Whew..penat aku minggu ni. Tapi penat penuh makna. Baru je sampai dari INTURA, menghadiri PTD Assessment Centre, secara langsung terlibat untuk memilih wajah-wajah yang bakal mewarnai perkhidmatan awam kelak. Secara keseluruhannya, sebagaimana siri-siri yang telah aku lalui sebelum ni, bermacam-macam ragam peserta yang aku sempat kenal dan mengenali.
Dan sekali lagi, untuk calon-calon di luar sana, pastikan grooming anda sesuai dengan keadaan. From top to toe, you'll be assessed! Kalau grooming tak sesuai, elok bungkus kain baju balik rumah la. Lain-lain aspek, taknak sentuh. Nanti tak thrill la! Aku tekankan grooming part ni sebab dalam mana-mana tempat pun, kalau nak cari kerja memang orang akan tengok penampilan. Tak kira la nak kerja apa pun. Bukan takat nak jadi cabin crew je kena grooming! Kalau aku diberi pilihan, memang aku akan perhatikan calon yang well-groomed dulu. Yang serabai, kena tolak tepi kejap!
Anyway, takmo cakap dah pasal sesi PAC! Mari kita lihat ada kuih tradisi yang baru ditemui, dan hanya boleh ditemui di INTURA.
Nama Kuih : Kuih Seorang Satu SahajaOrigin : INTURA, Sungai Petani
Rasa: Bermacam-macam rasa, bermacam-macam bentuk
Kelakar bila mula-mula aku tengok signage kat Dewan Pancarasa tatkala aku nak minum pagi bersama sahabat-sahabat fasilitator dan penilai selepas selesai aktiviti PAC. Dan signage ini menjadi bahan untuk kami bergelak ketawa melepaskan tekanan menilai para calon.
Kok ye pun nak bagitau, jangan la besar-besar camtu. Dah nampak macam caption untuk nama kuih pulak. Hahaha.....agaknya orang sajian dengar kot umpatan kitorang waktu makan tu! On the very next tea-break, terus hilang signage Kuih Seorang Satu Sahaja ni!
Kisah kuih ni sangat mengingatkan aku waktu zaman sekolah dulu, memang kuih hanya diberi seorang satu saja. Kalau ambik dua, kena marah...
"Gemuk pendek ambik dua, makan banyak mengaji bodo"
Ehm...bukan aku yang gemuk pendek tu! Aku dulu, langsing mangsing! Lately je yang jadi macam Barney balik.
Apa pun, i really enjoyed the session held in INTURA. It was fun, dengan peserta, dengan kawan-kawan, dan juga jiran bilik aku yang aku tak nampak, tapi dok ketuk dinding bilik aku waktu aku nak tido. Meremang sehhhhh.......
25 comments:
kuih sorang satu?
matilaa kuota x hengat kan!!
:)
patut laa ko asik 'segan' je nak naik bilik sorang-sorang.. hik hik hik.. apa pun, INTURA i think is quite average laa, tak sehebat yang diperkata. so so. yang dapat pun, kuih sorang satu la kan, ketam sorang satu? mimpi laa korang..
=)
aiyo..mahal sgt ker kuih kt SP???/..budget ciput kot.... :-O
kehkehkeh....lawa nama kuih tu
kalau nampak signage macam tu, either aku tak sentuh langsung (tanda protes) atau aku ambik banyak2 (tanda protes jugak)... INTURA kah??? ayoo.... kenangan silam lerrrr.....
satu satunya kuih yang tak dapat kulupakan
kelassssss sesangat nama kuih iteww!!
aku macam kenal jek nama adi faizal tuh..
kuih sorang satu.... muahahahah
minggu ni ko pi intim kan.. kim salam kat kopi hai peng
sama kes ngn restoran kat depan jusco equine. haha. signboard nama restoran ciput jer, tapi statement, "seat available upstairs" tu besar gedabak sampai member kata, "eh, itu restoran namanya restoran seat available upstairs lah..." haha...
JUST NIS
patutnya tu untuk peserta kursus. bukan penilai maupun fasilitator.
AZANOV
takkan nak cakap takut kot? guna bahasa halus la sikit! kang silap-silap orang lain yang takut! huhuhu...tok tok tok..dia ketuk dinding aku seh!
BANG DBI
ada sorang panel cakap, "ingat kitorang hadap sangat nak makan kueh". bajet ciput pun, jangan la tulis camtuh! common sense la bang...
ALLY
memang lawa nama kuih tu...sesuai untuk semua bentuk dan saiz
BANG SHIDI
kenangan apa kat INTURA? main congkak ek? teeeeettttt....
ADI FAIZAL
hmm...memang tak leh lupa la! anyway, it has been a pleasure to know you! wink wink!
ORANG RAWA
pasni rasanya dah takde signage tuh! pasal kena carut dengan fasi & penilai kan!
ANGAH
awat tak kenai lak! bukan jiran hang kat opis ka? hai peng? isk....nak sampai salam kat orang cina cmane ek?
AISHAH
signage ni memainkan peranan gak, tapi biarlah berpada dak?
"Bukan takat nak jadi cabin crew je kena grooming!"
Ex-Cabin Crew Kah? hehehe..... hanya johari mengenal maniam
DATUK K(H
Ya...johari saja mengenal maniam
cabin crew? apakah? cabin crew bas INTAN kah? donat? kerepek? lalalalala.....
alaaaa... belum pegi dah ade cite2 seram, ni yg malas nih... ish ish
save bajet, sorang 1 kuih!
so pasni sape yg menginap di INTURA.. jgn luper... jgn pandang pintu sebelah... hahahaha...
kuih sorang satu nama baru yang cantik ,huh mungkin nak jimat kot kursus gov pon kemut gak ke
CHEN
save tu betul la....mungkin jugak dia taknak orang membazir. amek banyak banyak pastu buang. tak pun dia nak tapau! hahahahah
KAMA
kena pandang kiri kanan....
ala dia gurau2 manja je!
AZAM RASHID
sebenarnya takde istilah minum pagi dalam gomen ni! kira dia bagi tu ok dah laaa
syukur!
Alah Fendi...abang lambat lah bukak blog nih... tak perasan pulak yg Fendi ke SP... tapi takper lah... so mana lagi nak pegi lepas nih??
hengatkan kat IKWAS je depa letak signage cenggitu...INTURA pun sama ek ?
kemutnya .. kuih sorang satu ... tak konyang laa pendek gemok tuh ..
bukan barney tau !!
:D
"Ehm...bukan aku yang gemuk pendek tu! Aku dulu, langsing mangsing! Lately je yang jadi macam Barney balik."
Barney pun Barney lah...makin sihat la hang nampaknya...
Ttg keperluan grooming masa PAC, I couldn't agree more (entah kenapa utk sekelian kalinya sebut pun, tergeliat lidah aku dibuatnya..adehh..). For guys, tak perlulah sampai tahap nk jadi metrosexual. cukup sekadar kemas head to toe, yang penting rambut mesti lenyek sikit hair cream atau gel. itu belum cerita part bau badan masing2, silap2 bleh pengsan ayam sebelah rumah...
sapa nak jadi fasi pac kat riyadh? angkat tangan... huhuhu
banyak leh claim wooo...
(ayat2 jeles takleh join pac)
Eh aku pun dah macam Barney jugak la sekarang ni...
hadoi la kuih baru rupanya...besaq sungguh nama dia..adakah seenak tulisan yang sebesar itu?lol
BERUANG MADU
tu dah update cerita...bole la g melawat sana lak!
DINA
laaa..kat IKWAS pun ada ke?
LILY LULU
kalau bukan Barney apa ek?
SHAZALI
cerita PAC nanti aku tabah lagi naaa...at the moment, belek cerita ke cherating dulu
PERANTAU AZRAL
bukan kat riyadh tu lagi tebal ke duit? takat 700 ni apa la sangat!
SHAH
ye ke? kena tengok live la camni! sure barney? bukan disney on ice?
LANNY
heh....biasa laa! rasanya sangat sedap! ada rasa manis, ada rasa pedas...macam macam ada!
Post a Comment