Tuesday, December 12, 2006

Trip to Massage Parlour

Disclaimer: Posting ni ada unsur2 18SX, for those yang rasa offensive, jangan baca ye (tapi aku tau orang akan baca gak….)

Waktu kat Sungai Besi dulu, ada la satu waktu padahari2 terakhir aku menabur bakti di tempat yang sampai sekarang takde pengganti aku tu, nak dijadikan cerita aku eksiden moto. Ala bukan eksiden teruk2 sampai patah putus bagai, tapi eksiden yang nampak macam tak sakit, hakikatnya kesan jatuh tu terasa sampai aku tak senang duduk. Kisahnya aku tengah tenang menunggang,tetibe ada babi hutan sekeluarga, dari sekecik2 babi sampai la sebesar2 babi melintas. Dengan pantas aku berpikir, nak redah babi ni pastu moto aku tu jahanam ke nak mengelak ke tepi sambil jatuh dalam posisi sopan macam kat OBS dulu? Decision, elak dan jatuh sopan. Amek ko, jatuh terduduk terhentak. Tapi takdela rasa apa2 sakit, sekadar terhentak. Angkat moto terus naik semula, sambung perjalanan.

Tapi nak dijadikan cerita, lately tulang tongkeng aku sakit la sangat. Bila aku merempit long haul, tak selesa. Sakit! Tuhan saja yang tau. Tetap gak aku tahankan sakit aku tu, sebab that’s the only option I have at the moment.So, lepas menahan sakit buat beberapa minggu, semalam lepas keje aku decide to seek for a treatment kat sorang tukang urut yang aku kenal waktu POP YO ATMA bulan 9 dulu. Aku dah urut kaki aku dengan dia sebelum ni dan aku memang puas hati.

Agak2 petang sikit aku call la untuk mintak direction ke tempat treatment dia. Kat dalam Country Height sana. Eksklusif la pulak, musti harga pun eksklusif ni. Takpe la, nak ilangkan sakit punya pasal. Aku bukan la memilih, tapi pengalaman aku kene urut ngan dia tu menyebabkan aku rasa selesa. Pulak tu sempat la dia turunkan ilmu2 untuk aku sikit sebanyak, yang mana aku boleh absorb aku guna untuk aku urut kawan2 aku (OBS….spa di tepi pantai aku mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan yang ada, tak gitu Dahuzz?)

Mula la sesi mengurut seluruh badan selama 1 ½ jam. Kenapa 1 ½ jam? Pasal seluruh badan, pastu pakcik tu nak tengok harta benda aku yang tersembunyi tu ada masalah atau tak lepas jatuh tu? Sebab aku terhentak atas tanah.

Tak kisah la, janji dia betulkan mana2yang perlu dan aku pun tak menanggung kesakitan kat tongkeng aku tu. Kan? Rawatan dia ala2 kat spa la. Tapi ada mix dengan traditional method. Start dengan kaki, seluruh kaki. Menahan sakit la nampaknye.

Proceed dengan pinggang,belakang badan, tangan. Fuh…sangat le melegakan. Sambil2 mengurut tu aku tanya2 la gak pasal urat2 ni. Pakcik tu cakap urat aku ada yang bengkak. Suruh pantang makan itu makan ini. Hallahai….mujur la angin2 yang keluar semua ikut mulut. Kalau ikut lobang kat bawah tu, malu la plak. Hik…..Dah settle badan, jeng jeng jeng…masuk part harta benda tersembunyi lak, mula dengan perut, urat2 kat peha menganjur ke urat kat kelengkang. Sampai la urut harta karun tu. Redah je la.

“Ni pakcik pakai minyak tradisional kayu hitam untuk kamu punya alat sulit tu…ni bapak makcik kamu punya ramuan”

“Err…pakcik, betul ke minyak lintah tu banyak khasiat?”

“Ada khasiat, tapi kamu tengok, lintah tu kan lembik, nanti lembik la jugak jadinya. Pakcik pakai minyak kayu hitam, kayu kan keras…”

Hahaha…ni 1st time aku rasa orang urut camtu. Aku ada cakap kat dia yang aku buang air tak lawas bagai, sodia cari la urat2 yang tersembunyi tu.

“Bagus urat2 kamu ni….nanti kalau kamu nak kawin sok,datang jumpa pakcik lagi, pakcik urut untuk kunci uratkat sini….”

Muka aku dah merah menahan malu. Ye la, kene strip depan pakcik tu. Kalau sebelah belakang je aku tak kisah la sangat. Ni sebelah depan...huk!

Lepas 1 ½ jam, selesai la acara urut mengurut tu.Harga? Pada aku setimpal dengan apa yang aku dapat,pakcik tu turunkan ilmu2 urut dia, aku belajar pasal urat2, it really helps me to understand my body’s anatomy (urat2 nye anatomi la…..)

Cukup untuk hari ni…lain hari aku menulis lagi. Lega rasanya badan aku, ringan sangat2. Angin2 semua dah keluar, ni menunggu untuk sesi berikutnya lagi 2 minggu. Bengkak kat tulang tongkeng aku tu lum surut penuh lagi. Kene buat sesi ulangan.

Oh ye, for those yang interested, meh nanti aku introducekan kat pakcik tu, untuk pompuan, ada wifey dia yang akan buatkan. Untuk mat2 rempit, hati2 di jalan raya. Kalau jatuh terhentak, cepat2 la pegi check kat tukang urut. Takut2 nanti urat tersimpul kat anu tu....nak pakai lama ye dak? Takut padam je, ada lak bini mintak cerai nanti! Nauzubillah....

Saturday, December 09, 2006

Jauh perjalanan...


Penah tak korang terpikir sejauh mana korang nak duk dalam perkhidmatan yang korang sertai? Penah jugak tak korang pikir dalam perkhidmatan yang korang masuk ni, sejauh mana korang akan pergi? Level 41 macam machai skang ni ke? Level JUSA ke? Tahap dewa dewi ke?

Kadang2 bila aku tenung balik, betul ke aku masuk PTD ni? Kisahnye aku ni takde la eager sangat nak jadik PTD macam some people, yang sampai bergolok bergadai naik turun pejabat SPA, yang call serata kawan kalau2 ada orang yang kenal leh rekomen, yang pegi exam berkali-kali, yang pegi PAC sampai naik muak dengan acara PAC tu sendiri, yang sampai letih masuk interview room. Pada aku, semua ni rezeki yang Allah Taala bagi. Waktu pegi selection dari awal exam sampai abis interview, aku pikir kalau ada, adalah. Kalau takde, bukan rezeki aku.

Tapi tu la, bila dah masuk ni, nak nak kalau dah opsyen skim pencen lagi la merugikan kalau nak tinggalkan apa yang orang kata servis yang premier ni (premier ke? tu kata sesetengah orang). Pada aku, kat office memang la aku pegawai. Tapi kat luar, aku nak remain as what i am. Pantang orang tanya aku pasal keje ni. Once aku bukak mulut kata PTD, lain macam je orang pandang. Untuk semua pembaca yang bukan PTD, kitorang yang PTD ni manusia biasa. Tapi ada gak some PTD yang sangat perasan best. Rata2 alam dok jaja dia PTD. Adoiiii.....

Balik pada awal perenggan tadi. Aku ni ke mana la hala tuju aku 10 tahun akan datang ye? Hajat hati nak sambung master, kalau berkelayakan. Nak amek scholar JPA ni kene markah LNPT tinggi. Mau2 85 dan ke atas. Aku kene tunggu lagi sampai 2008 kot baru layak nak dapat mohon. Sebab syarat yang dikenakan kene 3 tahun dalam perkhidmatan. (anyone from JPA yang bole clarify mende ni? Sue......betul ke?)

Tengah bulan lepas batch 1/2004 dah dapat KUP 44. Tahniah la. Pada aku, kenaikan tu satu rahmat. Servis tak sampai 3 tahun dah dapat KUP. Batch 2002 rasanya dah nak naik 48 ni. Cepat ek? Tapi bersediakah aku untuk naik pulak? Macam tak cukup pengalaman je lagi. Well, aku rilek je la dulu. Some people dari batch aku dah sibuk dok tanya bila nak naik. Kawan2 sebatch sekelian, sabo la ye. Dah star sangat ke nak naik 44 tu? Ilek laaaaaa....
Skang ni aku tengah bersedia untuk PTK tahun depan. Sedia la sangat. Poyo, konon study la? Aku macam cuak je nak sit exm ni. Dah lama tak berkecimpung dalam bab2 exam ni. Kalau bab mengantoikan budak2 exam macam kat ATMA dulu aku terer la. Huhu...ketaq ketaq. Walaupun exam bulan 3 tapi aku ketaq. Macam2 mai dalam kepala otak ni. Dulu SPM takdak la ketaq camni. Hiks...dah la, paling penting, belajar dulu mana2 yang perlu. Amek tau apa2 yang patut. Tak la macam ada orang tu, bila tanya tatacara nak buat sebut harga pun tergagap2 nak jawab. Bukan nak jatuhkan maruah orang, tapi bila dah pikir nak naik gred tu, biarla setimpal dengan apa yang diberikan. Takdak la orang tercengang2. Orang kata PTD tu premier, tapi kalau asek tergagap2, premier kebenda? Memang la orang servis lain akan kutuk.
La ni paling penting, sebelum apa2 aku nak absorb takat mana yang aku boleh. Deepen the knowledge is the most important thing to do. Sementara masih muda ni kan. Tapi tu la, keje aku skang ni sangat la sangap dan mengeraskan bontot aku. Tuhan saja yang tau. Kalau dulu aku slalu bising sebab asyik outstation, kali ni rasakan. Asyik tertanya-tanya pulak, bila la aku nak outstation. Oh tuhan......
Dah la tu, cukup untuk ari ni. Sapa2 yang terasa ngan posting aku tu, jangan mare aaa. Kalau muka panas, maksudnya betul la apa yang aku cakapkan ni. Rite? Renung-renungkan la. Oh ya, untuk orang2 baru yang akan masuk servis, batch 2/2006, selamat datang. Selamat melapor diri kat IKWAS. Jangan la baru masuk servis korang dah rasa star. Silap la.....

Thursday, December 07, 2006

Karaoke?

Aku suka nyanyi. Tapi nyanyi sorang2 je la kat umah. Tatkala hosmet ku sekelian takde. Aku pasang la cd karaoke, pastu melalak la puas-puas. Tak penah terlintas nak menyanyi depan orang ramai melainkan dengan kawan-kawan yang gila. Waktu kat DPA dulu ada gak la aku melalak waktu modul polis ngan bomba.

Tapi keseganan aku tu sampai ke penghujung bila aku ke majlis makan malam dengan pensyarah-pensyarah ATMA kat Nilai hari tu. Aku niat nak pegi makan. Tetibe diorang ada wat pertandingan karaoke. Konon bole la escape. Tapi time dok makan tu Kdr Amin kata

"kamu nak nyanyi lagu apa?"

Dulu dalam soalan ujian sahsiah PTD dulu aku ingat ada soalan lebih kurang camni:

"anda tidak berapa menggemari karaoke, tetapi dalam satu majlis anda dijemput untuk menyanyikan sebuah lagu di atas pentas. Apa tindakan anda?"

Ada la jawapan yang tersenarai...aku pun tak ingat. Tapi seingat aku, jawapan yang aku bagi, lebih kurang macam terima pelawaan dan nyanyi walaupun tak suka. Haha..pelik kan soalan ujian sahsiah PTD tu?

So berbekalkan soalan tu la, aku terima pelawaan untuk nyanyi. Lantak la apa nak jadi. Suara pitching ke laut ke apa ke janji aku takde nak menghampakan orang. Lepas melantak aku pegi la mencari lagu yang ada untuk aku melalak. Kalo ikut pesan Ustaz Romlah waktu blaja tarannum, (TARANNUM, bacaan berlagu ayat2 suci Al Quran - ada macam2 lagu, Bayati, Shoba, Jiharkah, Nahwand, Hijaz) mengaji dulu, jangan makan sebelum melontarkan suara, takut suara tenggelam. Ni aku dah melantak tak hengat tetibe nak nyanyi. Kompem la suara tak dapat balance.

Belek punya belek buku katalog lagu, haram semua lagu suara tinggi. Yang sukar untuk aku bawak. Lagu yang rendah2 aku tak reti lak. Dalam list, Sudirman, Jamal Abdillah, Saleem, Amy Search. Memang tak sesuai untuk nyanyi lepas waktu makan. Hati aku dah menyumpah. Last2 aku amek lagu Jamal Abdillah - Penghujung Rindu. Memang aku menempah maut dengan lagu Jamal ni. Pada aku, hanya orang yang berkemampuan dari segi vokal saje yang bole bawak lagu dia dengan sempurna. Macam Mawi (aku bukan bias ok), walaupun dia lupa lirik tapi dia bawak lagu tu baik sekali dari segi alunan (even bunyi macam nasyid).

Giliran aku number 6, tunggu la orang lain nyanyi dulu. Pertandingan kali ni ala2 akademi fantasia la, guna sms untuk pilih pemenang. Tunggu la dengan perasaan berdebar. tak lama lepas tu, MC panggil untuk naik nyanyi. Nervous gile, ye la selama ni aku show kabaret style. Ni kene vokal lak.

Muzik start, aku pun masuk....

"bila kekasih mengundang aku pulang.....
mahligai menanti penuh gemilang
bila kekasih menyingkap tabir cinta
tiada terbalas dengan kata-kata"

tang sini ok lagi....sampai la part korus...

"Seribu tahun takkan sama...
sesaat bersatu dalam nyata...."

kat sini ok jugak lagi....

"Kerana kasih kusanggup korbankan.....
jasad dan nyawa..."

Damn....tergelincir suara aku tak sampai ke atas.

adoiii....mesti bingit orang dengar aku nyanyi..sumbang dahhh. Aku dah malu, tapi lagu tak abis lagi, masuk bridge....pastu second part lagi la jahanam. Tak boleh tarik suara. Perut aku penuh dengan makanan. Tapi aku redah je la sampai abis....
Selesai..muka aku panas. Sebab aku tau aku nyanyi tak sedap. Malu siot. Mesti penonton terseksa dengar suara aku yang tak boleh nak angkat tu. Takpe...sabar je la, yang penting tak menghampakan orang yang mintak. Rite?
So dalam malu aku menunggu tu, tengok2 SMS vote aku paling tinggi. Biasa la kawan2 navy yang propakan. Dan betul la sampai ke ahkirnye, aku menang propa SMS. Hahaha....meninggalkan jauh orang yang nyanyi lebih sedap dari aku. Tak kisah la, janji dapat hamper setinggi gunung. Kan?
Dah la kot pasal nyanyi tu. Walaupun insiden nyanyi sumbang tu aku hadapi, tapi tu semua part of pelajaran untuk aku. Mana la tau masa depan kot kena lagi kan? Prektis la at least 2-3 lagu yang boleh. Yang simple2, sesuai dengan range suara yang ada. Apa pun, untuk menyanyi pada aku tak payah masuk kelas vokal mahal2. Pegi kat ustaz2 yang mengajar tarannum, belajar dari diorang. Dapat pahala berganda, pahala mengaji satu hal, pahala menuntut ilmu lagi. Tapi nawaitu tu kene la betul, bukan pasal nak masuk pertandingan karaoke. Hmm..cukup la kot. Lepas ni kene prektis nyanyi lagi. Hahaha....aku dah try belasah ghazal, mak aiii tingginye suara sampai ke kepala!