Thursday, September 29, 2011

Kejat sangat ke?

Tulisan pada kali ini adalah berbentuk ILMIAH dan ia merujuk kepada sikap sesetengah pihak yang masih tidak mengerti hasrat Kerajaan yang ingin menjimatkan perbelanjaan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan KEJAT bermaksud:

1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku;
2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak);
3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu.

Perkataan ini dipetik dari Kamus Dewan Edisi Keempat dan boleh digunakan untuk tujuan penulisan dan pertuturan.

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan arahan untuk membekukan semua pengambilan anggota baru, serta memansuhkan jawatan kosong pada gred lantikan yang tidak diisi bagi memastikan setiap organisasi perkhidmatan awam yang ada dapat dikaji fungsinya dengan lebih teliti dan agar ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan pada setiap tahun melalui penghasilan struktur organisasi yang kejat atau dalam bahasa Inggerisnya lean organisation.

Namun begitu, dalam usaha kerajaan memastikan kekejatan struktur organisasi perkhidmatan awam itu dapat dilaksanakan, ada juga pihak yang masih TAK FAHAM BAHASA dan hanya mementingkan keperluan peribadi berbanding keperluan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.

Fendiosman merujuk kepada satu organisasi yang terbentang di depan mata Fendiosman, yang kononnya sangatlah penting pada mata masyarakat kini sedang gigih berusaha untuk membuat permohonan untuk mendapatkan satu jawatan yang penting bagi membantu pundak di takhta bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang masalah.


Sepanjang pengetahuan Fendiosman, kat tempat tu dah ada jawatan tu secara tetap. Bukan 1 tapi 2. Namun, Fendiosman perhatikan satu kebiasaan pegawai-pegawai di organisasi ini, yang terlalu bergantung harap kepada kewujudan satu jawatan yang ada ini untuk bergerak. Keadaan pejabat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sedia maklum efisien dengan pengangkutan awam masih didakwa memerlukan jawatan ini atas alasan pergerakan pegawai amatlah tinggi untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting di seluruh negara. Satu kesimpulan dari Fendiosman, mereka MANJA. Fendiosman juga bertugas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tapi jika ada mesyuarat di luar, Fendiosman gunakan pengangkutan awam tanpa mengharapkan pada jawatan yang terlalu terhad ini. Seboleh-bolehnya, jawatan itu diberi keutamaan kepada yang bersemayam di takhta untuk menggunakannya. Maka, tak timbul masalah kekurangan atau ketidakcukupan anggota bagi membantu organisasi untuk melaksanakan tugas.

Fendiosman faham semua anggota perkhidmatan awam ada kelayakan yang tertentu dan tersendiri, tapi sekiranya ia tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu, maka terimalah ia seadanya dengan hati terbuka. Lagipun, sekiranya nak dihitung, jawatan di puncak mahligai itu sudah berlipat ganda bayaran elaun, termasuklah elaun yang membolehkan seseorang yang sedang bersemayam menggaji seseorang untuk membawanya ke sana ke mari, tapi ke manakah elaun itu dibawa pergi? Ke akaun tabungan persendirian?

Tatkala dalam mesyuarat, semua diseru berbelanja dengan penuh hemat apabila menggunakan wang kerajaan, tapi apabila tiba untuk kegunaan diri sendiri, lain pula jadinya. Fendiosman merujuk kepada Firman Allah dalam surah as Saf ayat 1, bermaksud: wahai orang yang beriman! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan? besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.

Mungkin sebab hidup nak menongkat langit, perkara-perkara sebegini kurang penting untuk dipandang. Namun, Fendiosman amat mengharapkan agar contoh ini dapat dijadikan teladan dan pedoman buat diri Fendiosman apabila berada di puncak satu masa nanti jika diizinkan Allah. Secara keseluruhannya, dapat Fendiosman simpulkan:


KALAU DAH BEBAL, MEMANG SAMPAI KIAMAT PUN TAKKAN BERUBAH PERANGAINYA. JADI, RENTIKANLAH PERANGAI BEBAL ITU, SEBAB IA LANGSUNG TAK MEMBERI FAEDAH KEPADA MASYARAKAT. MENYUSAHKAN ORANG LAGI ADA LA! TAKDE SAPA YANG SENTAP KAN? EH KAU SENTAP KE KAK JAH?


Dan...kalaulah Fendiosman ni ada kuasa seperti Sailormoon.......nescaya Fendiosman akan hukum manusia-manusia bebal itu dengan kuasa sakti yang Fendiosman ada! Ya Allah, lindungilah Fendiosman dari manusia-manusia bebal sebegini. Mudah-mudahan Allah Taala memberikan petunjuk kepada mereka yang bebal daripada terus menjadi bebal sampai bila-bila.


1 comment:

bEth said...

aku pon sering berdoa moga dijauhkan drpd mereka2 yang lupa daratan nieh...amiiinnn