Thursday, February 18, 2010

Terbang ke Seberang, PART III

Pagi yang indah di Bandung setelah lega menjalani rawatan scrub dan urut dimulakan dengan sarapan yang tidak begitu sihat yakni ayam goreng KFC dan nasik serta pergedil serta sup sayuran dan secawan Pepsi bersama supir yang begitu ramah ittewww. Memandangkan kedai-kedai hanya bukak pada jam 9 pagi, makanya Fendiosman hanya check-out dari hotel pada jam 8.30 dan disusuli dengan sesi makan memakan dan sembang menyembang berkenaan hal ehwal semasa selama kurang lebih satu jam. Kenyang, cukup untuk mengalas perut sampai ke petang. Sebab misi untuk berjalan di kedai-kedai ittewww mengambil masa yang agak lama, makanya perlulah perut ini diisi dengan sekenyang mungkin. Heh......

Jam 9.30, mulalah acara mencuci mata di sekitar Jalan Dago, lebih kurang 13 kedai semuanya Fendiosman jejaki. Errrr..bukanlah untuk diri sendiri, sebab malam sebelumnya dah Fendiosman buat kerosakan lagi sekitar 200 ribu untuk sesi scrub dan urut. Jadinya, hanya sekadar menjamu mata dan mendapatkan baju Ed Hardy yang ada tengkorak segala tu untuk Sang Model Cleo dan Maduku. Kiranya masa Fendiosman ittewww memang diperuntukkan untuk mencari baju yang amat susah dicari ittewwww...sebab saiznya nak saiz paling kecil. Kalau saiz Fendiosman tu sah selambak boleh dapat. Huuuuuuuuuuuuuu.......dari kedai ke kedai Fendiosman jejak untuk memuaskan hati dan berlaku lagi kerosakan sekitar setengah juta rupiah sebab terbeli baju kerja dan seluar berjenama katanya. Hadoilaaaa hadoilaaaaa........
Dari kedai ke kedai....satu persatu Fendiosman teliti......lenguh kaki ni tapi gagahkan la jugak demi mencari baju Ed Hardy untuk beliau ittewwwww. Pasai apa minat baju tu tatau?

Dari Jalan Dago, Fendiosman dibawa pi Rumah Mode. Tempat ni penuh dengan orang Malaya yang ala2 bersoping sakan ye. Harga.......Fendiosman tak nasihatkan untuk ke tempat ini, sebaliknya pergilah ke kedai Mode Plus dan kedai bersebelahan di hadapan Rumah Mode, sebab orang tak ramai, harga pun jauh lebih murah dari kedai di depan ittewww. Errr....Mode Plus ye, bukan Pijat Plus. Kalau Pijat Plus...lain maksudnya. Kang kau pitam pulak tengok tukang urut gelek2 bukak baju...hahahahahaaha......paham tak murid-murid? Haaa..ni antara wajah orang Malaya yang dah kecewa dan keletihan setelah melakukan kerosakan bermilion rupiah di Rumah Mode. Harus termenung ya!

Haaa...sedih pun ada, kagum pun ada dengan budak2 kecik ni. Gigih mencari rejeki demi sesuap nasik. Tah sekolah ke tidak budak ni, sempit sangat idupnya.Waktu Fendiosman abis membeli-belah, ujan lebat turun. Menggelabah la takde payung. Nak tunggu ujan berenti, lambat lagi nampaknya sebab langit gelap sangat. Depa ni macam tau je ada orang memerlukan, terus dibawa payung, dan kita boleh gunakan payung ittewwwww, pastu bayar la. Kasik la 1000 ke, ala2 berpatutan. Kalau jauh2 tu kasik la lebih sikit. Dulu waktu Fendiosman jadi kabaret, teringat di Jakarta pun sama jugak keadaannya. Jalan becak, pastu nak lintas kena lalu satu kayu yang budak ni letak, skali abis lalu kena bayar daaaa. Tapi ok la kan, takde la terhegeh2 nak tunggu supir datang dengan jalan yang macet ittewww, dengan jarak dalam 50 meter, bagi je la kat budak tu dak?

Memang lebat sungguh hujan. Moralnya; sekitar bulan 2 kurang sesuai la kalau nak sightseeing kat Jakarta dan Bandung. Memang ujan lebat. Kalau ala2 mode hilangkan diri seperti Fendiosman, tak kisah la ujan ke tidak. Sebab Fendiosman tidaklah pergi untuk melawat Tangkuban Parahu maupun Puncak. Waktu Fendiosman ambik gambar ni sebenarnya tengah hujan ais. Tercengang la kejap, dengan aksi opocots sebab bunyi kuat jatuh atas bumbung. Dah si supir tu terangkan benda tu hujan es, barulah Fendiosman paham. Takut gak...buatnya cermin pecah kan?


Dalam hujan yang lebat ittewww, sempat la jugak ke Kartika Sari untuk beli brownies yang sangat glamer. Sebab sorang wanita ni kirim, Fendiosman pun beli la kan...sudahnya bila makan Fendiosman yang ketagih. Heh...Fendiosman salahkan dia sebab ajar Fendiosman makan brownies yang sedap ittewwww. Dah la takde kat tempat lain, kan dah susah. Agaknya kalau mintak AP nak import Brownies Kartika Sari ni dapat tak ha? Tah apa la diorang mandrem letak dalam brownies tu, sedap sangat. Rugi ooo kalau tak makan. Tapi rasanya orang Malaya lebih suka pergi beli kain baju. Ingat tak kisah Fendiosman di Jepang dulu? Alaaaa...kisah bersama datin2 tu? Opssssssssssssssssssssssss......

Heh......selesai selama 6 jam lebih merayau bersama supir di sekitar Bandung, masa untuk pulang ke Jakarta. Tiket dah dibeli lebih awal. Lagi skali Argo Gede menjadi pilihan, tapi kali ni tiket murah pulak, 55 ribu. Pasai apa eh? Sebelum tu, sental dulu la makanan di Hoka-hoka Bento. Sempat jugak membuli waitress di situ. Hahahahha

"Konnichiwa......" kata waitress ittewww....

"Konnichiwa....Ogenki desuka?" terus ala2 blur minah waitress..

sampai di kaunter....

"Korewa gyuni-ku desu ka?" lagi blur minah tadi.............

hahahahahaha...........*matila bongkak, dalam kapal terbang hari tu tau pulak kau malu!

Sudah makan.....Fendiosman berangkat menuju ke gerabak Argo Gede 

"Arigato gozaimasssssss" kata manager restoran pulak...

"Hai...domo arigato gozaimas..." sambil tunduk ala2 Jepun...

minah manager tu blur lagi...

hahahahahahahahhahahahaha....jahat kan? (*tapi betul ke Fendiosman cakap tu ha? Jangan2 salah tajwidnya dak?)



Hujan sepanjang perjalanan pulang, tapi pemandangan naik tren dari Bandung ke Jakarta vv. sangat cantik ye murid-murid. Rugi kalau tak naik. Siap ada pengumuman kalau lalu tempat2 penting macam terowong terpanjang Jawa Barat. Memang puas hati la. Harga pun tak mahal. Walaupun naik bas lagi cepat sampai, tapi pemandangan yang cantik ittewwww.....tak dapat diungkapkan la.

Dalam Argo Gede ada bantal ye.......tapi behave ye murid-murid. Jangan buat aksi rembat merembat di sini. Sila tahan nafsu rembat anda. Kira dalam 3 jam tu boleh la lelapkan mata, atau makan mie rebus yang tah berapa kali ulang pramugari tu menjual......

Tiba di Jakarta, Incik Harris sekali lagi menumpangkan rumah beliau yang bagaikan sinetron ittewww untuk malam yang kedua. Dan...acara karok di kedai karok Inul pun berlangsung......tapi takde la gambo. Udah la dulu untuk part IIII ni, dah panjang meleret.......kita sambung lagi siri akhir nanti yaa.....

Terbang ke Seberang, PART II


Haaaa..kita sambung kisah Fendiosman terbang ke Jakarta ittewww dengan siri II ye murid-murid. Adapun Fendiosman terbang bersama Malaysia Airlines ke negara seberang. Dengan hanya RM247, Fendiosman berjaya mendapatkan tiket untuk acara melakukan kerosakan terhadap wang sendiri. Orang kata naik kapal terbang kaler merah tambang murah tu lebih murah, tapi nak makan kena beli, nak check in luggage kena bayar, jadi Fendiosman terbanglah bersama Malaysian Hospitality ini. Macam mana dapat tiket murah? Haaaa...murid-murid sekelian, bukalah website Malaysia Airlines, dekat page utama tu akan nampak Get The Deal, klik di situ dan daftar secara gratis (motif cakap Indon?), kendian belilah tiket anda sesuka hati. Dan....walla....anda akan dapat tiket yang murah tanpa perlu bersesak-sesak di LCCT. Tapi kalau nak tempah seat nombor 2C tu tak dapat la! Opsssssssss....

Tepat jam 6.05 petang, pushback, and soon after that we were airborne! Sebelah Fendiosman pelancong Jepun. Mrasa la feeling2 bila nak pi tandas terus buka slang....

"SUMIMASEN....."

Dengan penuh sopan katanya. Balik dari toilet, kau tak pitam bila Jepun tu bantai cakap Jepun habis-habisan?

"CHOTTO....CHOTTO...."

Ala2 cakap Jepun sikit2 saja katanya.....(sambil menunjukkan simbol sedikit dengan menggunakan tangan - padahal muka dah merah neh! Hamek kau!)

Tapi bila Jepun tu blur nak pilih makanan, yaaaa......akulah penyelamat. Hiks....ayam katanya! Terus tanpa banyak cakap, Jepun tu pun pilih menu yang sama seperti Fendiosman, yakni nasi tomato dan kari ayam.


Kekenyangan katanya. Sambil bersandar di seat 5A yang dicadangkan oleh bonda Phachat ittewww. Sebab seat 5B kosong, dan 5C dihuni oleh Jepun pelancong, makanya Fendiosman conquer la 2 seats, satu buat letak suratkhabar Borneo Post yang diambil kat aerobridge! Motif? Sah la kapal terbang tu datang dari Sabah kan?

Kurang lebih jam 7 malam waktu tempatan, yakni 8 malam waktu Malaysia, maka tibalah Fendiosman ke destinasi. Suami Pidah yakni Incik Harris yang berkhidmat di Kedutaan Malaysia (both of them are 334 clan) telah sedia menunggu di balai ketibaan. Tapi gawat seketika di imigresen, seperti yang Fendiosman dah ceritakan di part I sebelum ni. Kau tak haru warganegara Malaysia isi kad untuk Warganegara Indonesia. Salah Fendiosman gak sebab tak baca kad tu di bahagian depan. Main terus isi je. Moral of the story; sila baca dengan teliti ya murid-murid!

Destinasi pertama, terus ke Planet Hollywood untuk mendapatkan beberapa helai Kaus sebagai ole2 untuk Sang Jerung dan abangnya Sang Gabra. Hampir 500,000 kerosakan yang dibuat pada malam pertama. Harus diingat Fendiosman hanya ada 2.6 juta saja dalam tangan ya! Dan 150,000 telah disimpan buat cukai lapangan terbang sebelum berangkat pulang ke Malaysia.


Terus ke kedai untuk makan malam. Ala2 masakan Bugis. Rib soup. Tapi tak tertelan Fendiosman walaupun rasanya lazat. Sebabnya penuh dengan kolestrol ye. Fendiosman tengok Incik Harris khusyuk memakan daging berkolestrol tinggi itteww tanpa sebarang masalah. Tapi tekak Fendiosman dah kembang, rasa macam lemak tu membeku kat dalam je. I cannot go la this way...tapi mujurlah dispedo oleh Incik Harris. Kalau tak rugi la kan! Selesai acara makan malam, teruslah pulang ke rumah Incik Harris yang berada berhampiran dengan Kedutaan Malaysia. Pitam Fendiosman tengok rumah ala2 sinetron. Ya Ampun, kok berada di tempat orang kaya pula. Waaaaaaaa......sambil mulut ternganga sebab takjub

Malam ittewwww, Fendiosman berseketiduran dengan Incik Harris dengan suhu bilik yang cukup untuk memberi kesemputan yang amat sangat kepada Fendiosman. Walaupun selimut yang diberi amat tebal, tapi memang Fendiosman tak boleh tidur dalam suasana ada aircond. Sah akan keluar bunyi2 yang tidak sepatutnya mengiringi tidur Fendiosman. Haaa...ni gambar diambil dari balkoni rumah Incik Harris, jirannya je dah rumab besar macam tu, jadi bole la korang teka rumah diorang ni besar mana pulak....kan?

Acara pertama adalah melakukan kerosakan di ITC Kuningan dan juga Carrefour Ambassador. Di ITC Kuningan, terus mengarau 2 pasang baju (kemeja lengan pendek yang vavooom dan tshirt warna limau mandarin - feeling-feeling hari imlek katanya). Gambonye takde sebab Fendiosman terlalu excited tengok barang barang ittewwww. Untuk makluman, kalau masa yang singkat di Jakarta, dan anda risau sebab tak boleh ke Bandung, haaaa ITC Kuningan ni penyelesaiannya. Banyak barang2 FOS ada di sini. Silap haribulan lebih murah dari yang di Bandung. Tapi orang Malaysia saaaangat suka ke Bandung, seperti yang Fendiosman jumpa kat Rumah Mode, ke kiri rakyat Malaysia, ke kanan rakyat Malaysia, rasa macam sale kat SOGO KL pulak. Hehehehe.....


Errr....Fendiosman teruskan acara Menghilangkan Diri Di Hujung Minggu ini dengan membeli tiket ke Bandung dengan menaiki KA Argo Gede dari Gambir ke Bandung. Masa perjalanan hanya 3 jam dan dapat juga menikmati pemandangan yang indah. Tapi henset Fendiosman tak berapa nak bernyawa dah, makanya perjalanan pergi hanya beberapa gambar saja dapat diambil.


Tiket ke Bandung. Kelasnya eksekutif, harganya 65,000. A must for Malaysian yang suka adventure. Pemandangan yang aaaaamat indah bila dah melepasi Jakarta. Ada sawah, ada gaung, ada bukit, ada terowongan, macam-macam ada......rugi kalau tak naik tren kalau ke Bandung.


Gerabak A, kereta 3, mrasa la feeling2 nak naik Shinkansen macam kat Nihon aritu. Huuuuuu....berangan! Tapi Argo Gede ni pun ada pramugari dan pramugara ya....yang ke hulu ke hilir menjual

"Mie rebus mie goreng nasi goreng enak, sambil menikmati perjalanan pak....sedap!"

Kalau sekali dia mai takpa la, ni sepanjang 3 jam tu........mau dekat 15 kali dia lalu lalang buat jualan. Mencari rejeki lebih katanya.


View seat 7D berlatarbelakangkan Monas.Monumen yang terkenal di Jakarta.

Hmmm....ni la view kabin kereta api ittewww. Menarik kan, sangat berpatutan dengan tambang yang dikenakan. Kerusi yang empuk dan selesa......


Dalam seat-pocket di depan tempat duduk, ada doa untuk memulakan perjalanan. Di balik belakang kaler hijau ni, ada juga doa untuk lain-lain agama. Boleh jugak dipraktikkan di Malaysia rasanya. Errr...bila terbang takde lak doa Bismillah.....rasanya inilah cara untuk kita ni ingat kepada Allah yang Maha Berkuasa yang mampu melakukan apa2 saja sepanjang perjalanan.


Ada juga majalah ala2 Going Places. Tapi dalam Bahasa Indonesia, yang agak sukar untuk Fendiosman ngerti apa yang cuba disampaikan. Takut tersalah maksud kan. Kalau orang Indonesia, butuh tu maksudnya perlu. Kalau Malaysia cakap butuh? Tak ke kau kena hempuk dengan bapak kau? Betul tak murid-murid? Jadi bila membaca majalah ini, Fendiosman sangatlah teliti supaya faham apa yang cuba disampaikan.


Paling kagum ada Sales on Train. Walaupun barang2 tu lokal. Tapi gigih pramugara menolak cart dari cabin ke cabin untuk jual. Satu lagi benda menarik yang boleh buat dalam tren KTMB. Mungkin dengan cara itu, ramai lagi yang sanggup naik public transport sebab ada daya penarik.


3 jam dalam perjalanan sambil menikmati pemandangan, haaaaaaa tibalah Fendiosman di Stasiun Bandung. Supirnya sudah menunggu. Sehari setengah dengan supir ni kosnya 600K. So, sila congak ye dari awal tadi dah berapa Fendiosman melakukan kerosakan terhadap rupiah yang Fendiosman ada.


Terus supir membawa ke Hotel penginapan yakni Holiday Inn Bandung, dengan hanya 70USD, Fendiosman berjaya mendapatkan bilik ini. Ada yang lagi murah hotel sebenarnya, tapi sebab Hotel ini boleh menyebabkan Enrich Fendiosman bertambah, makanya apa lagi....duduk la di hotel berbintang 4 ini. Ramai jugak rakyat Malaysia yang turut menginap di sini. Ramah semuanya, tapi sebab muka Fendiosman ala2 Indon, pakcik makcik Malaysia tu tegur Fendiosman dalam bahasa Indon ya. Sentimen lagi skali di sini. Oh sedehhhhhhhhhhh....


View from the hotel window. Sangat cantik. Dengan tempahan internet itteww, Fendiosman dapat welcoming drink for 2 (yang langsung Fendiosman tak guna), 2 biji epal sebagai welcoming fruits, 5 botol air (2 coke & sprite, 2 Coke X dan 1 minuman beraroma....hat ni Fendiosman tak paham), dapat juga transfer airport / stasiun (pun Fendiosman tak guna) dan juga beberapa kemudahan lain. Dengan 70 USD. Memang mashyukkk la kan. Kerosakan lagi terhadap duit Fendiosman telah berlaku. Hiks..........

Aktiviti malam pertama adalah acara LULURAN DAN URUTAN oleh tukang pijat yang dah Fendiosman booking awal2 lagi. Urutannya bagus, sedap dan abis daki dikeluarkan. Gambar tu takde la....sebab keadaan sewaktu urut tu lagi sensasi daripada gambar mandi feeling2 Sofea Jane. Kang kena hentuk lak, kata Fendiosman buat aksi menggiurkan.....huhuhuhu...selesai acara malam yang pertama. Kita sambung lagi dalam siri terakhir ya......

Tuesday, February 16, 2010

Terbang ke Seberang, PART I

Dah lama Fendiosman tak melancong ke luar negara. Terakhir yang Fendiosman kunjungi ialah ke Nihon pada tahun lepas. Tu pun sebab dapat tajaan untuk kursus, kalau tak memang tak ada la nak jenjalan neh. Bizirina katanya. Tengah-tengah satu ketika sebab sangap di rumah sewaktu hujung minggu, Fendiosman terbeli tiket ke Jakarta untuk melancong. Dah terbeli, kena la termintak kelulusan KSU untuk melancong. Kena la jugak teruruskan itenerary, dan kena la jugak terpergi. Makanya sempena Gong Xi Fa Chai ni (kalau kat Indonesia, katanya Hari Imlek - mana mai tatau?), Fendiosman akan jejakkan kaki ke Indonesia, lebih tepat ke Jakarta dan Bandung. Dengan siapa ya? Ehmmmm....sorang-sorang je. Tak mampooo nak spedo sapa-sapa, dan kawan-kawan pun ada plan masing-masing. Almaklumlahkan, cuti panjang.

Makanya, semalam selepas kerja, bergegaslah Fendiosman ke pengurup wang di bandar Kajang untuk menukar wang Rupiah. Kejadian menyayat hati ye murid-murid. Mukaku muka Indonkah? Fendiosman hulur duit, dia cakap Indon. Fendiosman cakap Melayu, dia balas Indon. Tapi dengan orang sebelah dalam kaunter, dia reti pulak cakap Melayu. Huuuuuuuuuuu....hangin neh.....sambil mengetap gigi..

"Awak ni orang Indonesia ke?"

"Tak...saya orang Malaysia"

"Habis tu apsal cakap Indon dengan saya? saya orang Malaysia"

"Gaya abang macam orang sana...."

Bleh? Sedey tau....dah berkali2 kena macam ni. Dulu kat Mekah waktu buat umrah pun sama jugak. Polis Arab ingatkan Fendiosman kanak-kanan Indon yang datang kerja tanpa permit ke Arab Saudi. Harus diminta paspot katanya. Errrrrrrrrrrrrrr.....sekali lagi, Muka Fendiosman ni muka Indon kah?

Check in seawal 24 jam sebelum penerbangan. *Mengikut jejak langkah bonda Phachat jugak. Sebab nak ambik seat 5A. Kiasu la kan......salah bonda mengajar anakanda macam ni. Huuuuuuuuuuuuu....

Dah berkesempatan ke international area kat KLIA tu, makanya apa lagi, ke Golden Lounge Regional la kan....Lounge ni Fendiosman ala-ala kali kedua melintas. Kali pertama dulu takat jengah je. Kali ni, duduk dan makan......dan berbagai lagi aktiviti termasuk posting blog ini.

Menu yang lazat. Sup ekor cicah roti.


Memandangkan terlalu banyak masa untuk dihabiskan......makanya pusing2 la dalam lounge ittewwww, termasuklah ke dalam tandas yang bagaikan boleh baring di dalamnya.

Barang Aigner neh....nasib lah Fendiosman tengah berkelaluan baik. Kalau tak....hahahahahhahaa! Murid-murid, barang2 di dalam Lounge bukanlah untuk dikarau bawak balik ye. Nanti security kantoikan, payah nak menjawab. Lagipun, takde maknanya nak berangkut, sampai kat departure gate, sah kena buang dalam tong sampah. Jangan bawak cecair naik pesawat ya! Tapi, sebab badan dah hangit, satu hari tak mandi dari pagi, jadi...............


Kau mampu feeling2 mandi ala2 Sofea Jane macam Fendiosman?

Insiden salah warganegara tidak selesai di situ sahaja ya murid-murid. Di boarding gate, orang lain dapat kad warganegara asing, Fendiosman diberi kad warganegara Indonesia, walaupun dah terang-terang Fendiosman tunjuk paspot Malaysia yang kaler merah tu ye! Kesannya, kena la tahan dek imigresen kat Soekarno-Hatta sebab salah isi landing card. Fuh.....sentimen sangat. Err...selesai dulu part satu. Nanti kita cerita lagi ya.