Monday, April 21, 2008

Pembawangan Semula di Kiara

Adapun hari Khamis yang lalu sempat juga aku menghadiri undangan daripada JPA untuk turut serta dalam Kursus Khas Panel Penilai dan Fasilitator PAC PTD 2008. Kandungan kursus tersebut sama macam kandungan sebelum ni. Bezanya, dulu dapat manual, tahun ni takde manual. Takut bocor maklumat katanya.

Personal view aku, yang dok pi bocor maklumat tu pasai apa? Orang dah pilih jadi fasi tu bersyukur la. Tau la nak tolong kawan / bini / saudara-mara / awek / pakwe / jiran, tapi jangan la sampai cenggitu! Apa hebat sangat ke kalau terpilih jadi fasi ni? Hoooooo...cukup pantang bila aku mendengar kisah itu.

Kali ni banyak muka baru yang dapat aku tengok. Dan ada batch yang sebelum ni ada, sudah tiada. Batch yang sebelum ni tiada, sudah ada. Dan batch yang tak konvo lagi pun sesat datang jugak? Hairan...seingat aku zaman aku abis DPA dulu, takde pulak yang terlibat melainkan yang posting di UDPA sendiri. Macam mana ek? Takpelah, tu urusan orang lain. Aku takmo masuk campur.

Taklimat buat hari Khamis, hari berbatik untuk Kakitangan Awam, dan rata-rata tempat di INTAN Kiara tu memang la sejuk. Batik yang nipis, udara yang sejuk, berlaku pengecutan dan pengerasan di bahagian badan yang tertentu terutamanya di bahagian dada. Isk....tertonjol kau! Terpaksa la pakai singlet yang tebal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Rata-rata muka sahabat memang ceria. Ya la, macam sebelum ni jugak. Kursus seumpama ini, disamping mendedahkan ilmu untuk para fasi, ia turut menjadi medan untuk sahabat-sahabat PTD sesama batch untuk membuat pembawangan semula. Re-onion katanya! Terpilih jadi fasi ni, aku rasa this is the time for me to strengthen smart networking among PTD officers in various department all over the country.

Pengisian? I won't talk about it. Untuk peserta yang bakal menghadiri PAC kali ni, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga apa yang dihajatkan (nak jadi PTD katanya...best ke jadi PTD ni?), mendapat restu dari Allah S.W.T. Nawaitu kena betul. Kalau rasa datang tu nak test market je, rentikanlah! Kalau datang nak berlakon semata nak dapat tempat dalam Perkhidmatan Awam, pun aku akan cakap rentikanlah.

Banyak juga pembaca yang dok gali dengan email dan message mengenai PAC ni, terus terang aku mohon maaf sebab aku takkan ceritakan apa yang telah ditaklimatkan. Aku pun pernah melalui PAC ni, takde pulak aku menggelabah nak cari PTD sana sini mintak tips. Ingat, semua yang dapat tu adalah rezeki masing-masing. Kalau dah Allah takdirkan jadi PTD tu, syukur. Kalau tak dapat, pegang pada konsep takde rezeki. Dan bila dah tak dapat tu, jangan pulak dok tulis dalam suratkhabar, kata skim M ni penting saudara la, skim M ni tak matang dapat naik pangkat la. Pahamkan konsep rezeki. Kalau ada, rezeki. Kalau takde, bukan rezeki.

Rasanya I shall stop now. Sekali lagi, untuk para calon, aku ucapkan selamat berjaya. Persiapkan diri anda dengan apa-apa yang patut. Untuk rakan-rakan fasi, let's do it! Semoga enjoy dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan.

Minggu ni ke mana ek? Kita tunggu dan lihat!

13 comments:

Mediviron UOA Clinic said...

psstt.... org baju hijau dlm gambar kedua tgh tido la!

cacah said...

alah kursus ni saya terlepas sebab ada di kuantan sampai khamis. ada PP mesej bagitau. kalau tak tentu bleh jumpa en. fendi. haha.

Wanpetunjuk said...

Salam bro...motivasi untuk calon PAC akan datang, terang tak bersuluh!!!...sy pernah teringin dan pasang niat nak jadi PTD tapi dah bukan rezeki sy...jadi terima sahaja pemberiaanNYA....alhamdulillah...seronok baca tang sejuk mejuk hingga ada liang2 mengecut dan mengembang....hehehe, macam tahu jea tang mana...atas...atas...atas...!!!! , Heeee....ni komen utk previous entry jalang2 cari makang kat Teganu....lorrrr, tak sempat ke P.Wan Man, meh sini turun bulan Jun, kita tengok sukma sambil berenang2 kat Pulau Redang...(* cakap lebey...padahal sendirik tak penah sampai sana)...kali ni InsyaAllah sampai.....kite pi makang kepok gete sbeloh klinik...ok gok....guane???, jadi dop???

phachat said...

PENDI, jangan lupa tuh... INTURA ke, INTIMasi ke... jadiklah watak terbaik!

p/s: Bape ramai budak kte jd faci? ko kira otai la ye???

Angah said...

adakah kau akan jadi watak seperti PAC yang lepas?

Aku pun setuju la.. kalau kita faham konsep rezeki dan redha tak de la isu pasal perjawatan PTD yang orang sebuk dok kata itu ini tuh.

Orang kat luar sana ingat best sangat jadi PTD nih. cakap plak skim sendiri cam hampeh.. abis masa terima jawatan tu ada orang acu pistol kat kepala ke?

Adi Osman said...

CHEN

Dia tak tido aaa...he was on the phone with his wife.


AISHAH

Dulukan keje pejabat. Jadi fasi ni keje sampingan je. Sampingan? Ehm...kalau jumpa pun takat terserempak je. Sesungguhnye incik fendiosman ni seorang yang sangat pemalu. Hiks...


DAYAT

Ngape tak diteruskan niat jadi PTD tu? Ada sebab-sebab tertentu ke?

Awal bulan 5 ni incik fendiosman pegi lagi ke terengganu.


PHACHAT

Aku rasa 1/2 kot budak batch kita! Hahaha...sebab dalam dewan tu ada 4 baris meja, 2 baris budak 204. Otai? Takkk..ada orang yang lebih otai dari aku. Aku tak cemerlang cam orang lain aaaa.


ANGAH

Aku tak jadi watak2 lain kali ni. Cukup takat jadi fasi yang kekwat! Heheheheh....

Pandangan hang pasal isu ni, aku setujuuuuuu sangat!

Wanpetunjuk said...

abg....dlm byk2 gambar yang sy pernah tengok kat dalam blog abg nih dari seawal entry...tetap takleh lawan gambar terjelir lidah kat profile tuh...it's really extraordinary...machooo siutttt....

semoga dapat jadi ahli dewan rakyat...byk yang boleh disuarakan nnti kan...hehehehhe....

Sebab paling utama adalah kelayakan...hahaha...mmg tidak layak!!!

Adi Osman said...

DAYAT

Susah tau nak dapatkan ekspresi muka macam tu! Kena duduk dalam bas yang sejuk sambil menahan nak o'ok....baru boleh dapat!

But it's a good picture i suppose (matikla perasan), kalo hantar kat tyra banks sah menang ANTM.

Kelayakan? Tak layak ke dik? Lom cuba lom tau. From my observation, you do have what it takes to be a PTD officer. Incik fendiosman pun takde la selayak mana, mungkin rezeki yang menyebelahi waktu tu!

Tak try kita pun taktau kan?

cacah said...

haha! nampak en.fendi tadi! bangganya saya en.fendi cam saya! :)

Kembara Musafir said...

lovely song on your blog spot En Fendi... dah lama tak dengar lagu tradisional hepi hepi camni... apa tajuk lagunya...? dan siapa penyanyinya..? just curious... sori ler (may be soalan2 bodoh sangat...), dah lama tak dpt ikut perkembangan muzik tanahair.... btw, bunga kasturi, in Engrish one huh, what is it..? lagu nih kira style utk main zapin ker...? rasa mcm boleh jer, but me no expert in traditional music & dance.... even though I enjoy them daaa very very much...!!!

Adi Osman said...

AISHAH

insya allah, kalau ada gambo kat internet ni, kebarangkalian nak kenal in person tu tinggi la jugak!



KEMBARA MUSAFIR

tajuk lagu ni namanya bunga hutan. rentak zapin. penyanyi dia banyak version. yang ni dipetik dari YWJ rasanya. tak pun istana budaya.

bunga kasturi, in english we call it MUSK (mengikut kata ibuku sebagai seorang guru bahasa inggeris)

Kembara Musafir said...

tima kacih atas infos yg diberi... dah agak dah nih lagu main zapin... ala2 angkat tgn tinggi2 punya style zapin... kah kah kah...! zapin style songkok tinggi, sampin kain pelekat sampai ke tumit... :) thanks again

Carrie-Ma said...

hahaha...bangga2 mukaku ada jua terselit dlm blogmu ini...a'ah btul yg baju hijau tu bukan tidur, was on the phone...