Bola cat? Apakah? Ehmm...adapun Fendiosman haritu telah dipaksa oleh Bonda Phachat untuk menganggotai pasukan Bola Cat beliau yang bertanding untuk kejohanan Bola Cat PPTD 2009. Heh...hajat di hati memang taknak bertanding sebab Fendiosman sayangkan kulit yang halus mulus bagaikan kulit bayi ini. Takut lebam ditembak katanya. Tapi setelah memikirkan semangat kekitaan dan kerjasama (APA YANG PENTING? KERJASAMA....matila wonderpets), Fendiosman memberanikan diri untuk main bola cat bersama kawan-kawan. Konon berniat nak duduk bersimpuh di tepi kali je, sebab taknak ditembak dengan kejam. Tapi....lain pulak jadinya!
Hmmm, acara berlangsung pada hari Sabtu yang lalu di padang ASTAKA PJ, ala tempat Liga PaintBall Kebangsaan tu. Seawal jam 6.30 pagi (hari Sabtu yang biasanya Fendiosman akan crash down selepas solat subuh mengcover tidur yang tak berapa nak cukup. Jetlag katanya), dah Fendiosman bersiap-siap untuk menyertai acara itu. Jam 7 perjalanan pun bermula. Tiba di tempat kejadian jam 8. Tapi kuingatkan aku yang lewat, kaedahnya kawan-kawan seperjuangan laaaaagi lewat.
Selapas ngorok di pagi hari, taklimat pun bermula. Safety briefing katanya. This is your mask, to wear, insert it like this...yada yada yada dan diikuti dengan acara meregangkan badan. Badan tak berapa nak ringan dah, kena regang lebih sikit. Takut terkehel. Maklumlah, dah sezen kan!
Dah buat semua regang sampai kriuk kriuk, acara merancang strategi pasukan pulak dah. Selaku ketua kabilah yang berpengalaman, Incik Kerel menerangkan taktik operasi kepada kami yang tak berapa nak pandai ni (tapi sebab Fendiosman ni ala2 tentera kan, kejap je dah amek feel! Matila bongkak!). Sila abaikan bontot Fendiosman yang selambak itu ye, sebab Fendiosman memang Seri Ponggong...jadi aset di belakang tu memang tak dapat dibendung kelambakannya. Maafkan Fendiosman ye! Hesssss......
Haaa..ni la alatan keselamatan waktu main bola cat. Lindungi muka anda dari peluru yang mungkin membutakan mata. Tapi kalau pecah masuk mulut macam Kak Timah tu takpe la. Rasa kelat-kelat masin je! Mo Far Kor katanya...
Ada 7 pasukan yang bertanding. Team Fendiosman namanya team ADA AKU KESAH? 4 perlawanan secara liga sebelum menentukan 4 team teratas untuk ke semi final. Gambar kat atas ni bukanlah Fendiosman tapi salah seorang pemain yang terer. Siap kelengkapan tebal semua. Fendiosman takat pakai baju selapis dan seluar trek sajor. Game pertama, kantoi. Siap kena tembak kat dada walaupun dah angkat tangan sambil berjalan dengan longlai. Game kedua....Fendiosman nekad jadi rambo dan membuat serangan ala-ala Israel. Taknak bersimpuh di tepi kali lagi. Heh...berjaya membunuh mangsa dengan berdepan. Lari ke depan mangsa dan terus tembak bertubi-tubi tanpa rasa kasihan. Ada kau berani?
Tapi rejeki takde la menyebelahi team Fendiosman yang sangat amatur ini. Tapi sekurang-kurangnya takde la corot sekali walaupun tak masuk semifinal. Jika nak dibandingkan dengan pasukan yang mempunyai ahli berbadan ala-ala body builder, pastu berpakaian ala2 rambo, tapi awal-awal dah kena tembak! Kau ado?
Hmmm...selesai acara, dapat la hadiah hamper sebijik. Nak medal-medal, tak layak. Tapi Fendiosman pernah dah dapat medal PPTD ni, ala ingat tak waktu Fendiosman gi menembak kat Melaka dulu. Hehehe......apa pun, memang seronot bila bermain bersama kawan-kawan seperti ni. Untuk PPTD, buat la slalu aktiviti camni. Boleh gak redakan stress kat pejabat. Perhaps kalau tiap-tiap tahun laaagi best. Congrats to organizer sebab berjaya buat event camni.P.S.:- GAMBAR ADALAH IHSAN DARI FACEBOOK INCIK KEREL SUAMI KEPADA RAJA SYITOT SELAKU PENGURUS PASUKAN YANG TAK MUNCUL SEWAKTU PERTANDINGAN. MENYUSUKAN ANAK BARANGKALI?
9 comments:
best main paint ball ni
Wahahaha, gelak guling2 aku bila teringat kes ko nak duduk bersimpuh di belakang sekali. Last2 darah MINDEF menerpa lalu menyebabkan ko saja di antara kita yang mampu ke seberang kem lawan untuk sambar bendera! (walau x dpt bwk balik, pegang sajor dah ada markah, kaaannnn??)
Anyway, good job to all of us yg ala2 sizen nih... APA YANG PENTING?? sila jawab sendiri. Ada aku kisah ko nak jawab hape pon???
*Mmg manager ni mengelat, dan-dan tu anak lapar la, bengkak susu la... sanggup dia biarkan kita terkontang2 tanpa manager? Huh, tak patut, tak patut....
ahahaha...
aku penah main game ni...
sakit woo kena tembak
ade lebamke?
hehehehe
wah, saya terlepas tembak cat di PJ kerana tembak cat saya di Port Dickson!!! mintak2 ada lagi lain kali. :)
wah wah wahhh
main bola cat pulak
syioknya !!
fendi osman nampak bergaya di situ
:D
hehe.. tima kasih atas sokongan padu kalian. insya allah ada kesempatan, bleh join lg! :)
sebOk ka kak nitaaaa????
oopppssssssssss~
Saudari Pachat,
Apa jadi dengan jemputan kepada saya?? Saya pun berpengalaman seperti Saudara Kerill..hehehe
Nway, main paintball memang best. Bila abih main baru sedor badan lebam-lebam..
En Swot,
saya telah tersilap anggaran (tu la, gila koser. akulah manager, aku la pemain) berkenaan jumlah jantina pemain. Saya sangka yang wajib adalah 3 wanita+2 lelaki, tetapi rupe2nya hanya wajib 2 wanita sahajor. Maka saudari Fatimahwati yg nk jd sida-sida mejelis kawen orang jugak yg sy paksa berkhidmat! Tak mengapalah, sekiranya ada lagi permainan berbentuk sebegini kelak, nama saudara yg akan saya senarai pendekkan terlebih dahulu!!1
Post a Comment