Sunday, December 11, 2011

Suntanning for the second time



Matahari dah terbenam. Fendiosman kembali ke tempat penginapan untuk makan malam. Pakej penginapan yang Fendiosman tempah itu termasuk satu set makan malam untuk dua orang. Makanya malam itu adalah malam candle-light dinner di tepi pantai. Mrasaaaaaaaaaa



Suasana makan malam diiringi deburan ombak yang memecah pantai....


It was a 6 course meal, dan Fendiosman sempat merakamkan beberapa meal yang dihidangkan.


The meal was fine.........sampailah ke main course, Fendiosman pitammmmmmm....


Bila nasik dihidangkan berbentuk HATI ya. HATI BENTUK CINTA....matila Elyana! Padanlah bila kami nak duduk, waitress yang layan tu sengeh-sengeh je! Chettttt! Tengok kiri kanan, semuanya kapel kapel kakak dan abang saleh sedang makan melainkan kami berdua yang sama-sama ber'keris'.


Burrrp. Selesai sudah dinner romantik di tepi pantai! Teruslah kami meninjau suasana kehidupan malam di sekitar Patong.


Kat Patong ni ramai yang bekerja malam.


Mencari sesuap nasi katanya.......dan ada juga yang menunggu untuk dikerjakan. Ni namanya 'kerja' syif malam. Tapi kalau orang Asia macam Fendiosman ni, depa tak pandang. Depa lebih suka FARANG, ataupun FOREIGNER, mungkin disebabkan.........saiz? Atau wang yang banyak walaupun gendut? Kesimpulan yang Fendiosman boleh buat, mereka mengimpikan kehidupan yang indah di negara Barat dan amat mengharapkan agar mereka dipinang oleh abang-abang Saleh walaupun perutnya gendut dan badannya hapak! Realiti kehidupan......


Errr.....tempat yang paling meriah di sini adalah di Bangla Road. Penuh aksi.........persis Patpong di Bangkok.


Ada pelbagai tawaran yang diberikan kepada pengunjung. Kalau di Bali, Kuta amat meriah dengan kehidupan malamnya, Bangla Road adalah Kuta versi Phuket, ditambah pula dengan Go go Show yang sangat menarik hati pengunjung itu. Gadis-gadis bergayutan di tiang sambil mengharapkan dibawa  pulang ke bilik penginapan. Begitu juga golongan gadis berdada bidang, berbahu lebar dan bersuara garau. Semuanya mencari pelanggan untuk memastikan dapur di rumah menyala apinya!


Namun, Fendiosman ada misi utama pada malam itu! Tapi bukanlah di kedai jambu ini!


Ataupun di restoran ini....


Jauh sekali hendak berMuay Thai bersama lelaki-lelaki sasa ini!


Apatah lagi hendak mengikut kakak ini meniaga di tepian air......


Haaaaa.....inilah misi Fendiosman sebenarnya!

Mendapatkan ole-ole wajib untuk diri sendiri....


Well, I'm not into shopping, but when I buy things.......Masya Allah! Nanges ye..nanges!


Selesai misi membakar wang tunai demi kemajuan ekonomi rakyat Thailand! Walaupun lebar senyumannya, dalam hati................ohhhhhhh!



Errr...sebelum duit terbakar lagi, marilah bergegas pulang ke bilik penginapan. Esoknya perlu bangun awal untuk aktiviti berikutnya. Kalau ikutkan malam masih muda, tapi takut terbabas......jadi, perlulah mengalah walaupun hati melonjak kegirangan! Huuuuuuuu

Saturday, December 10, 2011

Suntanning for the second time


Pantai Kata adalah antara pantai yang menerima kunjungan abang dan kakak Saleh untuk menggelapkan kulit sambil bermain ombak.


Fendiosman pula terus meneroka di bawah terik matahari yang mencengkam kulit kepala (kesannya, sampai hari ni kulit Fendiosman rentung, dan menggelupas)



Seperti yang dimaklumkan, Fendiosman bukan berseorangan. Dalam penerokaan kali ni, Fendiosman disertai oleh anak didik Fendiosman di pejabat. Beliau ni menjadikan mengambil gambar sebagai hobi. Jadi amat sesuailah kalau nak mencari sudut terbaik untuk dirakamkan.



Fendiosman pun suka ambik gambar, tapi...........................kamera Fendiosman hanyalah compact kamera yang boleh dimasukkan ke dalam poket. Tapi, kalau pandai cari angle, akan dapat jugak gambar yang cantik macam Fendiosman ambik ni. (Ya lah kan.............sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)


Pantai ini juga sesuai untuk anda melayan perasaan sambil kaki anda dipukul ombak...............


Cuma satu saja yang Fendiosman kagumkan. Walaupun pantai di sini dikunjungi ramai pelancong. Tapi kebersihannya tetap terpelihara!


Dari Kata, kami ke Kata Noi. Di sini terdapat resort-resort yang mewah yang di bina di lereng bukit di tepi laut. Fendiosman dibawa ke Impiana Private Villa Kata Noi untuk mengambil gambar. Terpegun sejenak dengan keindahan suasana villa yang dibina. Harganya......Fendiosman hanya mampu menelan air liur saja!


Salah satu tempat yang menarik untuk melangsungkan perkahwinan katanya! Dan kebetulan sewaktu kunjungan Fendiosman, ada satu perkahwinan yang bakal berlangsung sewaktu matahari terbenam pada hari tersebut.


Kalaulah Fendiosman banyak duit, nak saja duduk di sini barang semalam dua!


Sejurus selepas menyegarkan mata dengan pemandangan yang indah, kami ke puncak Big Buddha untuk menyaksikan pemandangan indah dari kejauhan. Walaupun pemandangannya menarik, tapi Fendiosman agak kurang selesa berada di bawah terik matahari. Ditambah pula kunjungan masyarakat tempatan yang menghabiskan hujung minggu di sini, kawasan Big Buddha ini agak padat dengan pengunjung.


Bagi yang menggemari suasana ketika matahari terbenam, Cape Phromtep adalah satu kawasan yang amat sesuai untuk dikunjungi


Fendiosman pun tidak terkecuali.......


Kalau jenis jurugambar tegar, suasana sebegini memang dicari-cari untuk diabadikan.


Memang suasananya amat menarik!


Subhanallah.....


Tak terucap dengan kata-kata!



Mungkin itulah juga perasaan jurugambar ini.......


Bagi pasangan yang suka menghayati suasana sambil mengucapkan kata-kata indah, di sini, persekitarannya amat romantis! Dan bagi yang sebatang kara seperti kami berdua, kami hanya tolong tersenyum melihat telatah mereka.


Errrrr....sila abaikan plus size model yang berbaju merah itu ya! Sesungguhnya beliau amatlah merosakkan gambar!


Detik berlalu, matahari mula melabuhkan tirainya. Suasana makin sepi......makanya marilah kita pulang. Nanti tak nampak jalan ya murid-murid!


Biarlah mereka leka dibuai perasaan mereka. Yang penting, Fendiosman gembira dapat menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi.

Friday, December 09, 2011

Suntanning for the second time


Hari kedua di Phuket dimulai dengan sarapan pagi di Sala Bua Restaurant, yang berhadapan dengan Patong Beach.



Satu yang unik dengan hotel-hotel di Thailand ni, they serve local fruits.


Dan jenis makanan yang dihidangkan adalah dari jenis yang boleh dimakan oleh masyarakat Muslim.


Sewaktu tsunami melanda pada tahun 2004 yang lalu, pantai ini musnah dipukul ombak. Jadi, kerajaan Thailand telah mengaktifkan sistem amaran tsunami untuk memastikan keselamatan pengunjung yang berjemur di sini.  


Hajat di hati nak berbaring mengadap pantai, tapi Fendiosman kena bergegas ke lapangan terbang untuk menjemput seseorang yang menyertai Fendiosman dalam siri jelajah pada kali ini. Di samping sama-sama bercuti, Fendiosman buat sesi mentoring coaching di luar negara untuk mentee Fendiosman ini.


Makanya aktiviti rileks-rileks terpaksa digantikan dengan aktiviti minum kopi di lapangan terbang.


By the time kapal terbang sampai, waktu pun dah nak tengah hari. Jemput makan GRABS jom! GRABS itu adalah KETAM ya! Ejaan dalam bahasa tempatan katanya.....


Kalau di Malaysia, bunga raya adalah bunga kebangsaan. Di Thailand, bunga orkid menjadi hiasan di mana-mana saja termasuklah di gelas minuman.


Boleh juga buat hiasan di telinga sambil feeling-feeling cantekkkkkk.


Kalau datang ke Thailand, sia-sialah kalau tak makan tomyam! Fendiosman pilih tomyam ikan siakap untuk mengisi tangki perut sebelum operasi mengambil gambar di bawah sinaran mentari yang terik.


Serta brokoli goreng GRABS......


Perut kenyang, hati senang. Mulalah operasi lawatan ke pantai-pantai yang fofular di Phuket.


Fendi Osman.......mode OMBAK RINDU katanya!


Walaupun cuaca amat terik, tapi pantai-pantai di sini tetap menjadi pilihan kakak dan abang Saleh untuk menggelapkan kulit.


Fendiosman pun tak dapat nak jelaskan, entah kenapa pantai-pantai di sini amat menarik hati Fendiosman.....