Thursday, September 16, 2010

Aku Nak Makan Binatang...............

Cuba anda tengok wanita dalam gambar ni. Khusyuk membaca katanya.......
Gambar ni diambil sewaktu beliau tengah menunggu makanan yang dipesan di sebuah restoran di Lot 10. Haaa, dia ni kawan Fendiosman yang pulang bercuti ke Malaysia sempena hari raya Idul Fitri. Biasa la kan, kerja dengan sektor luar negara ni, terutamanya yang negara yang susah nak cari orang Islam, banyak benda yang tak boleh dimakan.

Kata beliau;

"AKU NAK MAKAN BINATANG"

Tatkala orang lain sibuk mencari ketupat, lemang, rendang, lodeh, soto, laksa, dan segala macam kuih raya yang ada, kawan Fendiosman ni cari McDonald's, KFC, Pizza Hut dan segala-gala jenis makanan yang boleh diperhatikan dengan ekor mata saja di luar negara. Heh...............ya la kan, kalau binatang-binatang ni susah nak dapatkan yang halal. Jadinya, bila ada peluang pulang ke Malaysia, setiap hari mengadap binatang je la. Cumanya kadang-kadang Fendiosman terdetik dengan isu halal haram yang masuk dalam sokabar tiap2 hari, dan pengalaman Fendiosman berjalan2 bersama orang Malaysia ke luar negara. Kalau boleh tetap jugak nak cari kedai ada Logo Halal JAKIM hatta di Ostolia pun! Mana la nak cari?

Kat oberdersea nun, berdasarkan pengalaman Fendiosman, memang susah la nak dapat. Tahun lepas kat Jepun, memang kena rajin menggoogle. Tahun ni bila ke Manila, pun sama jugak. Kena rajin mengorek internet demi mendapatkan list makanan yang halal. Tapi takde la logo halal JAKIM. Cumanya, kalau kedai pork free yang jual seafood tu, bolehlah dimakan kalau dah takde tempat lain nak makan. Tu lah masalahnya kalau jalan dengan orang kita. Kalau takde logo halal..................takmau masuk. Time makan halal. reti pulak nak cari logo. Benda-benda lain? Contohnya membeli barang peribadi tapi bayar guna duit Jabatan? Opsssssssssssss........bukan ke tu kira halal haram jugak? *matila emo.........

Fendiosman bawak kawan Fendiosman ni makan kat kedai Teksi Kuning. Pizza yang lazat lain dari yang lain. Untuk siapa-siapa yang dah biasa dengan Pondok Pizza maupun Pizza D, anda patut mencuba kedai Teksi Kuning ni. Memang puas hati. Kira tak sia-sia la Fendiosman masuk kerja awal tatkala orang lain sibuk bercuti.

Fendiosman pergi dengan Tauke Panggung Sari, dan jugak teman sebatch 334 yang pulang dari luar negara itu. Kira dapat la catch-up cerita sambil bergosip tatkala menikmati binatang yang diidamkan oleh orang jauh. Hiks!

Kedai pizza Teksi Kuning ni kalau kita masuk akan rasa macam ada kat Manila.........

"SIRRRRRRRRRRRRRRRRRR.....CHICKERRRNNNNN PIZZA?"

Tebal benor R nye! Tapi apa pun, sangat puas hati la. Tiada perasaan ragu-ragu untuk makan binatang. Kira feeling2 THERE IS NO OTHER PLACE LIKE HOME tu memang boleh dipakai di sini la. Walau jauh manapun kita pergi, tetap kat Malaysia jugak kita rasa selesa untuk buat apa saja. I wonder, ramai yang bila pergi luar Malaysia, dah jadi konsep hilang ingatan. Tapi, satu pengajaran yang boleh diambil, kat luar Malaysia sana ada benda baik boleh kita bawak balik sini, tapi awat kat sana kita boleh behave tapi bila balik Malaysia kita jadi orang Malaysia yang tipikal?

Dah membaham sesedap rasa tu, kenalah membuang lemak lemak yang terkumpul. Apa pun, untuk yang nak makan pizza, cubalah makan pizza Teksi Kuning. Dan...................sejauh mana pun kita merantau, KFC Malaysia tetap tak sama rasa dengan KFC tempat lain. Paling mustahak, walaupun negara luar tu macam best, tapi Malaysia lagi best. Hiksssssssssssss. Jadinya, sayangilah Malaysia. Cintailah negara kita. Selamat Hari Malaysia ye........................

2 comments:

Hambali ® said...

selamat hari malaysia mamu (sebab posting hang 16 sept)

phachat said...

Hahaha, aku pon nampak tang 16 Sept jer SME... Slamat hari jadi aku...