Sunday, April 13, 2008

Sarapan Di Mana?

Sarapan di Mana? Terpaksa aku meminjam tagline Abby Fana untuk menggambarkan betapa jauhnya aku pegi sarapan hari ni. Yaaa..hari ni...Ahad 13 April 2008. Dari gambar yang aku letak kat atas ni kan, agak-agak korang kat maaaaana aku pegi sarapan ek? Dek kerana tuntutan tugas, aku berpeluang sekali lagi ke tempat yang aku rasa sangat seronok untuk dikunjungi. Ye la kan, tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat bermain. Jatuh? Main? Huhuhu...sapa yang jatuh? Sapa yang main?

Sebenarnya, kalau ikutkan takde la tetibe aku nak memanjangkan kaki pergi bersarapan sejauh ini. Rezeki kan....kebetulan aku menjadi urusetia untuk kursus yang bakal dijalankan awal bulan depan, makanya seperti biasa, kena la buat tinjauan ke tempat bakal berlangsung kursus tersebut. Kuala Terengganu menjadi destinasi siri kursus berikutnya selepas Johor Bahru dan Ipoh.



Kalau kat Kementerian Kesihatan ni, nak dapat peluang keluar sangat la payah. Aku dok bayangkan kawan-kawan kat kementerian lain, kejap-kejap overseas, kejap-kejap overseas. Huhu...jadi kursus seumpama ini diadakan di luar untuk memberi peluang kepada para pegawai di kementerian aku tu untuk keluar sekejap dari pejabat yang penuh dengan tekanan.





Dan di Kuala Terengganu inilah aku berpeluang bertemu bertentang mata dengan seorang blogger yang femes dengan penulisannya dalam bidang perubatan. Tak lain tak bukan Encik DariBilikIni. Pucuk dicita ulam mendatang. Alang-alang orang dah nak jumpa, kita ajak dia pekena nasi dagang la! (atas permintaan, hanya pandangan belakang je yang boleh aku siarkan....nak depan? jumpa sendiri!)



Perjalanan ke TGG (atau disebut Tegegeg di kalangan juruterbang dan anak-anak kapal) aku mulakan pada hari Sabtu di sebelah tengahari. Setibanya di TGG, kagum aku melihat rekaan lapangan terbang baru yang cantik bagaikan istana yang tersergam indah. Harapnya tak jadi macam AOR la, epot besar tapi sehari 4 flight je yang landing!


Dari lapangan terbang, terus menuju ke hotel berkenaan, untuk meninjau dan berbincang mengenai keperluan kursus yang bakal berlangsung kelak. Mintak itu, mintak ini. Tengok itu, tengok ini. Ye la kan, nak perfect! Kang ada pulak orang komplen;

"Bilik I buruk....."




Bagi suite pun kata bilik buruk! Huhu..campak kat Rumah Tumpangan Ah Kiau kat Haji Taib baru tau. Hmmm.....petang di hotel dihabiskan dengan sesi perbincangan dan rundingan serta tinjauan. Kalau ikutkan nak balik malam pun boleh. Tapi alang-alang orang offer stay-in. Apa lagi....rileks la dulu. Malam....aku rehat jugak, menenangkan kepala aku yang kebelakangan ini tak berapa nak baik sangat. Stress!




Ahad pagi, yakni pagi tadi...sebagaimana yang dijanjikan bersama Bang DBI, menu sarapan nasi dagang. Lokasi, Chendering. Ala...kedai yang pernah masuk paper pasal nasi dagang 45 hengget tu. Kisahnya bukan makcik tu nak jual mahal, yang membeli tu sebenarnya buat hal. Yang terus beli tak tanya harga tu pasai apa?




Sedap seh....tapi tu la kan, kenot eat too much! Sekarang ni kena kontrol makan. Kan Bang DBI kannn?




Sebelum berangkat semalam, dah ada kawan bagi suggestion untuk ke kedai keropok di Losong. Alang-alang dah ada supir, heret la dia ke sana. Kebetulan ada kiriman keropok yang perlu aku beli. Makanya, kedai Adik-Beradik ni menjadi destinasi membeli. Aku beli ke? Hehe...mekaseh lagi skali Bang DBI sebab menyeponser keropok. Dah ye ye aku nak membayar tetibe je;



"abang bayar......"



Lalala...saya suka hati....



Mekaseh daun keladi. Sarapan di Chendering, lekor di Losong, tu je masa yang sempat diluangkan bersama Bang DBI. Orang ada bisnis, takkan nak tutup klinik sebab aku kot? Hiks....selesai acara semua tu, kembali ke hotel! Kemas barang...checkout, terus ke Tegegeg lagi skali untuk pulang ke rumah.

Apa? Masjid Kristal? Nooooo...tak cukup masa nak pegi ke Pulau Wan Man tu..tapi dari Jambatan Sultan Mahmud tu boleh nampak, cantik tempatnya. Nanti kalu ada rejeki lagi, kita buat liputan kat sana lak!

18 comments:

phachat said...

hahaha... Keropok adik beradik itu menerima juga kunjungan rasmi mu itu... sedap kan sos dia? Jangan tatau, kalu cuti skolah mcm nk roboh je kedai adik beradik ni. siap pelaung dr jauh:

"KEPPOK ABIHH DOHH...."

p/s: Ms Jomheboh dulu, Ruffedge pon beli kt kedai ni. Haha..

Rush Murad said...

Pucuk dicita ulam mendatang??? sapa yg jadik pucuk dan sapa yg jadik ulam-ulamannya??? mai habaqqqq... hiksss... plan nak pi KT masih lagik tidak kesampaian... bila lah rasanya nak rasa stay kat Aryani tu ek? DBI - Pandang Dari Belakang..... gituhhh...

DBI said...

fendi- u patutnyer makan nasi dagang tu banyak sikit...biar puas hati..sekali sekala tak per...

rush- kannnn...bulan mei buleh ikut org tu balik kampung... :-)ade pucuk n ulam erk??...

Mediviron UOA Clinic said...

lama I tak balik Ganu. Mak aku asal sana...

phachat said...

CHEN, cuba bagitau pembaca blog FENDI ni... mak u kata keropok lekor tuh org sana panggil apa and sebab apa depa panggil keropok lekor tuh macam tu?


Haha, gerenti kena ban dr empunya blog ni....

MOLY said...

amboih .. syioknya ke ganu ... kopok lekor dah habis ke bolom ????

Mediviron UOA Clinic said...

amboi, phachat! mau batu api ka

;)

Angah said...

aku macam kenal hotel itew.. ehehe tempat sama jugak aku buat seminar masa kat BKN dulu.

Dinner kat poolside la kunun, satu kali hujan daaaa

Kat sebelah kiri hotel tu kan ada kedai makan yang sangatla superb makanannya. memang terasa la makan makanan kampung.

Yang aku suka makan nasik dagang kat KT tuh... sebab kuah boleh tambah, memang dah sedia pun atas meja.... tak tau sekarang wujud tak lagi konsep tuh

cacah said...

huhu...musim outstesen agaknya...saya kat kuantan ni...huhu...musim kursus berjalan rancak kan? kat sini pun ada sarap nasi dagang ari tu...tapi sure, nasi dagang terengganu masih terbaik. heh.
oh yeah, suka lagu back ground blog nih! sweet! :)

Mediviron UOA Clinic said...

aiyo. pening hari ni, kerja sibuk!

X-weatherman said...

Aiseh Tariq..aku ada kat KT time ko datang tuh..bini aku berpantang kat sini..aku pun tumpang cuti sekali.

Nway, ko dah sampai ke tempat2 yang ko sepatutnya pegi bila tiba di sini..bro yg bawak ko tuh memang kelass!

Pachat..mung rindu nok balik Trg ke??

Adi Osman said...

PHACHAT

waktu aku pegi ari tu...dari jauh dia dah melaung...

"kepok belum legok lagi...."

mrasa la baru tengah nak merebus katanya


BANG SHIDI

bulan 5 ni orang nak ke sana lagi...meh le join. penginapan percuma...macam tak besa lak tido bilik orang....


BANG DBI

tak berani laaa...tapi alhamdulillah la sejak amek ubat yang arwah baba makan dulu (herba), ada perubahan mendadak. Latest reading pagi tadi 130/90. Kalau tak menten je macam abang cakap ari tu...

skang tengah berusaha nak jadi 120/80 macam dulu-dulu


CHEN

mati-mati aku ingat kau MAKAYAM CHEN kawanku yang kerja di JKN Sarawak. Huhu..rupanya orang tanjung! Lip lap lip lap...kau anak mami macam cek kah?


LILYLULU

ada lagi ni...tak larat nak makan aaa...mai la kajang kalu nak menjamah!


ANGAH

aku rasa aku terperasan restoran yang kau maksudkan tu....meriah nampaknya! tapi tak dapat nak tanding kedai nasik dagang 45 hengget tu laaa... jilat siku ooooo


AISHAH

esok kursus lagi....kursus apa ek? Jom kita pi INTAN KIARA


WADI WEATHERMAN

laaaa...dok kabo pung! nak wat guane takde rejeki! huhu...kalau dak harus aku kikis hang...

lalalalala

phachat said...

X WEATHERMAN,

mmg aku windu nok balik... huwa...

PENDI,

ko spatutnya pilemkan kaedah dia gentel, then rebus, smpi la membungkus. Masukkan dlm youtube atas nama: TV PENDIDIKAN - PRODUK IKS. boleh?

Ha.... kan dah kata, ko pon tertipu dgn CHEN MAMI PENANG ni.
Aku pon memula mcm tertipu jugak, skali dh baca blog CHEN MAMI TANJUNG ni, isi2nya sungguh teeeeeeet!!!! Takkan CHEN kita sebegitu, kan?

*selamba saja aku buat ruang comment ko mcm tanah ni aku punya!

Anonymous said...

bestnya, kursus jauh jauh. aku kursus kat banting je. Apa pun takde kat sana.

*nanges.

Angah said...

weh.. apa si chen punye blog aaaa

Anonymous said...

apa beza lekor n losong ek? tak tau la...

phachat said...

ANGAH, aku tatau blog CHEN mana ko nak. CHEN tarian ke, CHEN doktor lucu/cah? hahaha....

Adi Osman said...

PHACHAT

kalau produk IKS tu patutnya orang MECD yang pelemkan. Ala kan ke ada sorang kawan yang baru je transfer ke bahagian promosi IKS antarabangsa tuuuu.......ni la keja depa!


fiebie

sapa kata takdak benda....ada laaa
jalan depan sikit ada bagan lalang. tempat ternak binatang terbesar! binatang apa taktau? teeettt...


angah

Blog chen mana? Kalau dokter chen ada link kat blog aku ni. Kalau chen kabaret blog dia dah berkapuk bersawang.... http://seorangbudakcina.blogspot.com


PAP

hok tu kne tanye orang ganu! kau kat LABUAN lagi kan?

aku dah tau kau keje apaaaa.......
laariiiikkkk


PHACHAT

aku dah bagi link kat angah tu!