Wednesday, September 08, 2010

MINAL AIDIL WAL FAIZIN..............

Haaaaaaaaaaa, kita bertemu kembali....
Hampir sebulan Fendiosman tak mengupdate blog, kali terakhir waktu Fendiosman sergah manusia yang sesungguhnya memberi kata-kata propah kononnya Fendiosman ni bermasalah. Bukan Fendiosman takmau menulis, tapi eloklah bulan puasa ni dikurangkan sikit aktiviti yang boleh mengundang kemarahan serta kepedihan di hati masing-masing gara-gara panas membaca tulisan Fendiosman.

Kita kisahkan berkenaan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, tatkala Fendiosman menulis ni, dah hari ke 29 seluruh ummat Islam berpuasa. Esok lusa, kalau dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dapatlah kita sekelian menyambut hari kemenangan setelah sebulan mengharungi ujian puasa. Mudah-mudahan puasa kita mendapat pahala berlipat kali ganda dan ganjaran yang setimpal dari Allah S.W.T.

Ramadhan tahun ni, buat kali pertama Fendiosman berjaya tidak pergi ke mana-mana BUFFET RAMADHAN di hotel-hotel. Bukan pasal isu halal haram tu yang mengundang perkara ini berlaku, cumanya terdetik dalam kepala hotak ni, bayar sampai 100 ringgit lebih untuk makanan berbuka! Oh....kalau pergi PARAM tu, boleh la beli untuk sepuluh hari ye!

Pencapaian kedua, eheh.......ni malu sikit nak cakap! Tapi boleh la cakap jugak. Setelah beberapa tahun Fendiosman hilangkan diri dari masjid untuk berterawih, tahun ni, Alhamdulillah Fendiosman gigihkan diri untuk bersolat terawih. Walaupun tak penuh (rest of the time buat kat rumah sebelum tido), it is an achievement for me! Ada orang kata, baru pergi kali ni dah nak kecoh sekampung! Well, true.......mungkin Fendiosman cuba buat yang terbaik, tapi salahkah Fendiosman kalau berniat untuk berubah?

Tahun ini jugak, Fendiosman berjaya buat operasi jejak kasih bersama teman lama di SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR, TIKAM BATU, KEDAH. Setelah 18 tahun tak jumpa, dapat jugak berjumpa dengan seorang ni. Syukur diberi peluang untuk bertemu kembali. Dah berjumpa tu, macam2 la benda diceritakan. Terbuka la balik kisah-kisah zaman kanak-kanak dulu.

Kata beliau

"aku ingat hang dah jadi ustaz...............................rupanya chehhhhhh jadi rock-rock jugak"

ohoooooooo.....itu tidak boleh disangkal lagi la. Incik Mukhsin, saya jadi kabaret ada la................

Errrrrrrrr....tahun ini jugak lah berkali2 Fendiosman bertugas jadi Inflight Supervisor ala2 Malaysian Hospitality menjaga protokol untuk Malis Berbuka Puasa situ dan sini. Teringat la zaman-zaman dulu kala waktu berbuka puasa hanya dengan air kosong, dan kemudian sambung kerja. Time buka puasa laaaa penuh dengan dugaan. Orang tak puasa pun time tu nak makan jugak. Alahai................tapi kata orang, tu semua pengalaman! Seronok jugak sebenarnya.

Sambil kneel down, eye to eye...........

"Datin, kipas angin ni kuat sangat ke? Boleh saya perlahankan? Saya khuatir datin terganggu dengan kipas ni"

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........mrasa la buat hospitality kat situ!

Paling utama, buat pertama kalinya, Raya Pertama bukanlah di Bandaraya Sungai Petani yang tercinta. Tahun ni berkampung di Sungai Buloh untuk menyambut bersama keluarga. Tak feel pun ada jugak. Lain sangat rasanya. Tapi mungkin faktor usia pun jadi punca kot? Makin dah tua ni, tak reti sangat dah nak bersuka-sukaan. Huhuhu......................

Seperti biasa, walaupun tak berapa berperasaan sangat, ada jugaklah disediakan sedikit benda-benda yang patut untuk menyambut raya. Baju, kuih, duit raya, and a few other preparation...............Alhamdulillah, dah siap semuanya. Entahlah....mungkin jugak faktor kerinduan yang amat sangat kepada arwah Baba yang menjadikan raya ala2 takde perasaan.

Sempena hari raya yang mulia ni, Fendiosman nak ambik kesempatan nak menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang Fendiosman lakukan secara sengaja ataupun tidak. Yang sentap2 tu, takpelah, teruskan la kesentapan anda. Dan yang rasa macam dendam2 dengan Fendiosman, takpe. Fendiosman tak kisah. Tu hak anda untuk menyimpan semua perasaan tu. Hehehhe..............

Satu lagu untuk anda semua. Lagu ni best. Memang mengundang perasaan sedu sedan walaupun rentak dia ala2 dancing2! Tapi dengar betul2.................memang makan dalam!!! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI FENDIOSMAN UNTUK ANDA SEMUA....



No comments: