Chakkkkkk! Mesti semua pakat mabuk lemang, mabuk kuih raya. Tak kurang jugak yang mengira duit dalam kopek (Fendiosman gunakan bahasa ibunda Fendiosman) yang makin susut selepas acara bagi membagi sewaktu sambutan hari raya.
Semua orang ada kenangan tersendiri sewaktu raya. Fendiosman pun tak ketinggalan juga. Tahun ni, tahun yang memberikan pengalaman unik buat Fendiosman apabila terpilih untuk bertugas (kau kena paksa kan sebenarnya?) di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Mai kita tengok bagaimanakah keadaan sebenar kerja Fendiosman pada hari kejadian.
Sebenarnya Fendiosman pun balik bercuti di kampung halaman seperti orang lain. Tapi, sebab dah kena bertugas pada pagi raya, dan mujurlah kampung Fendiosman tu dekat dengan airport, dan ada juga flight awal pagi ke Kuala Lumpur, makanya seawal jam 4 pagi pada pagi Raya, Fendiosman dah bangun bersiap persis bekerja di awan biru. Pukul 5 pagi, orang lain sibuk krohhhhhhhhhhhhhh dibuai mimpi, Fendiosman dah bersiap dengan pakaian raya, dan beraya dengan Mama Fendiosman yang masih mamai-mamai. Teruslah Fendiosman bergerak ke Penang, untuk terbang pulang ke KL. Gigih kan Fendiosman?
Pagi raya murid-murid semua makan ketupat, rendang, serunding, sayur londeh, kuah kacang bagai kan? Fendiosman makan American Breakfast. Kau ada?
Haaaa.....aritu ada Gabungan Persatuan Pengguna mana tah komplen pasal Penjawat Awam ni dapat point enrich pastu pi melancong merata-rata luar negara! Heyyyy.....sapa kata camtu haa? Ni ha, demi tugas, dah kuredeem pointku. Sekepuk jugaklah point terkorban.......
Pagi-pagi raya, dah kena terbang ke Kuala Lumpur katanya! Just like any other working day!
Dan Fendiosman bermurah hati menulis ucapan selamat hari raya untuk crew bertugas, beserta sebekas ketupat palas untuk makanan diorang yang mengalami nasib yang sama seperti Fendiosman. Walaupun atas tisu. Tapi cukup bermakna! Ni namanya PR Skills ya murid-murid.
Hasilnya.......dapatlah bungkusan kacang yang selambak. Bolehlah buat jamu tetamu di rumah yang datang beraya. (tapi serius, Fendiosman memang serve kacang ni kat diorang! Antara makanan yang mendapat sambutan di rumah lah.....)
Setibanya di KLIA, dah ada teman yang menunggu dan teruslah kami ke tempat bertugas. Trafik lengang, hanya dalam masa setengah jam selepas mendarat, Fendiosman dah sampai ke Pusat Bandaraya.
Sempat lagi menunaikan solat sunat Hari Raya. Walaupun sunat, tapi jugak yang kira ni macam wajib. Solat fardhu tak buat, solat Hari Raya ni yang ala2 sangat mustahak dibuat! Fendiosman ke Surau Istana Negara di Bellamy (ala yang dekat ikan bakar tu).
Ohhhh, sangat seronok sebab solatnya awal. Jam 8.25 dah angkat takbir. Sinilah tempat petugas di Istana Negara datang bersolat sebelum bertugas.
Sebelum jam 9 pagi dah selesai solat dan khutbah!
Teruslah Fendiosman melapor diri sebagai antara ratusan petugas yang sama-sama Berkhidmat Untuk Negara pada Hari Raya. Ingat ya murid-murid, cuti itu bukan HAK, cuti itu KEISTIMEWAAN. Makanya kalau cuti kena tarik atau tak dapat cuti, janganlah sentap ya!
Sempat jugaklah Fendiosman buat photo shoot Hari Raya. Konsepnya hutan rimba di tengah kota.
Dan inilah tempat kejadian....................
Tempat Jamuan Rakyat diadakan! Masih lengang sebab pintu pagar tak dibuka lagi.
Tapi walaupun di dalam lengang.......
Di luar bagaikan ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Pitam dibuatnya! Penuh dengan manusia yang bagaikan nak masuk dalam SOGO untuk sale raya!
Ada jugak yang pandai seperti incik serban ni. Time kami semua petugas dok sarapan, dia pun sarapan jugak. Siap berjalan kaki bagai, ambik makanan tu makanan ni! Nak kata kerabat, tak mungkin sebab dia makan di tempat rakyat! Lepas tu bila time dah habis makan, terus duduk atas kerusi roda jadi OKU, dapat ala2 layanan VIP. Motif? Memang anda pelakon terhebat zaman ini!
Awal sesudah solat, ada jamuan untuk pembesar-pembesar negara! Setiap kali pembesar sampai, abang-abang askoke istiadat ni akan berit abik hormat, dan tiup trumpet! Sungguh berseni dan berprotokol ya murid-murid! Tak semua orang dapat tengok benda ni sebenarnya!
Bila pintu pagar dibuka untuk orang awam.........................
Masya Allah......tapi yang peningnya Fendiosman dan petugas protokol lah bila kena buat tapisan pakaian!
Some people are so ignorance. Dah tau nak datang ISTANA NEGARA, BERJUMPA BAGINDA TUANKU BERDUA, kau pakai seluar pendek, pakai baju sleeveless nampak bulu ketiak segala, pakai tshirt tak berkolar, pakai selipar jepun. Kau ingat nak datang jumpa kawan-kawan kaaaa? Majlis ni bukan hari-hari dibuat! Ni 5 tahun sekali. Pergi dinner boleh pulak kau pakai gown cantik2, mekap tebal2. Mai ISTANA NEGARA kau pakai macam nak pi pasar ikan? Hoiiiiiiiiiiiiiii...........I guess Malaysians need some lessons on these matters. Sangat menyakitkan mata!
Kesiannnn petugas2 Fendiosman yang kena bambu dengan rakyat jelata bila tegur bab pakaian ni. Fendiosman pun apa kurangnya. Sorang mamat berseluar pendek ni bila disuruh ke tepi ke tempat jamuan, terus mintak seluar Fendiosman pakai untuk disarung. Dah tu nak suruh Fendiosman pakai samping saja kat depan gate tu? Tu belum kira selendang-selendang petugas yang ada. Yang tak pakai baju berlengan ni, terus capai selendang petugas sebab nak jumpa tuanku. Pastu marah-marah Istana pasa tak bukak kedai jual selendang, kasut segala. Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....kau ingat ISTANA NEGARA tu SOGO?
Haaaa....yang lulus tapisan pakaian, dapatlah bersalaman dengan BAGINDA TUANKU BERDUA. Tapi beraturnya Masya Allah panjang ya amat. Gigih la rakyat jelata sekelian. Yang ni Fendiosman kagum pasal depa datang atas kerelaan sendiri ke Istana. Bukan kena bussed-in macam program satu Jabatan tu buat. Takut audience takde, terus kena import dari segenap alam naik bas. Pastu dalam laporan tulislah mendapat sambutan ribu-ribu khalayak. Kau bussed in pastu kau kata dapat sambutan? Time to rethink about the relevance of the Department. Does the Department worth the money to exist? Or can it be reorganised and restructured?
Rakyat yang berkunjung mengadap TUANKU akan dapat kurniaan. Yang kanak-kanak dikurniakan duit raya bersampul kuning. Orang dewasa pula dikurniakan kuih raya di dalam kotak yang sangat cantik ini. Semua yang hadir akan dapat tak kiralah kecil besar tua muda.
It is not about the kotak kurniaan or duit raya actually. Yang mustahak, adalah pengalaman dapat masuk Istana mengadap TUANKU BERDUA, bersalaman. Not everybody can go to ISTANA everyday. This is the only chance where rakyat can meet HIS AND HER MAJESTY in person and shake their hands. Tapi untuk pembaca sekelian, bila dapat peluang masuk ke tempat macam ni, sudah tentu kita kena bersedia untuk berpakaian yang terbaik. We must look good to meet our KING AND QUEEN. Janganlah terlalu BEBAL, benar, kami kena faham PUBLIC, tapi PUBLIC pun kenalah faham PERATURAN.
Apa pun pengalaman berkhidmat di Istana Negara pada HARI RAYA tatkala semua orang bergembira di kampung halaman amat bererti untuk Fendiosman. Penat tu memanglah penat, tapi pengalaman yang dikutip tu tak dapat di mana-mana pejabat, mahupun sekolah.
Petang selepas tamat majlis, teruslah Fendiosman terbang pulang ke kampung halaman.
Sejurus matahari terbenam, tibalah Fendiosman di rumah, dengan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Walaupun Fendiosman terkilan sebab potret keluarga pada tahun ni kekurangan satu ahli, tapi inilah cabaran yang sebenarnya perlu kita hadapi dan dalam setiap apa jua keadaan, kita perlu lakukan sedikit pengorbanan untuk keselesaan orang lain, walaupun kita terpaksa lupakan kegembiraan diri kita sendiri. Wallahua'alam.....

4 comments:
huh... bez la raya sebegitu! 5 taun sekali pon kan.. bab yang menyamar jadi OKU tu memang cam harem.. siap berserban arab bagai.. anyway, selamat idulfitri ye incik.. (:
bez la raya cenggitu! 5 taun sekali je kan.. xleh blah bab pak aji serban arab OKU itu.. anyway, selamat idulfitri untuk incik sefamili.. pic famili tu, leh superimpose letak pic incik kat belakang.. post melompat riang barangkali.. hehe
5 thn skali je ke mejlis ni? bukan tetiap thn?
permatang pauh ni turun gak ka??
Post a Comment