Thursday, January 24, 2008

Kuala Lumpur and The Sunset

Selama hari ni aku dok tengok dalam tv dan lalu je kat tempat Yusof Haslam shooting filem kat Ampang tu, tapi semalam aku tergerak hati nak pergi menikmati pemandangan yang cantik sewaktu mentari terbenam di ufuk barat dan suasana bandaraya Kuala Lumpur tatkala fajar melabuhkan tirainya (perrrrggghhh...ayat jiwang karat sehhh).

Makanya dengan perasaan yang gembira sebab kerajaan bagi cuti sempena Thaipusam, aku mengajak Sang Hansuari untuk menikmati pemandangan itu bersama-sama. Lepas siap-siap, dalam pukul 6 petang bertolak ke tempat yang dihajatkan. Ikut plan asal ada sorang lagi Hamba Allah nak ngikut, nak kena pegi amek dia kat Setapak nun, tapi jalan jem teruk la pulak, jadi putaran roda kereta dialihkan menggunakan jalan Hulu Langat - Ampang, yang sememangnya jalan menuju ke tempat yang dihajatkan.

Sesampai saja di situ, ramai ya amat manusia! Maklumlah kan, masing-masing cuti Thaipusam. Ada yang siap berpiknik kat situ. Tapi yang ramai adalah rempit-rempitan bersama minah-minah rempit dok melepak beramai-ramai sambil mengilai beramai-ramai. Pontianak kah? Photographer pun ramai, masing-masing nak mengambil gambar di tempat yang cantik itu.
Sebenarnya ada tempat yang lagi tinggi, di Anjung Tinjau di Pusat Pelancongan yang dibina kerajaan. Tapi alang-alang ada tempat free..pergi je la! Takat nak ambil gambar je......hiks!

(ayat jiwang karat balik...) Suasana tatkala menyaksikan mentari terbenam itu sungguh menenangkan! Dengan langit yang berona biru bercampur jingga, dengan perlahan suasana menjadi semakin gelap dan Bandaraya Kuala Lumpur mula bermandikan sinaran lampu yang cukup meriah. Cantik jugak ye Kuala Lumpur ni?

Heh....lepas ni kiranya dah jumpa la spot untuk menenangkan fikiran! Setengah orang suka pi tepi pantai, Kajang ada pantai kah? Takkan nak pi Pantai Dalam kot? Hiks...zaman aku naik kuda dulu, selalunya aku sampai ke tepi runway KLIA nun kalau nak menenangkan fikiran. So dah ada alternatif seterusnya! Memang cantik! Rugi kalau tak pergi.....

Monday, January 21, 2008

Sehari di Hospital Putrajaya


Adapun pada hari Jumaat yang lepas sedang elok aku membuat kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba aku rasa dunia aku ni bergoyang, berputar dan pandangan mataku menjadi kabur serta-merta. Terasa panas di bahagian telinga, dan kepalaku sakit teramat sangat.

"Puan....I feel so uncomfortable, kepala saya rasa pusing laaaa..."

That was my words to my immediate boss. And she suggested me to go to the clinic. Remember my previous post? Kisah BP aku yang naik mencanak itu? Aku rasa kali ni pun benda yang sama berlaku. Dan kali ni lagi teruk aku rasa! Huk...alahai muda-muda pun dah kena HPT ke?

Soon...they brought to the ER Hospital Putrajaya. Thanks to my friend Yatie for bringing me there. Dalam keadaan yang sakit tu sempat jugak aku pastikan aku memakai tag Kementerian Kesihatan dengan harapan untuk mengelakkan queue yang panjang sebab aku rasa sakit aku ni kalau pakai triage, jatuh pada green triage je! Makanya....kena beratur.

Turun kereta, dengan keadaan kepala yang pusing-pusing aku dapatkan MA yang bertugas...

"Saya rasa saya punya kepala tak stabil laa...darah saya naik kot! I feel so unconfortable"

Dia belek pas aku kejap, terus dia tarik aku masuk dalam bilik rawatan. Mintak aku berbaring, dan amek BP aku! Tatkala BP diambil, heh...sempat dia beramah mesra dengan bertanyakan soalan yang aaaaaamat laaa best!

"Encik kat block E berapa?"

"E7"

"Aras berapa?"

"Aras 10"

"Kalau kat aras 4, unit daftaran, Salmah namanya, encik kenal tak?"

Pitammmm........BSM yang ada 200 lebih ni pun aku tak habis kenal lagi! Nak ke tingkat 4? Melangkaui 5 tingkat ke bawah! Huhuhu.......

Back to the topic, lepas masuk kat bilik tu.....dia bawak pulak masuk kat lagi dalam. Area observation, nak pantau aku punya keadaan. Sebab nampak teruk! Dan memang la teruk kisahnye. 148/110? Sungguh tak normal pada pandangan aku, dan sah sah la pada pandangan doktor yang merawatku itu!

Dan merasa la aku dok dalam wad walaupun sekejap! Huhuhu.....hari ni kena ke klinik lagi skali, monitor BP yang aku tak tau laaaa sama ada tinggi ke tidak. Tapi, apa pun dokter itu sudah prescribe aku ubat untuk aku makan. Kalau boleh aku memang takmau makan ubat-ubat ni, tapi dah terpaksa.....kena la makan! Pasni kena amalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bak kata mama....

"makan buah-buah sudah....lower your cholesterol level"

Hmmm....setau aku takde la aku ni makan serba serbi! Berpada-pada pada aku la! Ujian Allah pada hambaNya. Redha je la...tapi pada masa yang sama, kena la cari penawar! Tak gitu?

Monday, January 14, 2008

Mengidam di hari Ahad

Mengidam? Pembawaan budak kah? Oh tidak sama sekali. Jantan nak bawak budak kejadahnye? Hmmm...nak dijadikan cerita, pada suatu petang Ahad yang mendung, sesudah aku selesai bersolat Zohor, tiba-tiba aku terasa teringin sangat nak makan donat. Aku ni hantu donat, pantang nampak mesti aku terasa nak beli walaupun baru makan donat pada hari yang sebelumnya! Apa aku terkenan dengan Doraemon kah? Huhuhu.....

Kebetulan, idaman aku semalam bukan calang-calang donat! Hanya di dua tempat sahaja yang ada di Malaya ini, di Pavillion dan di Pyramid. Dan untuk mendapatkannya cukup mencabar kesabaran. Donat apa? Yaaaa....donat J.Co yang menjadi kegilaan penggemar donat di sini sekarang. Ada cerita yang aku dengar, insan yang gigih beratur sampai satu jam setengah untuk mendapatkan sedozen donat. Dengan berkasut tinggi 3 inci, insan itu sanggup berdiri lama untuk menikmati donat kegemarannya.

Semalam, tatkala aku menonton TV, aku berbalas SMS dengan sahabat sekolahku Incik Mudzaffar, yang juga merangkap jiran tetanggaku untuk mengajak ke Pyramid mendapatkan donat. Mula-mula dia macam keberatan, tetapi setelah aku umpan dengan kata-kata manis seperti "dun wori, aku yang drive naik kereta aku", akhirnya Incik Mudzaffar termakan pujuk rayuku itu, seraya mencadangkan agar isteri (skul met aku jugak) dan anaknya turut serta ke kedai donat itu. Gigih kan aku?

Dalam kelebatan hujan yang amat sangat, aku redah jugak membawa Myvinats 848 ke destinasi yang dihajati, Sunway Pyramid. Kenapa Pyramid? Menurut riwayat yang diceritakan, di sana tidaklah terlalu panjang barisan untuk membeli donat. Dan setibanya di Pyramid, riwayat itu ternyata benar, barisan di kedai itu tidaklah sepanjang mana...

Tatkala beratur, sempat juga aku berkira-kira apa yang hendak aku dapatkan. Hajat di hati nak belikan sedikit untuk adikku Sang Jerung di Kem Sungai Besi itu, jadi aku mula mencongak, untuk membuat keputusan berapa biji donat yang harus aku beli.

Malangnya sesampai sahaja di kaunter, apa yang aku hajatkan tu tidak dapat kulihat di kaunter. Cheese me up, dan Tira miss you kehabisan pada ketika itu. Plan B, " Can I have 3 half-dozen donuts, each box with 2 alcapone, 2 oreo and 2 peanut butter?" Tudia...sampai 18 bijik donat noooo? Ya la...6 untuk adikku Sang Jerung, 12 lagi untuk aku dan hosmet, dan orang pejabat. Orang pejabat? Yaaa..donat ini tahan lama, tetap gebu walaupun dah masuk dalam peti sejuk!

Beratur tak lama, dalam 15 minit dah aku dapat apa yang aku hajatkan, dengan senyuman sampai ke telinga, dengan hati yang puas, aku tinggalkan kedai donat itu dengan perasaan yang amat gembira.

Masya Allah, gigihnya untuk mendapatkan donat kegemaran! Dari Kajang ke Sunway, untuk sedozen donat? Tudiaa.....dah hendak tu, apa pun sanggup! Kalau dah tak hengen tu, walaupun dekat sedepa, tetap taknak! Kan?

Heh.....ada lagi satu kedai donat yang aku tak pasti sama ada dah wujud di Malaya ini ataupun tidak...KrispyKreme, kalau ada....aku serbu jugak la kot! Hehehe.... begitulah kisah mengidam di hari Ahad.