Tuesday, September 14, 2010

Kampungku Saujana Utama, My 400th posting!

Haaaaa, dah pun masuk 400 posting dalam blog ni since Fendiosman mula2 berkecimpung dalam dunia blog memblog ni pada tahun 2005 yang lalu. Kiranya dah 5 tahun usia blog ni. Tapi takde la sampai beribu-ribu karangan yang Fendiosman buat. Fendiosman bukanlah blogger tegar ya murid-murid. Sekadar menulis bila Fendiosman rasa nak menulis. Sometimes, it improves my writing skills. Yang sebenarnya, Fendiosman menulis sebab Fendiosman rasa puas. Bukan nak mengata, tapi sekadar merakamkan detik-detik dalam kehidupan yang Fendiosman tempuhi. Jadinya sambutan ke 400 posting ni Fendiosman dulukan dengan percikan bunga api yang Fendiosman mainkan sendiri, siap dengan mimik muka yang menggambarkan betapa puasnya hati dapat main bunga api. Nak buat tarian mengadap rebab, body dah takde shape! Dah londeh katanya...................

Hmmm, tahun ni sambutan raya adalah secara sederhana tetapi meriah oleh keluarga Fendiosman (konsep ayat berita tv ha..........macam mana sederhana tapi meriah tu ye?) Boleh sapa2 huraikan kat Fendiosman? Dan tahun ni tahun ketiga raya tanpa Baba. Beberapa hari sebelum raya, mode empangan pecah tetibe je waktu Kak Ijat agihkan baju-baju raya untuk anak2 yatim di tempat letak kereta opis Fendiosman. Sedu sedan hinggut2 badan ni ha. Makanya Sang Hansuari lah menjadi mangsa mendengar esakan Fendiosman itu...............mekaseh Sang Hansuari. Sesungguhnya hanglah amat mengerti apa yang aku alami.

Disebabkan sapa pun dah takdak, semua ada kat Kelempe ni ha, dan ditambah pula Sang Jerung Naqibosman pun dapat cuti 72 jam sahaja, makanya tempat yang paling dekat dengan Lumut untuk berkumpul semua beramai-ramai adalah di Saujana Utama. Yakni di rumah Fahmiosman. Rumah sewa Fendiosman tak muat nak sumbat semua orang. Takat 2 3 orang boleh la! Makanya tahun ni takdelah acara pulang ke Sungai Petani yakni kampung halaman yang Fendiosman cintai.  

Keluarga? Cukuplah ada Mama, ada Fahmiosman dan isteri, ada Lukmanosman, ada Naqibosman serta anak-anak menakan yang Fendiosman sayangi. Gambar keluarga? Oooooo sejak Baba takdak, memang tak ambik dah pun gambaq keluarga. Lagipun tak sesuai nak tunjuk gambaq Mama yang freehair di rumah untuk tatapan umum. Censored!!!!! Konsep aurat tu tetap kena jaga ya murid-murid.  

Sebab dah feeling-feeling kertu ditambah pula dengan mode kebapaan yang ada, haaaaaaaaaaaaa...mai kita manjakan budak2 kecik! Amacam? Ada tokoh tak?


Yang ni lagi dua....................tetap jugak dengan mode kebapaan! Konon nak kawin bulan 10, tapi pengantin dah lari kawin dengan orang lain. Fendiosman buat bodo je la............memang tengah dalam mood patah hati sekarang ni!


Raya di Saujana Utama? Satu lane rumah tu ada la kot dalam 30 rumah. Dan hanya 3 rumah saja yang berisi penghuni. Lain-lain semua balik kampung. Jadinya just like any other day, cumanya pakai baju melayu letak samping lawa..........pastu posing! Heh! Solat raya? Wajib ke? Time solat raya pakat la berpusu-pusu pi. Ibadah sunat tu! Solat wajib? Kau ada? Tapi realitinya macam tu la sekarang ni.

Untungnya raya di Saujana Utama ni, Fendiosman tak dihujani oleh soalan-soalan dinar emas (kena upgrade la...cepu cepu tu apa la sangat? Nak kena cepuk?) yakni soalan nak suruh Fendiosman kawin! Syadappppppppppppppppp..................jadinya bila beraya di sini, legaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat! Fuhhhhhh!


Walaupun raya di perantauan..................tetap ada jugak rumah yang boleh dikunjung. Rumah Chik, yakni adik Mama. Rumah Kak Umi, kakak Baba....dan jugak rumah Bonda Ratu, adik Baba. Sapa kata di perantauan takdak saudara mara? Haaa...kan ramai tu! Tapi gambar-gambarnya tak perlulah Fendiosman masukkan kat sini sebab konsep menjaga aurat katanya. Kalau budak kecik macam Fendiosman dokong ni tak pa lagi.......................

Apa pun, walau di mana saja kita berada, Raya tetap Raya. Bukanlah jadi kesalahan kalau tak balik kampung. Cumanya kebiasaan dan amalan je. Yang penting Raya tu adalah untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa Ramadhan. Dan.........sampaikah kita ke Ramadhan akan mendatang? Wallahua'alam. Fendiosman berdoa agar dipanjangkan usia agar dapat bertemu dengan Ramadhan yang lagi satu, untuk Fendiosman nikmatinya kembali.

Dan sempena meraikan Raya dan posting ke 400 ni.................Fendiosman berharap anda semua teruslah membaca blog yang tak seberapa ni. Kalau sentap, adat la kan! Kalau tak buat, takkan nak sentap! It is a platform to raise any unseen issues, and by having that published, at least it may lead us to somewhere better. Kalau tak terbaik pun, at least dapat la melepaskan beban yang ada di benak ni. Kan?

1 comment:

Carrie-Ma said...

salam tariq,

tahniah dah 400 posting. aku link blog ko tau.
apapun, syukur atas apa jua keadaan kita skrg. masih byk nikmat yg Allah berikan pd kita. bg yg masih single, syukur krn sekrg2nya kita belum ada dosa dgn pasangan, anak2,mertua, ipar duai etc. namun insyaAllah, tiba masanya smpai juga jodoh masing2. ini semua ujian.