Monday, August 22, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Side Dishes


Kalau pergi ke London sekarang ni, bolehlah kita tengok persediaan mereka nak menganjurkan Olimpik 2012. Rata-rata kalau pergi ada la logo Olimpik itu. Tapi paling ketara di Trafalgar Square, tempat pelancaran countdown setahun majlis tersebut akan dirasmikan.


Kalau dulu, kat sini penuh dengan burung merpati, tapi mungkin atas sebab-sebab kesihatan, kelibat burung merpati dah tak nampak dah kat tempat ni! Mana la burung-burung tu pergi ya? Amalan pemberian makanan kat burung pun dah dilarang. Dari segi hygenic, elok jugaklah dia buat macam tu. Cumanya takde lagi la tarikan macam klip cerita Cinta Antara Benua zaman dulu2 tu!


Trade mark london city! Tapi sekarang ni bentuk bas yang macam ni dah susah nak jumpa. Ada la satu dalam beratus-ratus kot?


Sekarang ni.....dah lain sikit bentuk dia. Kurang menarik sebab kat KL pun ada bas macam bentuk sekarang. Cumanya kat London tu buat pengangkutan awam, kat KL jadi bas HOHO.


Oh ya, sepanjang di London ni, sudah semestinya Fendiosman membuat misi mencari gelas tembak di kafe batu keras (saya sedang cuba mendaulatkan bahasa kebangsaan ya murid-murid) yang Fendiosman kumpulkan di rumah.


Tapi......hari pertama Fendiosman hadir, barisannya amatlah panjang! Fendiosman batalkan hasrat pada hari pertama. Kononnya nak kembali pada hari kedua!

Dan setibanya di kafe tersebut pada hari kedua........


Plinkkkkk....barisan bertambah panjang


Sepanjang kunjungan Fendiosman ke mana-mana kafe batu keras ni, tak pernah Fendiosman jumpa barisan sepanjang ni! Gamaknya pasal tu Kak Selamah Gebewww tak beli gelas tembak waktu Fendiosman kirim dulu. Panjang cenggini kot jugak barisannya! Tapi, reti pulak depa beratur tak berasak2. Satu perbandingan yang baik boleh dibuat dengan negara Fendiosman. Kat sini semua nak serbu, himpit2, contohnya nak masuk ke Sogo hari minggu sewaktu bulan remdan! Apa lagi di jalanraya......semua nak sampai dulu katanya! Sudahnya, kenderaan langsung tak gerak!


Hari seterusnya Fendiosman gagahkan jugak untuk beratur walaupun dengan muka toya Mat Amin.



Tapi pada kali ni, barisannya tak sepanjang hari hari sebelumnya. Kebetulan kumpulan awek-awek di hadapan Fendiosman ini membatalkan operasi memasuki kafe tersebut....


Makanya dengan sekelip mata, Fendiosman dah berada di tepi pintu masuk!


Berkat kesabaran, itulah hasil ternakan di kafe batu keras. Tersenyum puas setelah 3 kali mencuba! Walaupun begnya kecil, tapi dalam tu ada banyak barang ya!


Haaaaa.....sempat jugak Fendiosman menjengah scene teater di London. Siap buka posa dalam panggung lagi. Overall, teater di London ni sangatlah mendapat sambutan peminat. Dan shownya itu, takdaklah typical seperti di Malaysia ini, yang setiap persembahan perlu ada semua suku kaum terlibat untuk menunjukkan keharmonian. Kalau dah buat cerita Mahsuri takkan la nak ada Cina kot kan? 1Malaysia temanya...............


Haaaa...paling mustahak, orang Malaysia yang ke London tak sah kalau tak menjengah Malaysia Hall.


Kat sini boleh didapati segala benda makanan yang ada di Malaysia seperti sotong petai, sambal iblis, apatah lagi pada bulan puasa, segala macam kuih makneka ada dibuat untuk pelanggan. Nasik goreng USA ya murid-murid! Haaaaaaaaaaaaaaaaaa........5 pound harganya!


Yang penting, untuk masyarakat Malaysia especially students, this is where they gather and make themselves feel at home with Malaysian foods yang berpatutan harganya. Well, am not promoting, tapi nak lagi sedap sah la kita masak sendiri kan! Tapi untuk yang tangan bangku tu, macam mana la nak masak dak?

Sunday, August 21, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Side Dishes


Dari satu tempat ke satu tempat Fendiosman hayunkan langkah kaki setiap kali lepas waktu kelas. Kiranya sebelum bulan puasa, masa petang Fendiosman terisi dengan aktiviti menjelajah kota London. Bukan dengan bas, bukan dengan tube, tapi JALAN KAKI. Kalau kat KL nak jalan kaki Fendiosman pikir beratus-ratus kali la jugak. Cuacanya lain macam! Tambah pulak dengan sikap pemandu yang kita sukar duga.


Westminster Abbey, tempat Kate Middleton dan Prince William mengikat tali perkahwinan yang disiarkan satu dunia sikit masa dulu. Fendiosman tak ambik pot pun. Tapi dah sampai sini, ambil jugaklah gambar!


Senibina klasik anglo saxon kot! Fendiosman tak belajar Architecture, jadi tak boleh nak describe bab ni! Mungkin Rafiza Rahman boleh membantu!


Sambil tu.....sempat jugak Fendiosman teroka Dataran Komanwel ni. Bendera disusun mengikut tahun kemerdekaan dari penjajahan British. Kira Malaysia termasuk dalam kelompok terawal la jugak. Tapi berapa ramaikah sebenarnya rakyat Malaysia yang betul-betul menghayati erti kemerdekaan tu ye? Haaa...kat depan tu bukanlah perkhemahan musim panas ya murid-murid! Tapi, kat sini adalah tempat orang tunjuk perasaan. Macam khemah putih dia buat mogok lapar dah sebulan, suruh bukakan sempadan Korea, dan mintak Korea Utara dan Selatan bersatu! Khemah bumbung kuning tu pulak lain temanya! Agaknya dari Malaysia kot? Opsssssssssssssssss


Kat kawasan sini jugaklah terletaknya Parlimen. Kira dalam masa yang singkat boleh cover beberapa tempat menarik! Melainkan kalau nak beratur masuk ke dalam melihat suasana parlimen di sini, dah juga church yang ada itu.....


Dan....tidak ketinggalan juga Big Ben yang tersohor itu. Mengikut sejarah, Big Ben ni dibina pada tahun 1858. Kira kalau di Penang, bila sesat cari Komtar, di London, kalau sesat carilah Big Ben. Tapi kalau dah sesat jugak, silalah masuk kelas Geografi ya murid-murid. Belajar arah mata angin, dan cara baca kompas, serta kaedah tengok peta. Kalau tak, sampai kiamat pun akan sesat!


Memandangkan susah sangat nak ambik gambar kat kompleks Westminster Palace ni, makanya, kenalah cari satu angle yang menggabungkan kesemuanya dalam satu gambar. Haaaaaaaaaaaaaa....di seberang jambatan itu, ada satu tempat yang sangat menarik untuk bergambar. Kat sini orang kurang sikit nak menyemak pasal jauh kalau nak berjalan kaki!


Seberang tempat Fendiosman bergedik tu, ada pulak London Eye. Nak naik? Tak payahlah murid-murid. Sampai 25 pound sekali masuk. Banyak faedah lagi boleh dibuat dengan duit tu. Lagipun kat Malaysia dulu dah ada Eye on Malaysia. Tambah pulak satu pusingan lengkap sampai 45 minit, nak beratur lagi dah makan masa berjam-jam. Elok lupakan sajalah......


Baik pergi ke tempat lain, seperti Downing Street yang ada rumah Perdana Menteri yang bernombor 10 itu. Kalau dulu, boleh ambil gambar sampai tangga rumah. Tapi sekarang........siap berkawat besi berpagar segala! Nak ambik gambar pun susah!


Pusinglah area situ, ada macam-macam yang menarik. Termasuklah tugu peringatan mangsa pengeboman Bali! BALI? Apakah?


Dan boleh juga kita menghayati senibina bangunan yang mengasyikkan itu!


Di London, kalau penat berjalan, bolehlah kita sewa basikal yang diletakkan di tempat-tempat strategik. Bukan nak puji lah, tapi diorang ni letaklah basikal merata camtu! Tapi takkan hilang. Kalau kat negara sendiri, penutup tangki septik pun kena curi! Apa lagi basikal yang dibiarkan sebegitu!


Tapi Fendiosman selesa berjalan untuk menikmati suasana. Nak pulak bila lalu di taman seperti St James Park ni. Boleh membaca sambil meniarap atas padang ye murid-murid!

Makanya Fendiosman pun ambik jugaklah mood ala Mat Saleh. Mrasa........


Inilah gambar mode overseas......hahahahhahahaha!



Dan kalau perut tu agak lapar, boleh juga diisi sambil menikmati minum petang di tepi tasik di St James Park yang hening itu! Sesungguhnya waffle with cream serta hot chocolate di petang hari yang berangin amatlah nikmat ya murid-murid! Abaikan faktor kalori sebab ia akan terbakar dengan sendiri apabila anda berjalan dari Westminster Bridge ke St James Park ini. Apatah lagi kalau diteruskan ke Buckingham Palace yang hanya bersebelahan dengan taman yang hijau di tengah-tengah kota itu!



Mana-mana tempat di London, sepanjang musim panas memanglah dipenuhi ummat seperti ulat! Susah nak bergambar ya!


Apa istimewanya sangat istana ni? Yaaaaa...sudah semestinya pengawal yang berbaju merah dan bertopi bulu itu! Pernah satu ketika, Rejimen Askar Melayu DiRaja mendapat peluang menjadi pengawal di sini untuk suatu tempoh tertentu.

Apa lagi yang ada kat sini? Hmmmmmmm.....kena pandailah berselok-belok meneroka. Kalau sesat jangan risau. Ikut saja arah kaki, cari stesen tube atau hentian bas yang berdekatan. Kat situ ada peta yang akan membantu kita merancang semula perjalanan untuk kembali ke pangkal  jalan. Hiksssss!

Saturday, August 20, 2011

Hail To The Queen Trip.....The Side Dishes


Sebab banyak sangat hari kat London, memang Fendiosman boleh mengambil masa yang lama untuk mengunjungi sesuatu tempat. Tapi temanya tetap baju yang sama sebab........Fendiosman tak bawak banyak baju. Makanya jika anda terperasan macam Fendiosman tak bersalin baju, anggaplah ia diambil pada hari berbeza. Travel light okeh! Apa guna ada kawan2 di London kalau tak reti pinjam mesin basuh depa!


Dalam banyak-banyak tempat di London, ada satu tempat yang Fendiosman seboleh-bolehnya elakkan diri untuk pergi. Mana? Yaaaaa, Oxford Street! Ini adalah sorga membeli belah untuk semua manusia yang berkunjung ke London. Ada yang hari-hari ulang alik ke sana sebab terlalu baaaaaanyak kedai untuk disinggah.


Fendiosman bukannya apa, rimas dengan orang yang macam ulat. Tah apa laaa yang menarik sangat kat situ. Fendiosman hanya lalu di situ sewaktu menaiki bas. Jadi bolehlah nampak betapa ulatnya suasana. Penuh sangat! Tak lalu Fendiosman. Dah la summer, mesti bau bau yang kurang menyenangkan tu akan keluar dari badan pelbagai ummat yang ada. Ada bau Afrika, ada bau Orient, ada bau Arab, ada bau Latin, ada bau Matsaleh basi...macam2 ada!


Jadinya Fendiosman memilih untuk ke tempat yang tidak sesak......ni tempat TokTi nyanyi dulu katanya. Dan tak lupa, kat sini juga Allahyarham Sudirman menang pertandingan nyanyi zaman Fendiosman muda mudi dulu.


Sebelah South Kensington ni tak ramai sangat orang....


Kebetulan Fendiosman ada tourguide percuma yang sedang belajar di Imperial. Imperial ooooo..........prestige sehhh! Untuk sahabat tersebut, saya tabik anda sebab anda berjaya belajar di Imperial. Jadi beliau membawa Fendiosman membuat lawatan sambil belajar ke kampus Imperial yang tersohor itu!


Kau mampoo masuk Imperial?


Kira kagum la sebab dapat masuk tempat orang bijak2 belaka. Hai...bilalah Fendiosman nak dapat peluang sambung mengaji ni! Tergedik2 kaki tengok orang lain pakat dok sambung mengaji. Fendiosman pun nak jugak!


Imperial ni wujud sejak zaman Queen Victoria lagi! Memang QUEEN sangatlah saiznya!


Kat sebelah South Kensington ni ada banyak muzium. Untuk yang suka sejarah, bulehlah masuk muzium-muzium yang ada. Fendiosman pula takat menjengah di depan saja. Sambil membuat pose wajib di hadapan telefon yang menjadi trademark di London. Kaler dia merah yawlssss!

AMARAN : GAMBAR DI BAWAH BOLEH MENYEBABKAN PAHALA PUASA ANDA BERKURANG. SILA SKIP JIKA TAK MAMPU NAK MENAHAN NAFSU ANDA!


Untuk lelaki-lelaki yang ger ger.....bolehlah mendapatkan khidmat perbualan mesra dengan gadis-gadis yang sudi berbual dengan anda pada bila-bila masa saja! Tapi......errrrrr takkan la dalam public phone kot? (saya tulis blog ni waktu tengah malam ye)


Pusing punya pusing......lupa pulak, kat London ni sebenarnya senang nak cari masakan Malaysia. Jadi tak perlulah anda bawak serunding segala macam nak pergi ke Jepun maupun ke China. Siap ada pengiktirafan Kerajaan Malaysia lagi makanan kat sini!


Ni lah restorannya! Ala2 Nyonya Meneer Jamu Bersalin tu punya gambar haaa! Tapi restoran ni namanya Bonda. Ada banyak lagi restoran Malaysia seperti TokDin di Paddington, Melur di Edgware, dan macam-macam lagi la! Makanya usahlah khuatir kalau anda tak dapat belacan!


Sebab kat sini, memang ada Kangkung Belacan. Cumanya usahlah murid-murid sekelian convertkan harganya dalam ringgit ya. Di Malaysia 3 ringgit je sepinggan kalau di KL. Tapi di London ini.......ohhhhhh! Mampu menyebabkan anda jilat pinggan sebab terlalu sayangkan duit anda yang terpaksa dikeluarkan itu ya!