Thursday, September 29, 2011

Kejat sangat ke?

Tulisan pada kali ini adalah berbentuk ILMIAH dan ia merujuk kepada sikap sesetengah pihak yang masih tidak mengerti hasrat Kerajaan yang ingin menjimatkan perbelanjaan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan KEJAT bermaksud:

1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku;
2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak);
3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu.

Perkataan ini dipetik dari Kamus Dewan Edisi Keempat dan boleh digunakan untuk tujuan penulisan dan pertuturan.

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan arahan untuk membekukan semua pengambilan anggota baru, serta memansuhkan jawatan kosong pada gred lantikan yang tidak diisi bagi memastikan setiap organisasi perkhidmatan awam yang ada dapat dikaji fungsinya dengan lebih teliti dan agar ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan pada setiap tahun melalui penghasilan struktur organisasi yang kejat atau dalam bahasa Inggerisnya lean organisation.

Namun begitu, dalam usaha kerajaan memastikan kekejatan struktur organisasi perkhidmatan awam itu dapat dilaksanakan, ada juga pihak yang masih TAK FAHAM BAHASA dan hanya mementingkan keperluan peribadi berbanding keperluan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.

Fendiosman merujuk kepada satu organisasi yang terbentang di depan mata Fendiosman, yang kononnya sangatlah penting pada mata masyarakat kini sedang gigih berusaha untuk membuat permohonan untuk mendapatkan satu jawatan yang penting bagi membantu pundak di takhta bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang masalah.


Sepanjang pengetahuan Fendiosman, kat tempat tu dah ada jawatan tu secara tetap. Bukan 1 tapi 2. Namun, Fendiosman perhatikan satu kebiasaan pegawai-pegawai di organisasi ini, yang terlalu bergantung harap kepada kewujudan satu jawatan yang ada ini untuk bergerak. Keadaan pejabat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sedia maklum efisien dengan pengangkutan awam masih didakwa memerlukan jawatan ini atas alasan pergerakan pegawai amatlah tinggi untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting di seluruh negara. Satu kesimpulan dari Fendiosman, mereka MANJA. Fendiosman juga bertugas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tapi jika ada mesyuarat di luar, Fendiosman gunakan pengangkutan awam tanpa mengharapkan pada jawatan yang terlalu terhad ini. Seboleh-bolehnya, jawatan itu diberi keutamaan kepada yang bersemayam di takhta untuk menggunakannya. Maka, tak timbul masalah kekurangan atau ketidakcukupan anggota bagi membantu organisasi untuk melaksanakan tugas.

Fendiosman faham semua anggota perkhidmatan awam ada kelayakan yang tertentu dan tersendiri, tapi sekiranya ia tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu, maka terimalah ia seadanya dengan hati terbuka. Lagipun, sekiranya nak dihitung, jawatan di puncak mahligai itu sudah berlipat ganda bayaran elaun, termasuklah elaun yang membolehkan seseorang yang sedang bersemayam menggaji seseorang untuk membawanya ke sana ke mari, tapi ke manakah elaun itu dibawa pergi? Ke akaun tabungan persendirian?

Tatkala dalam mesyuarat, semua diseru berbelanja dengan penuh hemat apabila menggunakan wang kerajaan, tapi apabila tiba untuk kegunaan diri sendiri, lain pula jadinya. Fendiosman merujuk kepada Firman Allah dalam surah as Saf ayat 1, bermaksud: wahai orang yang beriman! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan? besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.

Mungkin sebab hidup nak menongkat langit, perkara-perkara sebegini kurang penting untuk dipandang. Namun, Fendiosman amat mengharapkan agar contoh ini dapat dijadikan teladan dan pedoman buat diri Fendiosman apabila berada di puncak satu masa nanti jika diizinkan Allah. Secara keseluruhannya, dapat Fendiosman simpulkan:


KALAU DAH BEBAL, MEMANG SAMPAI KIAMAT PUN TAKKAN BERUBAH PERANGAINYA. JADI, RENTIKANLAH PERANGAI BEBAL ITU, SEBAB IA LANGSUNG TAK MEMBERI FAEDAH KEPADA MASYARAKAT. MENYUSAHKAN ORANG LAGI ADA LA! TAKDE SAPA YANG SENTAP KAN? EH KAU SENTAP KE KAK JAH?


Dan...kalaulah Fendiosman ni ada kuasa seperti Sailormoon.......nescaya Fendiosman akan hukum manusia-manusia bebal itu dengan kuasa sakti yang Fendiosman ada! Ya Allah, lindungilah Fendiosman dari manusia-manusia bebal sebegini. Mudah-mudahan Allah Taala memberikan petunjuk kepada mereka yang bebal daripada terus menjadi bebal sampai bila-bila.


Friday, September 23, 2011

The Beginning of Thousands Steps

Hari ni boleh dikategorikan sebagai antara hari yang istimewa buat Fendiosman. Bukan sebab diupgrade ke kelas Bisnes untuk penerbangan, apatah lagi menerima duit gaji! Itu semua perkara biasa yang acapkali Fendiosman alami.


Hari ni, Fendiosman celik seawal jam 5 pagi, tapi bukanlah untuk bersahur! Temanya kena bayar hutang piutang sempena hari gaji sebelum menempuhi hari yang aaaaaaaaaaaaaaaaaaamat panjang di INTAN Bukit Kiara.

Auditorium INTAN, menggamit seribu memori Fendiosman. Tempat Fendiosman dilanyak sebagai Peserta Kursus DPA. Tapi kenapa Fendiosman ke Auditorium?


Haaaaa....siap ada mini rafting KKM lagi!


Ada jugak Haji Konfi Syahadah Satria nak nebbeng dengan muka bongkaknya itu!

Ada jugak barisan yang beratur untuk mengambil sesuatu!


Haaaaaaaaaaaa......ini situasinya! Penuh auditorium ye! Macam DPA plak rasanya!


Siap ada amanat segala.............keramaian apakah ini?

Dan Fendiosman pulak sampai khusyuk mendengar dengan penuh perasaan! Sepengetahuan Fendiosman, tak penah Fendiosman sekhusyuk ini tatkala mendengar sesuatu!

Yang Fendiosman tau hari ni Fendiosman dapat satu envelope waktu beratur. Kat envelope tu ada tulis nama Fendiosman, dannnnnn ada perkataan SARJANA.


Inilah kandungan envelope itu!


Close upnya! Sukur ke hadrat Allah Taala, Fendiosman dapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana yakni, masters degree la kan. Rejeki Ramadhan, rejeki Syawal, rejeki segala-gala lah! Dari dulu Fendiosman feeling2 nak belajar obersi, sambil dapat biasiswa. Tapi..................time first degree dulu kecewa lah, sebab SPM agak sedeh, apa lagi keputusan Addmath yang mencacatkan sijil SPM Fendiosman (tapi takde la sampai dapat F9 ye murid-murid!).  Alang-alang dah diberi peluang, Fendiosman memohon, dan ditemuduga, dilanyak oleh panel yang boleh tahan lazernya, ditapis disaring segala, akhirnya, Fendiosman amat bersyukur atas kurniaan ini.

Makanya kehadiran Fendiosman ke INTAN hari ini adalah untuk menghadiri Taklimat HLP kepada semua penerima untuk tahun 2012. Walaupun lambat lagi nak pergi tu, tapi persediaannya amatlah rumit dan cerewet ye!


Nak cari universiti lagi, nak pergi BTN lagi, nak medical check-up lagi, nak kursus QAnya lagi! Walaudoooooonnn! Tengok, blom apa2 jadual awal tahun depan dah keluar! Complete 7 hari kursus setahun! Siap berlebih2 lagi..................


Tapi, walau apa pun keadaannya, Fendiosman rasa gembira sangat sebab tersenarai antara calon yang layak. Bukan sehari dua Fendiosman berfikir nak buat benda ni, tapi usaha menulis proposal untuk dihantar ke panel pemilih tu pun dah makan masa berminggu-minggu. Kiranya, apa yang diterima ni berkat usaha Fendiosman dengan izin Allah Taala. Syukur Ya Allah.

Ke mana Fendiosman nak belajar?


Apa yang Fendiosman nak belajar? Haaa...tu tunggulah dulu. Bagi chance Fendiosman menelaah buku panduan yang sangat perlu dibaca ini, kendian barulah Fendiosman boleh memilih ke mana destinasi tujuan. Rasanya dah nampak bayangan....tapi entahlah! Kita selesaikan yang penting2 dulu ya! Azamnya, nak belajar bersungguh-sungguh, kemudian pulang menyambung bakti kepada negara. Kalau boleh nak jadi Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, tempat Ratu Segala Ratu tu duduk bersemayam. Errrrrrrrr, katanya post itu tertutup untuk satu skim itu, tapi dah ada magic berlaku kan, alang2 dah tempat lain boleh dibuka untuk golongan depa, apa pulak post depa tu tak boleh dibukak untuk Fendiosman?

Nanti kita tunggu dan lihat saja. Plinkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......eh? Kau sentap ke?

Monday, September 05, 2011

It's A Working Hari Raya For FENDIOSMAN

Chakkkkkk! Mesti semua pakat mabuk lemang, mabuk kuih raya. Tak kurang jugak yang mengira duit dalam kopek (Fendiosman gunakan bahasa ibunda Fendiosman) yang makin susut selepas acara bagi membagi sewaktu sambutan hari raya.


Semua orang ada kenangan tersendiri sewaktu raya. Fendiosman pun tak ketinggalan juga. Tahun ni, tahun yang memberikan pengalaman unik buat Fendiosman apabila terpilih untuk bertugas (kau kena paksa kan sebenarnya?) di Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Mai kita tengok bagaimanakah keadaan sebenar kerja Fendiosman pada hari kejadian.


Sebenarnya Fendiosman pun balik bercuti di kampung halaman seperti orang lain. Tapi, sebab dah kena bertugas pada pagi raya, dan mujurlah kampung Fendiosman tu dekat dengan airport, dan ada juga flight awal pagi ke Kuala Lumpur, makanya seawal jam 4 pagi pada pagi Raya, Fendiosman dah bangun bersiap persis bekerja di awan biru. Pukul 5 pagi, orang lain sibuk krohhhhhhhhhhhhhh dibuai mimpi, Fendiosman dah bersiap dengan pakaian raya, dan beraya dengan Mama Fendiosman yang masih mamai-mamai. Teruslah Fendiosman bergerak ke Penang, untuk terbang pulang ke KL. Gigih kan Fendiosman?


Pagi raya murid-murid semua makan ketupat, rendang, serunding, sayur londeh, kuah kacang bagai kan? Fendiosman makan American Breakfast. Kau ada?


Haaaa.....aritu ada Gabungan Persatuan Pengguna mana tah komplen pasal Penjawat Awam ni dapat point enrich pastu pi melancong merata-rata luar negara! Heyyyy.....sapa kata camtu haa? Ni ha, demi tugas, dah kuredeem pointku. Sekepuk jugaklah point terkorban.......


Pagi-pagi raya, dah kena terbang ke Kuala Lumpur katanya! Just like any other working day!


Dan Fendiosman bermurah hati menulis ucapan selamat hari raya untuk crew bertugas, beserta sebekas ketupat palas untuk makanan diorang yang mengalami nasib yang sama seperti Fendiosman. Walaupun atas tisu. Tapi cukup bermakna! Ni namanya PR Skills ya murid-murid.


Hasilnya.......dapatlah bungkusan kacang yang selambak. Bolehlah buat jamu tetamu di rumah yang datang beraya. (tapi serius, Fendiosman memang serve kacang ni kat diorang! Antara makanan yang mendapat sambutan di rumah lah.....)


Setibanya di KLIA, dah ada teman yang menunggu dan teruslah kami ke tempat bertugas. Trafik lengang, hanya dalam masa setengah jam selepas mendarat, Fendiosman dah sampai ke Pusat Bandaraya.


Sempat lagi menunaikan solat sunat Hari Raya. Walaupun sunat, tapi jugak yang kira ni macam wajib. Solat fardhu tak buat, solat Hari Raya ni yang ala2 sangat mustahak dibuat! Fendiosman ke Surau Istana Negara di Bellamy (ala yang dekat ikan bakar tu).



Ohhhh, sangat seronok sebab solatnya awal. Jam 8.25 dah angkat takbir. Sinilah tempat petugas di Istana Negara datang bersolat sebelum bertugas.


Sebelum jam 9 pagi dah selesai solat dan khutbah!


Teruslah Fendiosman melapor diri sebagai antara ratusan petugas yang sama-sama Berkhidmat Untuk Negara pada Hari Raya. Ingat ya murid-murid, cuti itu bukan HAK, cuti itu KEISTIMEWAAN. Makanya kalau cuti kena tarik atau tak dapat cuti, janganlah sentap ya!


Sempat jugaklah Fendiosman buat photo shoot Hari Raya. Konsepnya hutan rimba di tengah kota.


Dan inilah tempat kejadian....................


Tempat Jamuan Rakyat diadakan! Masih lengang sebab pintu pagar tak dibuka lagi.

Tapi walaupun di dalam lengang.......


Di luar bagaikan ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Pitam dibuatnya! Penuh dengan manusia yang bagaikan nak masuk dalam SOGO untuk sale raya!


Ada jugak yang pandai seperti incik serban ni. Time kami semua petugas dok sarapan, dia pun sarapan jugak. Siap berjalan kaki bagai, ambik makanan tu makanan ni! Nak kata kerabat, tak mungkin sebab dia makan di tempat rakyat! Lepas tu bila time dah habis makan, terus duduk atas kerusi roda jadi OKU, dapat ala2 layanan VIP. Motif? Memang anda pelakon terhebat zaman ini!


Awal sesudah solat, ada jamuan untuk pembesar-pembesar negara! Setiap kali pembesar sampai, abang-abang askoke istiadat ni akan berit abik hormat, dan tiup trumpet! Sungguh berseni dan berprotokol ya murid-murid! Tak semua orang dapat tengok benda ni sebenarnya!

Bila pintu pagar dibuka untuk orang awam.........................


Masya Allah......tapi yang peningnya Fendiosman dan petugas protokol lah bila kena buat tapisan pakaian!


Some people are so ignorance. Dah tau nak datang ISTANA NEGARA, BERJUMPA BAGINDA TUANKU BERDUA, kau pakai seluar pendek, pakai baju sleeveless nampak bulu ketiak segala, pakai tshirt tak berkolar, pakai selipar jepun. Kau ingat nak datang jumpa kawan-kawan kaaaa? Majlis ni bukan hari-hari dibuat! Ni 5 tahun sekali. Pergi dinner boleh pulak kau pakai gown cantik2, mekap tebal2. Mai ISTANA NEGARA kau pakai macam nak pi pasar ikan? Hoiiiiiiiiiiiiiii...........I guess Malaysians need some lessons on these matters. Sangat menyakitkan mata!

Kesiannnn petugas2 Fendiosman yang kena bambu dengan rakyat jelata bila tegur bab pakaian ni. Fendiosman pun apa kurangnya. Sorang mamat berseluar pendek ni bila disuruh ke tepi ke tempat jamuan, terus mintak seluar Fendiosman pakai untuk disarung. Dah tu nak suruh Fendiosman pakai samping saja kat depan gate tu? Tu belum kira selendang-selendang petugas yang ada. Yang tak pakai baju berlengan ni, terus capai selendang petugas sebab nak jumpa tuanku. Pastu marah-marah Istana pasa tak bukak kedai jual selendang, kasut segala. Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....kau ingat ISTANA NEGARA tu SOGO?


Haaaa....yang lulus tapisan pakaian, dapatlah bersalaman dengan BAGINDA TUANKU BERDUA.  Tapi beraturnya Masya Allah panjang ya amat. Gigih la rakyat jelata sekelian. Yang ni Fendiosman kagum pasal depa datang atas kerelaan sendiri ke Istana. Bukan kena bussed-in macam program satu Jabatan tu buat. Takut audience takde, terus kena import dari segenap alam naik bas. Pastu dalam laporan tulislah mendapat sambutan ribu-ribu khalayak. Kau bussed in pastu kau kata dapat sambutan? Time to rethink about the relevance of the Department. Does the Department worth the money to exist? Or can it be reorganised and restructured?


Rakyat yang berkunjung mengadap TUANKU akan dapat kurniaan. Yang kanak-kanak dikurniakan duit raya bersampul kuning. Orang dewasa pula dikurniakan kuih raya di dalam kotak yang sangat cantik ini. Semua yang hadir akan dapat tak kiralah kecil besar tua muda.


It is not about the kotak kurniaan or duit raya actually. Yang mustahak, adalah pengalaman dapat masuk Istana mengadap TUANKU BERDUA, bersalaman. Not everybody can go to ISTANA everyday. This is the only chance where rakyat can meet HIS AND HER MAJESTY in person and shake their hands. Tapi untuk pembaca sekelian, bila dapat peluang masuk ke tempat macam ni, sudah tentu kita kena bersedia untuk berpakaian yang terbaik. We must look good to meet our KING AND QUEEN. Janganlah terlalu BEBAL, benar, kami kena faham PUBLIC, tapi PUBLIC pun kenalah faham PERATURAN.


Apa pun pengalaman berkhidmat di Istana Negara pada HARI RAYA tatkala semua orang bergembira di kampung halaman amat bererti untuk Fendiosman. Penat tu memanglah penat, tapi pengalaman yang dikutip tu tak dapat di mana-mana pejabat, mahupun sekolah.


Petang selepas tamat majlis, teruslah Fendiosman terbang pulang ke kampung halaman.


Sejurus matahari terbenam, tibalah Fendiosman di rumah, dengan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Walaupun Fendiosman terkilan sebab potret keluarga pada tahun ni kekurangan satu ahli, tapi inilah cabaran yang sebenarnya perlu kita hadapi dan dalam setiap apa jua keadaan, kita perlu lakukan sedikit pengorbanan untuk keselesaan orang lain, walaupun kita terpaksa lupakan kegembiraan diri kita sendiri. Wallahua'alam.....