Monday, November 27, 2006

Moto oh Moto

Aku nak cerita pasal apa aku pun dah tak reti. Nak cerita pengalaman kat tempat baru, takde yang menarik pun. Kejenye rutin. Baca, tulis, pikir, lepas tu baca, tulis dan pikir lagi. Tu la kisahnye. I missed those days kat SB, macam bursa saham, berlari sana berlari sini. Until now, I'm still wanted there. Ada je panggilan yang aku terima tanya itu tanya ini. Kalau tak kerana Pak Meon yang arrogant tu, takde la aku jadi tawar hati nak keje lagi kat situ. Isk...melalut lak!

Hari ni aku nak ceritakan pengalaman yang aku rasa menarik untuk dishare. Memang la khurafat nak percaya semua ni tapi bila dah jadi kat aku tu, aku terkesima kejap. Last friday, petang lepas solat Jumaat aku tak masuk office. Mintak dengan TSUB untuk amek LPC kat Kem SB (kembali jugak ke sana), pastu nak proceed ke kedai Perodua kat Taman Segar, Cheras. Saje buat lawatan Cik Kiah ke sana.

Ceritanya bermula lepas aku ke kedai tu. Moto kesayangan aku yang aku usung ke sana ke mari tu mula la buat perangai. Malam tu waktu keluar makan ngan SerOja, dia dah bunyi pelik. Rantai macam nak jatuh. Aku gagahkan jugak la untuk redah ke kedai KOPITIAM Bangi lepas tengok AJL Irama Malaysia tu (untuk makluman, kedai KOPITIAM ni best untuk chill out dengan kawan2. Roti bakar dia sedap), sebab dah tengah jalan kan, kalau nak patah balik buatnye rosak btol mau aku menolak sorang2 tengah2 malam. Minum dulu ngan diorang pastu pikir apa nak buat.

Mintak tolong Oja tengokkan apa yang patut. Nak harap aku sorang, honestly aku fail bab2 kenderaan ni. Mula2 nak tegangkan rantai yang kendur tu, spana cap ayam yang ada kat moto patah pulak.

"takpe...aku takmo nyusahkan korang...aku balik je la slow2..."

Dah pukul 12 time tu, start moto terus aku hala ke rumah. Tapi bawak slow2. Mana la tau tengah laju rantai jatuh terus aku buat aksi superman kat tengah jalan kang. Dan igauan aku pasal rantai jatuh tu jadi kenyataan...

Dah tak tau nak buat apa, aku call la SerOja, walaupun berat....trima kasih korang ye! Konon nak masukkan moto dalam avanza, tapi sebab moto aku tu moto..dan bukan beskal, maka tak muat la. (Oja....kuat kan aku? Angkat moto slambe je....ko kuat macam aku tak?).

Repair punya repair tak berjaya..last resort, kene la call hosmet tersayang bakal pengantin berdarah manis tu, cian plak kat dia tak pasal2 kene datang tengok. Mamat tu penah merempit cam aku, so dia keluarkan alat2 doraemon dia...siap! Alhamdulillah.

Sekali imbas scene malam tu, musti orang ingat 3 orang jejaka tolong sorang awek yang kerosakan moto di tengah malam. Hahahah...

Apa pun, bukan aku nak cerita pasal rosak kejadah ni, aku nak berpikir sejenak. Knape bila barang2 besi yang takde perasaan ni, bila tau je kita nak buat sesuatu kat dia, terus dia macam merajuk aaaa? Korang penah alami tak macam aku alami ni? Ari tu henset...kata nak tukar terus dia ilang. Ni moto lak...baru je bawak melawat ke kedai kereta, blom kompem beli lagi...dah dia pulak buat perangai.

Untuk motorku tersayang, aku takkan jual kau sebab aku sayang kau macam mana hari pertama aku beli kau dulu (macam pujuk bini la plak). Walaupun aku ada kenderaan yang lebih besar satu hari nanti.....Insya Allah, aku akan usaha untuk jaga kau sebagaimana dulu. Sebab? Sebab aku tau betapa susahnya nak dapatkan kau. Gigih kumpul duit untuk mendapatkan sebijik kenderaan beroda dua. Kalau keje aku hebat macam drebar bergaji besar...mungkin gak la aku tak gigih camni. Hiks.....

Dah la kot, cukup ngomelan ari ni. Untuk sahabat yang menang Miss World Pageant tu, tahniah la ye! I know u can do it.. (Pengkid Terhormat DiRaja...kalau kau terbaca ni, kawan kau tu dah menang...ucap la tahniah kat dia)

Lama lak aku tak berpantun.....try seround...

"Idam nak jolok buah berangan,
Sayangnya galah belum dilentur,
Idam beradu berbantal lengan,
Sayangnya orang berkalih tidur...."

-taken from nasib melukut by syura-

Monday, November 20, 2006

Aviation Enthusiast

Hmm, isk sehari sampai 2 posting. Amek ko. Haha....ni dah posting ke 100. Kalau ikut abang Rush Tepak Sireh, dia ada buat celebration. Tapi aku takmo la mencedok idea orang ni. Tak elok, nanti kene charge bawah akta hakcipta terpelihara, plagiarisme! Bahaya oooo...

Hari ni aku nak ceritakan pasal hobi aku yang aku rasakan lain dari sesetengah orang. Some people enjoy reading, some enjoy gardening. Aku ni pelik sikit. I love planes. I enjoy watching planes. Indeed, kalau korang perasan kat blog aku ni ada link ke aviation forum. I like to read all about planes. Satu masa dulu penah aku ke Singapore untuk cari keje dengan SIA, dah sampai final stage interview Cadet pilot tu. Tapi takde rezeki. Tapi tu la kan, Allah Taala tu dah letakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau aku masuk join SIA ntah apa la jadi ngan aku skang. Dan mungkin blog aku ni bukan Ranjau Seorang PTD, apa la nama agaknya? Silap aribulan tak reti berblogging pun.

Haaa, ni gambar aku amek kelmarin. Waktu memasang aku punya die-cast model Boeing 777-200 Malaysia Airlines, limited edition. Untuk Oja yang keje sebagai driver bergaji besar tu, mekasih sebab susah payah melayan kerenah aku. Since kapal terbang ni cantik kalernya, aku pun memang berusaha nak beli. Harga toksah tanya la, cukup untuk aku katakan worth it! 15 hari belanja makan tuuuu. Nak kumpul lama dah, tapi aku pun tak tau how to start. So, sejak tau Oja dah dapat promotion naik triple 7 fleet, aku pun memberanikan diri tanya pasal die-cast model ni. Nak beli yang Boeing747 Hibiscus tu rasa macam dah takde stok lagi. Dapat yang ni pun dah cukup berbesar hati. Bukan senang nak dapat limited item macam ni.

Dah selamat aku letak kat opis. Tapi those yang tak tau, mungkin nampak macam kapal terbang biasa. Tapi pada aku, sangat2 la bermakna. Hah, siap ada IC lagi kapal terbang ni. Ehm, walaupun cita2 nak jadi drebar bergaji mahal tak berjaya, tapi sekurang2nya aku boleh la menceritakan serba sikit pasal kapal terbang. Hiks...tapi apa pun aku bersyukur dengan keje yang ada skang ni. Dari segala segi, Alhamdulillah, cukup untuk menampung hidup aku. Terima hakikat yang apa yang kita nak tu tak semestinya sentiasa kita dapat. Apa yang Allah dah aturkan tu sesungguhnya ada hikmah disebaliknya. Yang penting, setiap kerja yang kita buat, niatkan Lillahi Taala untuk mendapat keberkatan. Tapi make sure la keje tu halal. Kan?


Konsert Irama Melayu Asli

Untung kalau ada kawan keje kat Istana Budaya ni, segala maklumat pasal upcoming show boleh tau dengan segera, even show2 perdana yang rakyat jelata tak boleh masuk, tapi time rehearsle boleh datang tonton.

Untuk Wawa, thanks for the complimentary pass untuk masuk Konsert Irama Melayu Asli last week. Really enjoyed the show. As for some people, thoy don't bother to go and watch such performance. But for me, this is the opportunity to sit and listen to the harmonious melody. Kudos to Istana Budaya, even the arrangement was a bit messed up, overall performance was great.

The show started with a medley musical performance and followed with Ahmad Jais, Orchid Abdullah, Andrew Goh, Haziq AF4, Samsudin Lamin and lots more. Ghazal, inang, zapin, asli, langgam, best jugak layan lagu2 macam ni sekali sekala. Lagu dah sedap, muzik dah sedap, tapi backup dancer lak buat tingtong kat stage. Kata penari Istana Budaya, tapi nampak macam tak reti menari pulak. Harapkan rupa je ada, tapi nak lenggang inang pun payah. Kekok. Nak kata amatur, tak pulak! Penari sepenuh masa yang patutnya kerjanya menari.

According to Wawa, diorang sibuk dengan nak buat show kat oversea, so tak sempat nak concentrate show kat dalam ni. Hai, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan. Patutnya penonton kat dalam ni pun disajikan dengan show yang setimpal dengan apa yang diorang bayar! Pada aku, alasan ada banyak show tu tak boleh diterimapakai. Langsung tak logik. Ehm, lebih2 lak aku ni. I supposed ni komen untuk penyanyi bukan untuk backup dancers. Tapi lantak la, aku rasa singers dah takde mende nak komen. Semua sedap! Yang mencacatkan permandangan adalah dancers sekelian. Mata jeling kiri kanan macam tak penah menari!

Wah..lebih2 lak kritik. Agaknya waktu aku on stage dulu pun camtu kot! Dari pandangan seorang penari amatur, aku tak tengok step apa yang satu2 team tu buat, aku tengok sapa yang tingtong.

Seat aku kat dalam Panggung Sari tu dalam 2 meter dari stage. So nampak la lobang idung Haziq bila dia nyanyi. Tapi la ni dia takde gigil2 dah. Mungkin dah belajar cara nak kontrol menggigil kot. Ala mana2 performer kalau takde stage fright tu kira tipu la. Musti ada walaupun sikit. Hmm, sambil menonton aku tengok Abang Boy macam layan je walaupun taktau lagu apa yang depa nyayi. Mungkin lagu yang common macam lagu Tanjung Puteri tu bole la ikut sikit2.

Nak dijadikan cerita sebelah aku duduk tu ada la sorang budak yang hyperactive. Tak dok diam. Padan la IB gariskan kanak2 tak bole masuk. Tah hapa2 la budak ni buat. Aku nak layan konsert dia dok bising. Kejap2 bangun, kejap2 pusing belakang, kejap2 cakap! Hangin gile. Dah lama aku bertahan, sampai la satu tahap, aku gulung buku program yang dapat tu, aku ketuk budak ni. "Adik boleh duk diam tak?" Kat sebelah sana ada abang kakak mak bapak dia tapi aku peduli apa. Walaupun tiket free, tapi aku membayangkan orang kat belakang aku pun rasa irritating dengan apa yang budak tu buat. Memang wajar ada outline untuk kanak2 yang nak masuk performance2 macam tu. Aku peduli hapa anak orang ke anak sapa ke, niat aku nak mengajar.

Hmm..udah la kot untuk hari ni.

"Penawar rindu padamu seorang,
Mengapa selalu semagatku dikau puja...." layan sehhh...kelepup kelepap tangan aku tepuk peha.

Ahaks....apa pun sekali lagi thanks untuk Wawa. Dino ngan Abang Boy, mekasih gak ikut gi tengok. Lenkali kita gi tengok lagi aaaa....