, teringin jugak nak pakai satu. (tapi takde la mintak Kementerian bayarkan walaupun dah terlebih kelayakan! Tak gitu? Opsssssssss lagi..) Tapi tu la kan, orang kata benda2 macam ni sensitip, maca kereta jugak, bila kata nak tukar mulalah dia meragam. Benda tu akan terjadi kejap lagi.......heh. Tahyul ke apa ke, Fendiosman pecaya Qada dan Qadar.



3.00 petang, boarding time. Masuk macam biasa, settle down kat seat. Patut 3.15 dah pushback, tapi tak jugak. Mungkin tunggu orang nak naik lagi kot. 3.30, belum gerak jugak lagi. Tetibe dengar announcement dari flightdeck katanya ada technical problem. Ambik masa setengah jam lagi untuk siap. Tapi dalam masa tu jugak nampak lori beg datang, dan kapal terbang gegar2 sebab orang tengah keluarkan beg. Dalam hati terdetik, mesti AOG (aircraft on ground ye murid-murid) dan kena tukar kapal terbang.


Sejam berlalu, mulala Fendiosman rasa bosan sebab langsung tak gerak2. Lagu Gong Xi Fa Chai dah berpuluh2 kali berulang. Passenger lain pakat dok membebel pasal takde information apa2. Dok kejap lepas tu......ada la announcement kata kena tukar plane. Plane yang Fendiosman naik rosak katanya. Tak boleh repair.....

Turunlah kami semua berdedai-dedai nak ke gate depan untuk naik kapal terbang baru. Tapi sebelum tu kena la hold lagi pasal nak load catering segala. Crew pun nak prepare aircraft, jadinya kena bagi sikit masa. dalam dok tunggu tu.........tergelak bila ada sorang pakcik mintak diskaun sebab delay. Boleyyyyyyyyyy?

Sambil menunggu tu, konon ambik gambar sebab nak cerita pasal delay 2 jam ini. Dan inilah gambar terakhir Fendiosman ambik sebelum boarding call untuk new plane, dan henset diletakkan dalam offline mode. Fendiosman ingat, Fendiosman masukkan henset ke dalam poket dan duduk sebentar bagi orang tak reti beratur serbu naik dulu. Pakcik diskaun pun dah lari menerpa masuk. Takut sampai lambat katanya. Motif? Ni la mentaliti orang Malaysia yang sukar sangat nak diubah.

Flight selamat sampai kat Kuching setelah lewat 2 jam. Pukul 7 baru la dapat naik teksi untuk ke airport. Seperti biasa, Fendiosman check poket kiri kanan kot2 ada yang tercicir. Daaaaaaannnn.............gagau punya gagau, henset Nokia Fendiosman tu takde. Gelabah kejap. Mungkin dalam beg besar! Tapi tak mungkin......huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sah tercicir ni!

Sampai kat hotel, kalut telefon Lost and Found KLIA, suruh cari kat gate B10 dan B11, tapi reply kata takde henset yang dijumpai melainkan buku dan beg. Fendiosman suruh jugak cari dan akan call keesokkannya. Sambil tu, call jugak Lost and Found Kuching (semua ni bawah Malaysia Airlines sebab Fendiosman naik MAS), dan semua data diambil dengan teliti. Nombor seat, nombor penerbangan, dan maklumat yang berkaitan. Dalam hati ni memang dah terdetik kejadian nak tukar henset sebab tengok i-Phone ittewwww. Memang menyesal. Walaupun dalam henset Fendiosman takde .3gp yang bukan-bukan, tapi ada banyak alamat dan nombor2 penting yang takde Fendiosman save kat tempat lain. Orang Lost and Found tu kata kalau diorang jumpa diorang akan call Fendiosman bagitau.

Pada masa yang sama, call Maxis untuk block line takut2 orang jumpa henset pastu gayut tak hengat! Hati dah gundah gulana. Risau sebab henset cicir walaupun ada satu lagi henset dan satu lagi nombor yang boleh digunakan untuk kecemasan. Tidur tak nyenyak. Siap mimpi jumpa henset tu................

Hari ni, Fendiosman buat kerja pun tak senang. Call MAS KLIA lagi sekali, hampa jugak jawapan. Sedih lagi, sebab konon nak kena beli henset baru. Kalau kat KLIA dah tak dapat, mungkin kat Kuching pun takde. Halaaaaahai.....tapi tak putus harapan jugak, Fendiosman call MAS Kuching, kot2 ada henset. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnn.......

Alangkah gumbira tidak terkata bila Lost and Found Kuching kata henset ittewww tercicir di bawah Seat 5D, tempat Fendiosman duduk dalam penerbangan tadi. (bukan seat 2C ye murid-murid. Fendiosman tak layan naik kelas bisnis.....).

Bergegaslah ke epot Kuching untuk dapatkan kembali harta berharga Fendiosman ittewwwww. Masuk pejabat Hilang dan Jumpa (sangat direct translationnya ye), terus diambil maklumat2 yang ada....dan henset Fendiosman ittewwww disahkan dan kembali ke tangan Fendiosman tanpa sebarang cacat cela. Syukur sangat.

Fendiosman amat berterima kasih atas layanan yang diberikan ittewwww. Kepada anggota Hilang dan Jumpa MAS Kuching, kepada Captain Arabi dan FOnya yang kimpy ittewww, kepada LS Kishore Nair, FSS Felicia Ang, FSS Noor Aini, FSS XXX yang Fendiosman lupa nama, dan FS YYY yang Fendiosman turut lupa nama beliau, serta crew cuci-cuci kapal terbang Kuching, Fendiosman amat berterima kasih. Walaupun henset tu orang kata ala2 boleh beli baru, tapi kejujuran dan kesungguhan yang Malaysia Airlines tunjukkan amatlah Fendiosman puji. Memang selari dengan cogankata Malaysian Hospitality is always about you.

Moral: Jangan loqlaq, dan sentiasalah seluk poket untuk semak barang2. Sebelum tinggalkan kapal terbang / bas / kapal / teksi / kereta, pastikan semua barang anda ada. Jangan lebih kompidens ala2 ye. Dah ilang enset baru nak gelabah, padanlah muka....huuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, February 21, 2010

Home Cooked Meal by ModelCleo

DISCLAIMER : BLOG FENDIOSMAN NI DAH TAK TERKUNCI LAGI. JADI, TAK PERLULAH TERHEGEH-HEGEH NAK MENCARI PASSWORD ATAUPUN BERTANYA KEPADA ORANG RAMAI APAKAH PASSWORD UNTUK MASUK KE DALAM BLOG INI. SILALAH BACA SEADANYA. KALAU RASA-RASA TERSENTAP, BAWAK CURSOR KE BUTANG X DI SEBELAH KANAN, DAN KELUARLAH DARI BLOG INI.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN TUAN / PUAN.




Mungkin sebab cuaca, mungkin jugak sebab terperangkap dalam rumah sewaktu Pejabat Kesihatan buat semburan nyamuk aedes tempoh hari, makanya hari Jumaat malam mulalah Fendiosman rasa aura tak sedap badan, hidung dah mula kebanjiran, dada dah mula ketat. Aksi menggunakan pam pun terpaksa digunakan. Dan seharian Fendiosman berselubung di dalam rumah untuk meredakan ketidakselesaan badan ittewww. Satu perkara yang menarik, Fendiosman takkan demam pada hari kerja, biasanya macam tau2 je badan ni kan, hari minggu barulah demam nak menyerang. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Konon hari Sabtu tu nak menghantar titipan Sang Model Cleo dari Bandung dan Jakarta, tapi sebab dah crash kat rumah, barang titipan tu terpaksalah diambil sendiri. Sangat tak mampu untuk bangun sebenarnya. Waktu kunjungan Sang Model Cleo sekeluarga, terpaksa senyum ala2 Miss Universe dalam keadaan suara yang husky ittewwww. Well guys, that is the so-called PERFORMING ARTS. Pernah tengok cerita Mera Naam Joker kan? Sebab Fendiosman pernah jadi kabaret, kira reti la sikit benda2 ni.


Hajat di hati mulanya nak breakfast dengan Sang Model Cleo kat Kelana Jaya, sudahnya terbalik pulak, beliau yang datang bertandang ke rumah madu dan anak2 tiri. Opsssssssssssss..........*habislah sensasi isu ini. Kekasih gelapkah? Atau anak ikan kah? Atau driver yang hensem di kota Paris? Tapi yang menariknya bila Sang Model Cleo kata nak masak.........


Tapi memang diakui la Sang Model Cleo sangat pandai memasak. Bab masakan barat ni memang dialah yang pakar. Errr...skillnya sama kot seperti menebas bola di padang. Dulu dah datang sekali masak seafood pasta, ni datang lagi dengan menunya ala2 kozen (read: cuisine). Cara garnish pun dah meningkatkan napsu Fendiosman untuk melantak walaupun mula2 eksen tak berselera. Ceh......



Bahasa Melayunya, Ayam bersos istimewa bersama kentang lenyek dan sayuran.....sangat Malaysia Airlines. Mungkin sebab pengalaman Sang Model Cleo terbang di awan biru satu masa dulu. Really appreciate the home-cooked meal. Kalau Fendiosman sorang2 kat rumah, tekanlah nombor Mekdonel, lantas disuruh hantar BurYam dan Orange Juice.



Apa pun, Fendiosman gumbira sebab ada lagi manusia boleh dipanggil Sahabat. Susah dah nak jumpa macam ni skarang. Tapi, yang paling Fendiosman gumbira sebab titipan yang Fendiosman dapatkan di Jakarta itteww berjaya menambat hati Sang Model Cleo dan Maduku, nanti kalau ada rejeki kita pi cuti sama2 ya! Hiks.....

Errr..........lepas Sang Model Cleo balik, Fendiosman kembali memakai uniform orang sakit. Dan............

Terus berselubung sehingga malamnya....

Alhamdulillah hari Minggu ni hidung yang banjir berkurangan. At least, takdelah terganggu aksi heret beg di airport esok. Ke mana tatau? Yang pasti bukan tempat duduk 2C ya! Opssssssssssssssssssssss! Fendiosman terlepas cakap pulak....