Thursday, April 10, 2008

Kisah Pantun Berkait


Kisah yang aku tulis hari ni aku tujukan kepada orang-orang yang kononnya berjiwa sastera. Yelah, aku ni dulu background sains. Aliran sains SPM, amek degree pun sains jugak. Jadi, barangkali sense of sastera aku kurang (mengikut kata orang tersebut la). Tapi, walaupun aku ni dikatakan tidak berjiwa sastera, aku sempat merasa untuk menjadi pemantun sekolah dan universiti ke peringkat nasional.

Zaman sekolah, pantunnya bertulis. Dah siap prepare soalan, dah siap prepare pembayang untuk jawapan. Boleh baca, dan menjawab pun boleh menulis. Zaman di universiti, pantunnya spontan. Diberi tema, serta merta kena berpantun. Skill kena ada...kalau tak akan terbit perkataan yang bukan-bukan untuk memenuhi hasrat pantun tersebut.

Hari ni, kita belajar sedikit pasal pantun melayu. Di dalam menulis sesebuah pantun, yang kita biasa dengar, belakangnya bunyi sama...contoh:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Jika kita saksikan di sini, rima pantun yang digunakan adalah berbentuk AB AB di setiap penghujung pantun;

Buah cempedak di luar pagaR
Ambil galah tolong jolokkaN
Saya budak baru belajaR
Kalau salah tolong tunjukkaN

AB AB = RN RN kalau mengikut pantun buah cempedak ni. Dan untuk menjadikan pantun tu lebih menarik, rima AB AB turut digunakan di tengah-tengah pantun tersebut;

Buah cempedaK diluar pagar
Ambil galaH tolong jolokkan
Saya budaK baru belajar
Kalau salaH tolong tunjukkan

AB AB di sini = KH KH. Dan biasanya pantun melayu menggunakan suku kata terakhir untuk mengindahkan lagi bunyi pantun itu.

AR, AN, AR, AN...dah bukannya AR, AN, IR, IN. Bahasa Melayu bukan berdasarkan huruf tapi berdasarkan suku kata. Macam english rhyme jugak, mesti bunyinya lebih kurang. Bukan huruf yang sama yang digunakan. Contohnya;

When marimba rhythm starts to PLAY
Dance with me make me SWAY

dan bukannya;

Dance with me make me HAPPY. Selalunya, sesebuah pantun itu tidak akan diakhiri dengan rima AAAA seperti;

Pergi ke kedai membeli guli
Guli disimpan di dalam peti
Salah saya awak peduli
Salah awak, ada awak reti?

Biasanya rima AAAA adalah khusus untuk syair ataupun gurindam. Untuk melahirkan pantun yang cantik dan indah, biasanya perkataan yang digunakan tidak melebihi 12 sukukata untuk satu baris pantun.

BU(1) AH(2) CEM(2) PE(4) DAK(5) DI(6) LU(7) AR(8) PA(9) GAR(10)= 10 suku kata, dah sebutannya senang disebut sebab perkataan tak terlalu panjang. Kalau panjang...jadi tak sedap, contohnya;

PER GI KE BAN DAR KA JANG MEM BE LI KA IN BA TIK = 14 suku kata, rasa semput nak habiskan ayat tu. Betul tak?

Seni pantun melayu ni jugak mempunyai jenis-jenis pantunnya tersendiri. Ada pantun 2 kerat;

pat pat siku lipat,
siapa cepat dia dapat;

Ada pantun 4 kerat, macam buah cempedak yang aku tuliskan tadi. Hatta ada pantun 12 kerat di mana dalam pantun 12 kerat, 6 baris pertama adalah pembayang, dan 6 baris terakhir adalah maksud. Untuk aku, aku selesa menggunakan 4 dan 6 kerat untuk pantun yang aku cuba gubahkan. Ada juga pantun berkait, di mana pantun berkait ini menjurus kepada penceritaan sesuatu kisah

Haaa...paham tak murid-murid?

Kisah pantun ini bermula apabila aku mendapat tugas untuk membuat perutusan bos untuk penerbitan sebuah terbitan berkala tempat aku bekerja ni. Bos aku, alaaa...yang pegawai agak tinggi tu memang sentiasa nakkan kelainan, dan aku mencadangkan agar perutusan biasa digantikan dengan pantun agar ringkas dan tidak melalut. Jadi, atas kata itu, aku cuba karangkan beberapa rangkap pantun berkait untuk dimasukkan ke dalam terbitan berkala itu. (nota: pantun yang dikarang ini tidaklah sesedap mana, almaklumlah, dah lama aku tinggalkan persada pantun tu)

Pantunnya berbunyi begini;

Sampan kolek tepian muara
Belayar kapal ke Inderagiri
Salam dihulur pembuka bicara
Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi

Belayar kapal ke Inderagiri
Sarat muatan tenunan pua
Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi
Julung kali kita bersua

Sarat muatan tenunan pua
Buat jualan di hujung jalan
Julung kali kita bersua
Buletin BSM buat peneman

Buat jualan di hujung jalan
Dibawa oleh kuda pedati
Buletin BSM buat peneman
Sumber maklumat setiap aktiviti

Dibawa oleh kuda pedati
Singgah berehat di pinggir kolam
Sumber maklumat setiap aktiviti
Buat tatapan warga KKM

Singgah berehat di pinggir kolam
Berteduh di bawah pohon kuini
Buat tatapan warga KKM
Berita semasa tersebar kini

Berteduh di bawah pohon kuini
Sambil berteduh menjamah juadah
Berita semasa tersebar kini
Segenap negeri mendapat faedah

Sambil berteduh menjamah juadah
Juadah dihidang di atas dulang
Segenap negeri mendapat faedah
Khidmat disumbang bertambah cemerlang

Juadah dihidang di atas dulang
Dimakan bersama sepinggan tapai
Khidmat disumbang bertambah cemerlang
Wawasan negara dapat dicapai


Bahasa yang digunakan tidaklah seindah mana, tapi aku cuba gabungjalinkan kembali pengalaman yang aku ada sebagai pemantun suatu masa dulu untuk menghasilkan pantun yang agak indah dan masih mengekalkan lagi kesenian pantun yang ada. Dalam masa setengah jam, inilah hasil pantun yang mampu aku karangkan. Cukup sekadar rima AB AB di hujung baris sahaja yang mampu aku pastikan keseragamannya. Nak rima di tengah, masa suntuk, processor dah slow!

Bait-bait pantun itu aku persembahkan kepada bos aku yang mengaku dirinya sebagai orang sastera, blajar sastera melayu, grad pun dalam pengajian sastera. Apa sangat nak dibandingkan dengan aku yang berlatarbelakangkan sains ni.

"Tariq, kenapa pantun kamu macam orang tua?"

"Orang tua? Ish puan....tu la namanya seni pantun. Walaupun saya ni nampak muda tapi jiwa saya tua macam puan jugak. Tu kan pantun berkait puan...."

"Heiiii...I tua? I muda lagi tauuu! U tu yang tua. Takpelah, nanti I tengok dulu macam mana..."

Selang beberapa hari, keluarlah kembali draf pantun yang aku kemukakan kepada beliau. Baca minit di depan, nampak macam ada banyak perubahan. Ye lah, aku ni orang sains, dia orang sastera.

Sekali aku bukak, erk! Nanges.....

Mari kita lihat apa yang dia editkan. Aku cuma masukkan part yang dia edit je la ek;

Sarat muatan tenunan pua
Buat jualan di waktu pagi
Julung kali kita bersua
Buletin BSM penawar hati

Buat jualan di pasar tani
Dibawa pula di hujung jari
Buletin BSM pertama kali
Sumber maklumat pelbagai aktiviti

Dibawa oleh kuda pedati
Singgah berehat di pinggir kolam
Sumber maklumat setiap aktiviti
Buat tatapan warga KKM

Rangkap dibawa kuda pedati ni dipotong, terus bersambung dengan rangkap ni;

Pergi ke Perlis membeli mempelam
Singgah mari ke Pekan Bestari
Buat tatapan warga KKM
Berita semasa tersebar kini


Haaa...itulah hasil edit dari orang Sastera, punah ranah pantun berkait aku. Kalau direnung balik, pantun berkait tu...kain pua dibawa di hujung jari? Ayooo...logikkah? Terus masuk pergi Perlis beli mempelam? Ada pulak pekan Bestari kat Malaysia ni ek? Hadoilaaa... matila fail geografi kan? Kalau jurulatih pantun kat SMAPKajang dulu, pantang dia dengar benda-benda pelik camni. Macam tu jugak jurulatih pantun kat UKM. Sah kena tegur....tapi apa nak buat kan? Aku ini orang Sains, tak reti berbahasa Sastera.

Anyway, bos is always right. Mampus aku nak mencari idea mengarang pantun yang haram tak sedap tapi sedap pada pandangan mata dia tu. Lalalalalala....

Sekian kelas pantun melayu untuk hari ini. Kita bertemu lagi dalam kelas yang akan datang.

Moral of the story: Jangan merendahkan bakat orang, walaupun orang tu lebih muda dari kita. Who knows, orang muda tu lebih indah bahasanya dari bahasa kita yang dari aliran Sastera....lalalalala...

15 comments:

zyrin said...

heh.

aku pun budak pure science yang ntah macam mana kena jadi pemantun pada suatu ketika waktu dulu... tapi aku dah karat, lah, buat pantun 2 kerat pun la ni fail... hahahahaha...

... dan aku sangat kagum tengok ko punya pantun berkait. tabik, lah, bro... aku memang tak boleh buat...

setahu aku, pantun berkait ni, pembayang dia ala-ala cerita, kan? jadi kalau kita baca pembayang jer kita dapat satu cerita, kan?

macam mana pulak sarat muatan tenunan pua, ko nak bawak di hujung jari??? tak ke patah jari tu nanti? muahahahahahahaha...

p/s: wahhh... ada masa ko nak buat satu 'report' pasal pantun, ek...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Arak arak kelapa Puan
Tidak Puan Kelapa Bali
Harap hati kepada Tuan
Kalau tak Tuan siapalah lagi

Perigi Pak Salam berpagar kundur
Perigi Pak Samat berpagar alang
Haram semalam tak dapat tidur
Hati teringat tuan seorang

Kucing kurus mati di papan
Papan dibuat si kayu jati
Badan kurus bukan tak makan
Kurus terkenang si jantung hati

Fen... boleh tak?? pantun pantun pantun... sastera indah tak lapuk dek zaman... niceeeee entry!!!

DBI said...

aiyo motif pergi beli mempelam sampai perlis..putra jaya tak der ker...

u punya lebih sedap dibaca n dengar...

shazali said...

Walaupun aku ni jenis berpantun ASBOL je, aku rasa pelik bila baca teks pantun yg diubah tu. Aku rasa pantun yang hang buat tu kira ok dah.

Apa jenis rima yg dia guna, sampaikan "mempelaM" dan "kkM" tu dipadankan...hahaha...kelakar betul

hebat hang, Tariq...setgh jam dah bleh siap. Aku belum tentu lagi camne.

sheera said...

yups. tariq, yours is waayyyy better. jelas, sedap di baca dan sesuai dgn zaman a.k.a. time framenya. mcm mana pulak zaman inderagiri dulu dh ada perlis? lagi pulak pasar tani??

tapi sebegitu pulak dieditnya.. daripada pantun berkait dah jadik pantun bersepah.. hihi..

Angah said...

muahahahahaha

Aku rasa pelam ngan KMM tu lain bunyinya..

tu la kalau tak tau tapi buat2 tau, hancus segalaaaaaa

Aku berpantun masa sekolah menengah jek.

Anonymous said...

salam,

these are few urls that i think very interesting to share with regards to pantun:

http://fazu.typepad.com/ruminations/2006/11/penawarrelease.html#more

http://fazu.typepad.com/ruminations/2005/10/penyengat_i.html#more

http://fazu.typepad.com/ruminations/2005/02/pantun_tembikai.html#more

http://fazu.typepad.com/ruminations/2005/01/faqs_on_pantun.html#more

sorry, banyak sangat url.. but i cant help sharing

Anonymous said...

aku bukan budak sastera, aku bukan pemantun, aku hanya anak melayu yang tahu pantun2 klasik sahaja spt buah cempedak, 2-3 kucing berlari, sorong papan tarik papan dan yg sewaktu dgnnya..

anyway, inilah jenis manusia yang nak tunjuk 'buat kerja' tapi lebih baik tak payah buat kerja dari buat kerja tu... (opsss... emo lak.. sori beb..)

phachat said...

ungrateful-unconscious (bole guna word ni? haha!) BIATCH!! Sabo je la ko TORIQ...

Anonymous said...

Ya ampuan...nak pengsan baca pantun yg kena edit tu

N Hasanah said...

terhutang budilah saya kat awak...
because of ur posting, i am able to create 5 rangkap pantun-utk inhouse competition...hehehe..my knowledge in arena sastera lagi laa teruk...bm spm pun kredit jer...dah laa amik science stream lagi laa hancur...
tergerak pulak nak ambil bahagian tp tak nak laa create yang bukan2 pulak...So thanx to u...
have a great day in ur job with a boss like that...Think positive je...
p/s: well done laa pantun u tuh...HEBAT..

Anonymous said...

Gendang gendut tali kecapi,
Sapa gendut sila angkat tangan!
(motif tak angkat tangan?, haha!)

Adi Osman said...

ZYRIN

ala...aku tulis ni sekadar mengisi masa lapang...ye la kan, dah sakit ati! harus la ada banyak masa lapang! lalalalaa


BERUANG MADU

nice pantun you have there...kau karang ke kau cedok? gud effort! ekceli aku suka pantun cam kau tulis ni... ulang ulang rangkap!


BANG DBI

zaman inderagiri tu dah ada perlis ke masalahnye?

ehmm..mempelam kat tu kena beli kat carrefour alamanda. tu pun pakistan punya!


SHAZALI

tu setengah jam tu kira zaman processor dah karat! kang aku kata aku buat spontan, harus hang pitam lak! tak baik riak..biaq bos aku dah la...


SHEERA

ye...dalam menulis sebuah cerita, memang kena ada timeframe. Aku edit...tetibe keluar negeri Rokan pulak. sah kene tembak pasni...huhu


ANGAH

this is what we call a classic example of PTD. Tak tau tapi buat buat tau! sorry la kalau terkutuk kaum sendiri....but we have to avoid things like this from happening to us...


ANON 1

thanks for the link...nice pantun there...


ANON 2

aku tak paham ayat kau kat atas...

anyway, inilah jenis manusia yang nak tunjuk 'buat kerja' tapi lebih baik tak payah buat kerja dari buat kerja tu... (opsss... emo lak.. sori beb..)

apa itu?


PHACHAT

unconcious? maksud kau tak sedar diri ek?
lalalalalala....mentally dislocated la hang ni!


EDD

best kan sesi makan ketupat dalam miting Jumaat lepas!


N HASANAH

yang mana baik....aku suka untuk kongsikan dengan pembaca sekelian. appreciate my knowledge dapat membantu kawan-kawan.


PAP

aku gendut ek? huhuhuuu

Unknown said...

merah delima menghias busana
songket tekat disinar cahaya
tuan umpama pendita laksana
hamba melarat dagang sahaya

amacam senior? laku tak pantun guwe...

N Hasanah said...

salams...

just drop by to say thanx a lot again...
setelah mengarang pantun yg x seberapa tuh,berani juga sy masuk competition tuh....
nasib x berapa baik dpt tpt ke3...
tp thanx to u...

p/s:dpt tambah ilmu lagi..hehehe