Wednesday, December 14, 2011

Suntanning for the second time


Pulau Similan adalah gugusan pulau yang terdiri dari sembilan buah pulau. Terletak di laut Andaman, Pulau ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 diving spot yang terbaik di dunia. Untuk kaki skuba, tempat ini bagaikan syurga dunia untuk menikmati keindahan di bawah laut.



Bagi pencinta alam semulajadi pula, ia adalah tempat yang paling sesuai untuk merehatkan fikiran. Lautnya yang membiru, pasirnya yang memutih, tapi bukanlah mengalami masalah keputihan ya murid-murid!



Melangkah turun dari bot yang dinaiki dari tanah besar, satu kelegaan. Fendiosman cuba cari wajah-wajah yang sebangsa dengan Fendiosman. Malangnya, takde langsung! Macam Fendiosman cakap sebelum ni, rakyat negara Fendiosman suka menjelajah pusat membeli-belah, dan menikmati keindahan kedai-kedai yang menawarkan bidaan yang menarik untuk pengunjung menghabiskan wang.



Kalau nak menikmati pemandangan pulau-pulau yang ada ni, kena mendaki bukit yang curam dulu. Untuk yang menghadapi masalah gout, atau masalah badan seumpama kenderaan berat, aktiviti mendaki ni kurang sesuai sikit lah. Bukan apa, takut nanti menyusahkan orang lain nak memapah atau memegang tangan kalau tersangkut di mana-mana perhentian di sepanjang perjalanan mendaki itu.


Tapi, bila dah sampai ke atas bukit itu, memang saujana mata memandang. Kalaulah dapat buat rumah yang ada pemandangan macam ni! Alangkah bestnya...................


Ramai jurufoto tegar yang menjadikan Pulau Similan ini sebagai medan untuk menguji kemahiran dan bakat yang ada.


Sekeliling 360 darjah pemandangan Fendiosman, pelbagai bentuk dan warna yang dapat disaksikan.


Walaupun pulaunya itu berjumlah sembilan kesemuanya, tapi kami hanya dapat menjejakkan kaki ke 4 buah pulau saja. Pulau-pulau yang tak dapat dijejak tu disebabkan oleh masalah untuk melabuhkan bot, serta langkah kerajaan untuk memelihara tapak-tapak warisan semulajadi daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Tapi kalau anda salah sudut pusingan, anda akan dapat pemandangan bulu ketiak jurugambar, ataupun pemandangan selulit nenek-nenek saleh yang selesa berbikini walau di mana saja mereka berada. Dapat juga pemandangan burger berlipat kalau anda berdepan dengan manusia-manusia tegap sebegini!


Selain dari aktiviti hiking, kita juga boleh membuat aktiviti snorkeling di celah-celah batu sambil bermain dengan anak-anak ikan. Tapi awas, ombaknya sukar diduga. Silap haribulan, terhempas ke batulah jawabnya.


Fendiosman pula mengambil kesempatan untuk menjadi model Hero Remaja bulan Muharam pada kunjungan kali ni.



Penat bersnorkeling, memang stim kalau dapat air oren berkabonat. Pakej yang Fendiosman sertai ini termasuk minum-minuman dan buah-buahan yang disediakan di atas bot, serta makan tengahari dan juga pengangkutan pergi dan balik dari tempat penginapan ke jeti. Jadi takdela mahal sangat. Tapi kalau kedekut, 5 ringgit pun dah kata mahal. Tak gitu?


Setelah puas di pulau yang sangat cantik, kami dibawa ke satu lagi pulau untuk menikmati pemandangan bawah laut pula. Makanya bersiaplah Fendiosman dengan safety jacket dan snorkeling gear untuk aktiviti di bawah laut ini.


Bagaikan dugong terjun ke air, rasa seronok bila dibuai olengan ombak!


Sedang sedap menikmati pemandangan yang ada, haaaa...ada pula makhluk pemalu yang turut menyertai aktiviti snorkeling kami.


Boleh juga melihat pemandangan sebegini, jangan pulak pi tegur kata depa ni songsang walaupun dah terang-terang depa songsang. Sekgi tak pasai kena saman dengan depa....... 

Monday, December 12, 2011

Suntanning for the second time


Rata-rata orang yang berkunjung ke Phuket, mesti akan memasukkan aturcara ke Pulau Phi-phi ataupun Phang Nga. Fendiosman pun sama jugaklah. Konon berkira-kira nak ke pulau yang menjadi lokasi penggambaran cerita The Beach atau James Bond. Bila sampai ke kaunter tour operator, Fendiosman terpandang satu pamplet yang pantainya amat cantik, airnya biru lain dari yang lain.

Kata tourdesk, pulau ini namanya Pulau Similan, dan hanya dibuka 6 bulan setahun. Bilangan pengunjungnya juga dihadkan. Dengan harga lebih kurang THB3000, pakej yang ditawarkan amat menarik hati. Jadi, Fendiosman pun menempah untuk ke Pulau yang agak asing dan jarang dibualkan oleh orang ramai.


Pagi-pagi lagi, tatkala orang baru sibuk nak membuka kedai, Fendiosman dah sibuk mengadap sarapan pagi.


Sarapan yang berat jugaklah. Konon nak meredah lautan! Kata orang, kalau nak naik bot, jangan makan banyak-banyak! Takut mabuk. Tapi Fendiosman memikirkan kelaparan yang bakal ditanggung, makanya kenalah Fendiosman sumbat jugak walaupun dalam keadaan terpaksa. Harapnya tak diluwekkanlah dalam perjalanan nanti.


Kami dijemput di depan hotel, dan dibawa ke jeti untuk mengangkut kami ke Pulau Similan. Untuk pakej sebegini, memang kita akan menyertai tah mana-mana pelancong lain yang tidak kita kenali. Tapi, sebab Fendiosman ni kategori Congeniality, tak kisahlah sapa pun yang mengikut. Jangan buat hal sudah................


Hampir semuanya kakak dan abang Saleh! Orang Malaysia tak suka tempat-tempat macam ni. Takde tempat shopping katanya.


Dan inilah tunggangan kami semua untuk ke pulau nan satu. Bergantung kepada keadaan angin dan ombak, perjalanan ke Pulau Similan dijangka mengambil masa 1 jam 45 minit, dan boleh memakan masa sehingga 3 jam. Kalau naik kapal terbang dari KL, dah boleh sampai Kuching ye murid-murid. Kalau cuaca tak elok, dah boleh sampai ke Sandakan.


Kena randuk air nak naik bot. Kalau yang set-set diva feeling-feeling vogue tu, tak sesuailah kalau nak sertai perjalanan sebegini.


Kalau tengok laut yang lepas luas tu, memang macam tak percaya dengan keupayaan speedboat yang Fendiosman tumpangi tu. Tapi.......bila nampak GPS yang digunakan, bolehlah menarik nafas lega. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


Bila enjin mula dihidupkan, semuanya bergantung kepada pengemudi ini, yang akan membawa kami semua ke Pulau Similan.


Semuanya toya bila bot menghenyak ombak.....


Ada juga yang terlelap dihanyut perasaan!


Dan Fendiosman melayan ombak persis video clip menghitung hari oleh Salamiah Hassan.


Sedar tak sedar, lambung punya lambung.....tiba-tiba.....

Plinkkkkkkkkkkkkkkkk


Fendiosman disambut oleh suasana yang sama seperti yang tertera di pamplet yang menarik hati Fendiosman.


Dan bila menjejakkan kaki ke pantai yang cantik itu, hilang rasa sakit dilambung ombak dalam bot laju tadi!

Sunday, December 11, 2011

Suntanning for the second time



Matahari dah terbenam. Fendiosman kembali ke tempat penginapan untuk makan malam. Pakej penginapan yang Fendiosman tempah itu termasuk satu set makan malam untuk dua orang. Makanya malam itu adalah malam candle-light dinner di tepi pantai. Mrasaaaaaaaaaa



Suasana makan malam diiringi deburan ombak yang memecah pantai....


It was a 6 course meal, dan Fendiosman sempat merakamkan beberapa meal yang dihidangkan.


The meal was fine.........sampailah ke main course, Fendiosman pitammmmmmm....


Bila nasik dihidangkan berbentuk HATI ya. HATI BENTUK CINTA....matila Elyana! Padanlah bila kami nak duduk, waitress yang layan tu sengeh-sengeh je! Chettttt! Tengok kiri kanan, semuanya kapel kapel kakak dan abang saleh sedang makan melainkan kami berdua yang sama-sama ber'keris'.


Burrrp. Selesai sudah dinner romantik di tepi pantai! Teruslah kami meninjau suasana kehidupan malam di sekitar Patong.


Kat Patong ni ramai yang bekerja malam.


Mencari sesuap nasi katanya.......dan ada juga yang menunggu untuk dikerjakan. Ni namanya 'kerja' syif malam. Tapi kalau orang Asia macam Fendiosman ni, depa tak pandang. Depa lebih suka FARANG, ataupun FOREIGNER, mungkin disebabkan.........saiz? Atau wang yang banyak walaupun gendut? Kesimpulan yang Fendiosman boleh buat, mereka mengimpikan kehidupan yang indah di negara Barat dan amat mengharapkan agar mereka dipinang oleh abang-abang Saleh walaupun perutnya gendut dan badannya hapak! Realiti kehidupan......


Errr.....tempat yang paling meriah di sini adalah di Bangla Road. Penuh aksi.........persis Patpong di Bangkok.


Ada pelbagai tawaran yang diberikan kepada pengunjung. Kalau di Bali, Kuta amat meriah dengan kehidupan malamnya, Bangla Road adalah Kuta versi Phuket, ditambah pula dengan Go go Show yang sangat menarik hati pengunjung itu. Gadis-gadis bergayutan di tiang sambil mengharapkan dibawa  pulang ke bilik penginapan. Begitu juga golongan gadis berdada bidang, berbahu lebar dan bersuara garau. Semuanya mencari pelanggan untuk memastikan dapur di rumah menyala apinya!


Namun, Fendiosman ada misi utama pada malam itu! Tapi bukanlah di kedai jambu ini!


Ataupun di restoran ini....


Jauh sekali hendak berMuay Thai bersama lelaki-lelaki sasa ini!


Apatah lagi hendak mengikut kakak ini meniaga di tepian air......


Haaaaa.....inilah misi Fendiosman sebenarnya!

Mendapatkan ole-ole wajib untuk diri sendiri....


Well, I'm not into shopping, but when I buy things.......Masya Allah! Nanges ye..nanges!


Selesai misi membakar wang tunai demi kemajuan ekonomi rakyat Thailand! Walaupun lebar senyumannya, dalam hati................ohhhhhhh!



Errr...sebelum duit terbakar lagi, marilah bergegas pulang ke bilik penginapan. Esoknya perlu bangun awal untuk aktiviti berikutnya. Kalau ikutkan malam masih muda, tapi takut terbabas......jadi, perlulah mengalah walaupun hati melonjak kegirangan! Huuuuuuuu