Adapun hari ni Fendiosman dah pun masuk fasa hari-hari terakhir di pejabat sedia ada di Putrajaya. Rasa sedih nak tinggalkan pejabat tu memang ada, tapi daripada Fendiosman pikirkan hal orang, baik Fendiosman pikirkan hal diri sendiri. Buat apa nak bersakit sebab orang? Kan?
Tapi tu la kan, kalau selama ni hari-hari boleh keluar rumah pukul 7.45 pagi, lepas ni kena keluar rumah pukul 6.30 pagi. Lewat keluar, alamatnya lewatlah sampai ke pejabat. Mana ke mana destinasi sebenarnya?
Kalau ikut kata kawan Fendiosman yang sama-sama bertukar keluar dari KKM ni, gamaknye nanti jadi Pembaca Berita la kot, abis tinggi jadi Weatherman, tak pun jadi Pembaca Intisari Rancangan. Almaklumlah dah berkahwin dengan kementerian lain. Hai..ntahla, nampaknya minggu depan terapung-apung la dulu kat Bilik Mesyuarat sementara menunggu butiran perjawatan yang baru dari JPA.
Since dah bergabung ni, office tu rasa macam scattered kat sana sini, ada kat Maju Junction, ada kat Tun Razak, ada kat Bangunan MAS Sultan Ismail, ada kat Angkasapuri, ada kat Dato' Onn Bukit Perdana, ada pulak kat PJ, dan ada kat Bangunan Sultan Abdul Samad. Pening sungguh la rasanya. Tah mana la ya.....?
Ehm...minggu lepas Fendiosman terpaksa stop blogging untuk seketika pasal fikiran terganggu gara-gara dicampak ke satu tempat yang akan mengstresskan keadaan diri Fendiosman. Lalu, dengan rayuan yang dibuat, Fendiosman diletakkan ke tempat ni. Bayangkan, dapat je surat posting ke tempat mula-mula tu, terus je demam on the very next day! Penangan terkejut katanya. Walaupun......
Apa pun, looking forward to work in a new place, new surrounding. Tapi malasnya sebab kena bangun awal gila untuk berkejaran ke KL. I'll see how I survive, kalau tak larat nampaknya kena pindah la dari negeri Kajang tu. Huahuahua...
8 comments:
..wah..dpt tuka giteww...kalu tak..mesti ko stress..
..gd luck anyway kat ministry baru..
camne ni nyeh...? dah gabung dgn kementerian penerangan..... haruslah ko amek mek jadik pembaca berita rtm1 pukul 6 petang. hahaha.. Nok, angkasapuri pakai peg.kebudayaan tak? Tibe jegh.. maklumle dah gabung, ala2 caca-marba le sikit...ye tak? :P
congrats sbb rayuan diterima. i think the new place is just the right place for you.
Tahniah....dapat jugak ke tempat yang diimpikan........
congrats en tayo. susah lah lepas ni nak berkotak ijau lagi. dah jauh. anyways..gud luck di tempat baru yeh!
open table.. he2..
alhamdulillah (walau dh terlambat, tp aku tau awal, kannnn???)
semoga pencarian rejeki di tempat baru mendapat berkat dan kekawan juga tidak dilupakan...
opis baru kat mana ?
which part of kl encik fendi osman ?
rasanya cam jauhhh sangat tau kl kajang tu
dah la dengan jammed pagi nya sume
meh la pindah kl
dekat skit nak berhibur
hehehe
:D
Post a Comment