Hari ni boleh dikategorikan sebagai antara hari yang istimewa buat Fendiosman. Bukan sebab diupgrade ke kelas Bisnes untuk penerbangan, apatah lagi menerima duit gaji! Itu semua perkara biasa yang acapkali Fendiosman alami.
Hari ni, Fendiosman celik seawal jam 5 pagi, tapi bukanlah untuk bersahur! Temanya kena bayar hutang piutang sempena hari gaji sebelum menempuhi hari yang aaaaaaaaaaaaaaaaaaamat panjang di INTAN Bukit Kiara.
Auditorium INTAN, menggamit seribu memori Fendiosman. Tempat Fendiosman dilanyak sebagai Peserta Kursus DPA. Tapi kenapa Fendiosman ke Auditorium?
Haaaaa....siap ada mini rafting KKM lagi!
Ada jugak barisan yang beratur untuk mengambil sesuatu!
Haaaaaaaaaaaa......ini situasinya! Penuh auditorium ye! Macam DPA plak rasanya!
Siap ada amanat segala.............keramaian apakah ini?
Dan Fendiosman pulak sampai khusyuk mendengar dengan penuh perasaan! Sepengetahuan Fendiosman, tak penah Fendiosman sekhusyuk ini tatkala mendengar sesuatu!
Yang Fendiosman tau hari ni Fendiosman dapat satu envelope waktu beratur. Kat envelope tu ada tulis nama Fendiosman, dannnnnn ada perkataan SARJANA.
Inilah kandungan envelope itu!
Close upnya! Sukur ke hadrat Allah Taala, Fendiosman dapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana yakni, masters degree la kan. Rejeki Ramadhan, rejeki Syawal, rejeki segala-gala lah! Dari dulu Fendiosman feeling2 nak belajar obersi, sambil dapat biasiswa. Tapi..................time first degree dulu kecewa lah, sebab SPM agak sedeh, apa lagi keputusan Addmath yang mencacatkan sijil SPM Fendiosman (tapi takde la sampai dapat F9 ye murid-murid!). Alang-alang dah diberi peluang, Fendiosman memohon, dan ditemuduga, dilanyak oleh panel yang boleh tahan lazernya, ditapis disaring segala, akhirnya, Fendiosman amat bersyukur atas kurniaan ini.
Makanya kehadiran Fendiosman ke INTAN hari ini adalah untuk menghadiri Taklimat HLP kepada semua penerima untuk tahun 2012. Walaupun lambat lagi nak pergi tu, tapi persediaannya amatlah rumit dan cerewet ye!
Nak cari universiti lagi, nak pergi BTN lagi, nak medical check-up lagi, nak kursus QAnya lagi! Walaudoooooonnn! Tengok, blom apa2 jadual awal tahun depan dah keluar! Complete 7 hari kursus setahun! Siap berlebih2 lagi..................
Tapi, walau apa pun keadaannya, Fendiosman rasa gembira sangat sebab tersenarai antara calon yang layak. Bukan sehari dua Fendiosman berfikir nak buat benda ni, tapi usaha menulis proposal untuk dihantar ke panel pemilih tu pun dah makan masa berminggu-minggu. Kiranya, apa yang diterima ni berkat usaha Fendiosman dengan izin Allah Taala. Syukur Ya Allah.
Ke mana Fendiosman nak belajar?
Ke mana Fendiosman nak belajar?
Apa yang Fendiosman nak belajar? Haaa...tu tunggulah dulu. Bagi chance Fendiosman menelaah buku panduan yang sangat perlu dibaca ini, kendian barulah Fendiosman boleh memilih ke mana destinasi tujuan. Rasanya dah nampak bayangan....tapi entahlah! Kita selesaikan yang penting2 dulu ya! Azamnya, nak belajar bersungguh-sungguh, kemudian pulang menyambung bakti kepada negara. Kalau boleh nak jadi Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, tempat Ratu Segala Ratu tu duduk bersemayam. Errrrrrrrr, katanya post itu tertutup untuk satu skim itu, tapi dah ada magic berlaku kan, alang2 dah tempat lain boleh dibuka untuk golongan depa, apa pulak post depa tu tak boleh dibukak untuk Fendiosman?
Nanti kita tunggu dan lihat saja. Plinkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......eh? Kau sentap ke?
4 comments:
congrats tariq!!! cepat-cepat settlekan master lepas sambung lagi..tak sabar nak panggil ko Dr. Tariq plak..:D
good luck Tariq!
tahniah beb! buktikan dgn pontianak kening pentis!
waaaah... congrats! chaiyoo (:
Post a Comment