Tuesday, December 21, 2010

The Busy Bee

Fendiosman mintak mahap la ye murid murid. Lately memang Fendiosman bizi sangat. Sangat tak sempat untuk mengemaskini blog yang bersawang ini. Lepas satu event ke satu event yang berlangsung. Walaupun Fendiosman bukanlah sebagai Ketua Segala Istiadat di tempat itu......

Tapi, Fendiosman tetaplah gigih memastikan bahawa segala aturcara yang dilangsungkan tersusun, dengan dayangnya, dengan susunan teraturnya, dengan susunan kerusinya, dengan mekapnya, dengan groomingnya. Semuanya mestilah perfect supaya tidaklah ada yang memberi komen negatif kepada susun atur acara yang dihidangkan.

Kerja Fendiosman apa ya?

Nampak mudah.......tapi sebenarnya kadang-kadang memaksa Fendiosman menjadi Sailormoon yang sentiasa membanteras kejahatan. Heh....

Tugas hakiki Fendiosman adalah berurusan dengan Pembangunan Modal Insan, tetapi kerja sampingannya adalah menjadi Ketua Protokol kepada setiap acara yang dilangsungkan di Kementerian ini. Dan tugas ini amatlah rumit untuk memastikan setiap tetamu yang hadir ke sesuatu acara dilayan dengan sempurna. Dari tempat duduknya, dari kerusinya, dari taggingnya, dari view from seatnya, dan paling utama.....dari segi susunan keutamaannya.

Makin besarrrrrr tetamu itu, makanya semakin rumitlah cara layanannya. Tapi yang paling rumit adalah tetamu yang tak berapa nak besar tetapi feeling-feeling besar. Kad jemputan tak jawab, lepas tu nak cari seat VIP. Adoilah.......kenalah tadah telinga menahan carutan.

Pasal tulah Fendiosman tetap menjelma menjadi Sailormoon walau di mana pun acaranya, demi memastikan petugas-petugas tak dihauk oleh mereka yang tak sepatutnya menghauk. Untuk mereka yang diundang ke mana-mana majlis, kalau ada RSVP tu, bawak-bawaklah reply kepada penganjur. Bukan apa, untuk mengelakkan dari sebarang masalah seperti takde tempat duduk sewaktu majlis berlangsung.

Walau serumit mana pun acaranya, paling penting adalah senyuman yang lebar menyambut ketibaan tetamu. Sebab impression yang pertama akan memastikan kegembiraan tetamu sehingga hujung acara.

Yang penting layanan mesra tanpa mengira orang putih ka, orang hitam ka, orang coklat ka, orang biru ka. Semuanya dilayan sama rata.

Tapi kalau dah awal-awal kena carut, tetaplah Fendiosman bersilat untuk mempertahankan diri. Heh...

Ujung minggu ni masa untuk berehat sebelum bertugas di satu acara.....

Tapi ke mana ya?

Trip kali ni tak termasuk dalam SKT Fendiosman, tapi dah alang-alang.................terus je la! Hiks...

Monday, December 06, 2010

Black Tie Dinner, A Grooming Lesson.....

Satu keseronokan bila jadi PTD macam Fendiosman ni bila diundang untuk ke Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik. Walaupun berbayar, tapi benda ni sekali setahun. Seharusnya peluang ini diambil untuk bersosial bersama rakan-rakan yang sama perkhidmatan.

Tapi kali ni bukanlah Fendiosman nak cerita pasal benda alah dinner ni! Tapi, mari kita belajar sedikit sebanyak berkenaan grooming yang ada untuk masuk ke sesuatu majlis, terutamanya yang telah ditetapkan tema pakaian. Dalam majlis kali ni, dah ditetapkan untuk lelaki perlu memakai pakaian Black Tie dan berpakaian yang sesuai untuk wanita.

Sesetengah orang mungkin pandang remeh mengenai peraturan pakaian ni. Dek kerana terlalu pandang remeh, memang isu ni kadang kadang akan menjadikan majlis itu cacat, ataupun tuan punya badan yang nampak canggung dalam khalayak. Ataupun lebih memalukan apabila yang membuat salah remeh itu sendiri rasa malu dengan diri sendiri.

Well, first and foremost! Bila dah diundang ke majlis seumpama ini. Groomkan diri sendiri dulu. Susuk yang ada di muka, sila tarah supaya tak kelihatan selekeh sangat penampilannya. Kalau malas nak tarah, trim saja bagi kemas. Jangan ada yang sampai masuk ke dalam mulut! Event once a year, mestilah pasang badan. Biarlah kat office tu nampak selekeh. For the sake of the majlis makan malam......tak salah kan nak kelihatan kemas?

Hidung yang berjuntaian bulunya ittewwww, pun wajib ditebas. Haaaa, begitu juga dengan lain-lain bulu di muka dan di kepala. Kalau rambut dah panjang, biarlah dipotong sedikit, melainkan kalau berangan jadi Rapunzel, bolehlah biarkan rambut ittewwww sebagaimana semulajadinya.

Misai sudah, idung pun sudah. Ni bukanlah acara memantis kening ya murid-murid. Fendiosman memang dikurniakan dengan sepasang kening yang kelihatan seperti dibentuk tanpa perlu dilukis menggunakan eyeliner yang tebal. Ehhhhh! Apa yang Fendiosman nak katakan di sini adalah, pastikan juga mata anda takde eyebag, maupun tompok hitam bagaikan panda tanda tak cukup tidur. Nak buat macam mana tu, terpulang lah........

Selesai bab muka! Meh kita tengok kelengkapan berpakaian.

Dulu tahun 2007 Fendiosman pernah buat posting pasal benda alah ni. Tapi sekadar refresher, dan juga masuk dengan lebih mendalam serba sedikit, mari kita lihat apa yang perlu untuk menghadiri majlis black tie seperti ini.

Agak serabut dan menyerabutkan!

Alang-alang dah nak datang dinner ni, eloklah cari kasut baru kalau dah lusuh sangat macam kasut Fendiosman. Harus diingat, kasut itu bertali ya! BERTALI. Bukanlah kasut sarung ataupun zap-on!

Kebetulan ada sale sempena Krismas. Apa lagi, silalah angkat kasut kalau harganya berpatutan! Kalau rasa duit tak cukup, anggaplah anda tidak sengaja terbeli kasut baru!

Anda juga perlukan suit yang sebegini. Ada lapel sutera hitam yang berbeza dengan warna suit yang anda buat. Harga tak mahal, dalam RM1000 boleh dapat sepasang. Boleh claim laaaaaa. So kalau melayang pun 1000 tu, nanti dapat balik! Janganlah dirisaukan.

Perlukah memakai suit warna kelabu tatkala temanya adalah BLACK TIE? Sangkaan baik Fendiosman, mungkin bajunya dah tak muat! Jadi terpaksa pakai mana-mana suit yang ada. Errr...kalau Fendiosman, sah lah Fendiosman takkan datang. Malu katanya!

Selain itu, anda juga perlukan cummerbund dan bow-tie hitam. Walaupun namanya BLACK-TIE, tapi bukanlah anda perlu memakai TALI LEHER HITAM! Ada jugak yang terpakai sebegitu. Tak cukup belajar grooming kah? Tapi yang paling malang yang jenis langsung tak pakai bow, ataupun tie, dan dengan selambe kering pergi duduk makan bersama orang yang hadir.

Cummerbund ittewww adalah bengkung untuk melilit pinggang supaya kelihatan ramping senantiasa. Tapi kalau perut dah besar, susah la sikit! Kena tahan napas la ye.

Kelengkapan terakhir adalah kemeja yang beropol-ropol sebegini. Biasanya baju macam ni mahal. Tapi takpelah kan, boleh claim! Nak mintak sponsor ala2 artis, kita ni bukanlah artis! Jadi, belilah sendirik!

Dan harus diingat, kolarnya bukanlah kolar biasa! Ada yang nak ambik jalan mudah, pakai suit itam berserta dengan kemeja putih pergi kerja. Oh sedihhhhhhhhhh bila orang taktau nak bezakan apakah itu Lounge Suit dan juga Black Tie. Juga dalam bab berpakaian Black Tie ni, takde istilah VEST yang accompany pakaian anda. Kalau anda pakai VEST, makanya anda salah masuk majlis ye murid-murid.

Kalau pakai baju ada kancing lengan, pastikan lengan itteww berkancing ya murid-murid.

Tidak dilupa stokin hitam. Toksah dok buat haru pakai stokin kelabu ka, ijau ka, belang-belang ka......seharusnya ia mestilah berwarna HITAM.

Dah semua selesai, elemen pemanis penaik seri! Semestinya perfume. Tak guna jugak kalau pakai smart, tapi badan bau tungkik. Untuk sebelah malam, eloklah guna perfume yang tak terlalu menusuk hidung supaya tak terganggu makhluk sekeliling.

Siap semuanya! Apa? Name tag? Ohhhhh...dalam mejelis seperti ini, name tag tak perlu ya! Cukuplah dengan adegan pasang badan, tak perlu lagi nak pasang nama pula!

Haaaa, meh kita pakai! Pastikan kesemuanya dipasang dengan betul kedudukannya!

Bila dah siap.....

PLINKKKKKKKK......

Ginilah rupanya.....

Tapi walau macam mana cantik pun pakai, nak ke anda jaga kaunter macam Fendiosman! Kau ada? Ehehehe......

Oh ya, sedikit petua! Sebelum datang majlis dinner besar-besar ni, elakkan dari minum kopi supaya anda tak terbuang angin sewaktu berada di tempat duduk. Minuman kopi ni berangin kata orang tua. Jadi.........bagi menjamin keselesaan sarwajagat! Silalah elakkan sebelum masuk ke dewan santapan.

Haaaaaaaaaaa.....paham tak kelas grooming Fendiosman? Kalau tak faham, silalah search di mana-mana search engine. Tapi, paling penting! Kalau majlis tu dah tetapkan tema, pastikan anda tidak terpesong dari tema yang ditetapkan. Ingat ya murid murid!

Tuesday, November 16, 2010

Bila Hari Hujan

AMARAN : AKSI-AKSI YANG DIRAKAMKAN MUNGKIN MEMUALKAN ANDA. SEKIRANYA ANDA BERASA SEDEMIKIAN, SILA PASTIKAN BEG MABUK UDARA DI HADAPAN ANDA DIGUNAKAN SEPENUHNYA. SILA TINGGALKAN LAMAN INI SEANDAINYA RASA MUAL MASIH LAGI TIDAK HILANG. 

Minggu lepas, Fendiosman ditugaskan untuk otstesen ke nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun di sana, yakni Kota Kinabalu. Kata orang, asyik Fendiosman je ke sana. Kenapa orang lain tak pergi? Macam ni lah, Fendiosman ke sana untuk urusan PTK di peringkat Kementerian. Demi menyahut seruan untuk berjimat cermat, Fendiosman pergi atas kapasiti gred tinggi ni akan terlibat sebagai ketua pusat, penyelaras, ketua penilai, ketua urusetia dan segala ketua ketua lagi lah. Kalau pergi atas kapasiti gred bawah, kena bawak assistant seramai dua tiga orang. Jadi, demi berjimat cermat, Fendiosman bawaklah beg berat segala tu ke sana seorang diri.

Tapi semenjak musim hujan melanda seluruh Malaysia ni, cuaca di Kota Kinabalu pun turut tidak ketinggalan. Memang hujan. Paginya paaaaaaaaaaaaaaaaaanas terik. Masuk pukul 3 petang, awan gelap dah menyelubungi kawasan. Makanya, terpaksalah Fendisman berkurung dalam bilik hotel sahaja setelah selesai semua kerja disiapkan.

Memandangkan hotel tempat penginapan Fendiosman ittewww ada bath tub, setiap petang Fendiosman berendam di tub setelah memanaskan diri di steam room di health centre. Bila dah berendam dalam tub, perasaan main buih sabun tu memang membuak-buak. Jadi, Fendiosman rakamkan aksi-aksi main buih sabun untuk kepuasan diri sendiri. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnn....


Haaa...seronok kalau dapat berendam macam ni! Tapi rumah Fendiosman hanyalah ada shower sahajork......

Saat-saat gumbira melayan buih seorang diri!

Bila dah nampak buih, mula la rasa nak menggayakan macam budak-budak...................memandangkan lampu di atas kepala dah menyala. Macam-macam hasil dapat dituai dari kaedah main buih tatkala hari hujan.


Konsep model Lux katanya......


Waktu kecik-kecik dulu ada cerita Dynasty yang ada watak Blake Carrington tu. Haaaaaaaaaaaa.....ni namanya aksi si Alexis the Beeyatch.


Ni pulak tema cerita the Simpsons. Rambut tinggi, cumanya takde kaler biru je nak letak.

The X-men..................


Memang banyaklah aksinya. Sampai taktau nak ungkapkan apakah nama aksi yang cuba dilakukan.

Lagi.....

Dan lagi..........

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaannn lagi

Kalau ikutkan, memang banyak lagi aksi yang dirakamkan sebab 4 hari berturut-turut Fendiosman rendamkan diri dalam bath tub. Tapi, lagi banyak Fendiosman tunjuk takut rasa nak muntah pulak dengan self obsession Fendiosman.

Apa pun, cerita main buih sabun ni sebenarnya memang seronok. Di samping dapat menenangkan fikiran, anda juga akan dapat mengisi masa lapang tatkala hari hujan bila tv pun dah takde cerita menarik hendak ditayangkan, dan anda rasa bosan sebab tak boleh keluar dari bilik. Jadinya, mainlah buih sabun. Heh.........