Monday, April 27, 2009

New Office, New Surrounding


Pertama sekali, Fendiosman memohon maaf sebab lama sangat tak update blog ni. Di tempat baru ni masih lagi kelam kabut. Baru je masuk betul-betul ke pejabat yang sebenar setelah terapung-apung selama seminggu di Menara TH Maju Junction tu. Ditambah pulak dengan lappie Fendiosman yang buat perangai sampai kena hantar masuk wad, gara-gara processor yang rosak (mujur ada warranty).

So, here I am, at my new office! Tapi di manakah? Pejabat apakah? Bangunan apakah? Err...kata kawan-kawan Fendiosman, tak dapat kerja ngan MAS pun takpe, dapat jejak ke bekas bangunan MAS kira jadi laaa. Motif nak menyindir aku kan? Tapi ni dia la bangunan pejabat baru Fendiosman. Bangunannye dah tak baru, cumanya bagi Fendiosman, memang sungguh baru! Haha...ala2 melati desa datang ke kota mencari sesuap nasi katanya!

Adapun waktu melangkah masuk ke Bangunan MAS ni, rasa macam deserted gila. Tapi masuk je ke tempat melapor diri, baru la jumpa manusia yang ramai. Bila melangkah masuk je, dengan beg laptop harus orang ingat aku salesman datang menjual produk di pagi hari kan?

"ABANG CARI APA?"

Sambil tersenyum, aku hulurkan je surat penempatan. Serta merta layanan berbeza. Tapi ada jugak sorang tu muka bzzzrek versi tin kosong kena gelek dengan steamroll bertanya,

"AWAK SIAPA?"

Apa lagi, Fendiosman buat aksi libasan rambut Mak Lampir la...

"SAYA PEGAWAI GRED 48 YANG BARU KAT SINI"

Tudiaaahhhhhh.......bukan Fendiosman nak kekwat, tapi sebab kasar sangat kena sergah! Mrasa la kan kena libas sedas. Nasib la bukan staf Fendiosman. Hiks....

This is my room. Brown and yellow in color. Tapi kerusi tu terang sangat! Apa pun terima je la. My designation, kalau ikut struktur yang Fendiosman tengok, dah nama PENGARAH? Aiks.....DEWA DEWI punya level ni. Berat sangat nama jawatan, tapi Fendiosman dapat rasakan aura keberatan kerja yang bakal ditanggung sebab Fendiosman bakal mengetuai 3 bahagian kecil, yakni Pengurusan, Perkhidmatan & Latihan serta Kewangan. Core business PTD katanya! Since dah nak duduk kat gred 48 ni untuk tempoh yang lama, Fendiosman rasa this is where I can equip myself with knowledges pasal admin and finance supaya bila nak ke jawatan yang lebih tinggi, I have enough knowledge and can be posted to anywhere.

Heh...lupa pulak nak cakap nama tempat eh! Bunga-bunga daisy la pulak temanya kan. So, here I am, di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Mula-mula masuk servis di Takhta Bukit Besi, then ke Putrajaya. Now, takde la takhta-takhta bagai! Tapi, kira tinggi la jugak ofisnye.....Korang mampu ke dapat view office macam office aku? Hahahaha

Haaa..ni dia pemandangan yang diambil dari tempat duduk Fendiosman yang mengadap tingkap ittewww. So far, first impression, tempat lebih kurang macam level 10 E7 jugak, sunyi sepi. Friendly staffs (mungkin sebab aku bos diorang kot), and friendly superior (tapi aku dengar macam ada sesuatu je....mari kita menyiasat ye murid-murid).

Nanti kita update lagi dengan cerita-cerita baru, la ni Fendiosman dok membelek fail-fail untuk tau pergerakan dan aktiviti wing yang Fendiosman kena lead sekarang ni. Tak guna jadi bos tapi mengalami erectile disfunction! Kaaaaaaaan? Looking forward to serve here.....semoga dengan pemandangan indah yang ada di depan mata ni dapat menceriakan Fendiosman dan membantu untuk berkhidmat dengan cemerlang, gemilang dan temberang.......ehhh salah, terbilang laaa..

16 comments:

kapalkeras said...

hebat.. hebat..

dalam merendah diri kebongkakanmu terpancar dengan cemerlang. hahaha.

nanti aku balik mesia kejap bleh singgah opis barumu itu.

mungkin bleh mintak PA buatkan teh earl grey di petang hari?

amiechomel said...

wahhh indah nyer pemandangan from your room! teruskan kerja yg world class itu! good luck!

afzan said...

Wah...bestnya ofis baru ko....akhirnya dapat gak ministry ala2 kebudayaan yang ko suka kan??wishing you all the best ya!

Naz said...

Pemandangan drpd bilik ko tu tersangatlah priceless!!! Nanti nak gi opis ko lah, bleh ambik gambor Twin Towers itew.. :)

Unknown said...

wah... jika sedara khai mau earl grey tea, saya pon mau juga..

nice view from ur office.. semakin berkobar² la sedara kita di sana tu..

selamat berjuang! cayo cayo!!

sazali ahmad said...

Fulamak !! Office gomen kat Segi Tiga MAS ni beasr giler !!! TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! Tak buat kenduri jamu kawan2 makan sempena pindah office baru ke ?

phachat said...

Wahahaha,

Melati Desa dah tukaq jadi Cityboi gittew....

BTW, kenapa guna bunga daisy? Kurangkah bunga2 di Malaysia? Ce amek bunya tahi ayam, cantik juga bukan?

Adni Ariff said...

wohooo! jeles jeles... hehe.. tahniah jua skali lagi diucapkan! :)

(bila nak berkotak-kotak ni... huhuhu... :P )

swit@kon said...

tahniah la...saya jealous dengan kerusi itiew...

kotak jom masa khai balik??

mohd_hanapi said...

tahniah....

nishashburn said...

huhuu.... envy the view... emm takutnyer ngan pegawai 48 nih...

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah..
hebat2..

Anonymous said...

giler grand opis ko bang.. hina dina rasa nak dibandingkan dengan opis YuDeePeeYeay aku yg share 2 orang ni..

tahniah bro.. god bless!

Anonymous said...

Congrats.. salam kenal.. sebelum ni saya SR jer.. setahun sekali jer bagi comment.. dah lama tak melawat blog nih.. sekali dah ada kat KL.. Selamat menjalankan tugas!!

MOLY said...

ok bilik sangat luas
boleh main ping pong kat dalam tu
pemandangan sangat menarik
kalau hujan boleh tidur
:D

selamat bekerja !!!
jangan lupa shopping kat pavillion selalu

hihihi ~

Syiera said...

Tahniah!! I ni silent reader aje..well, all the best!! Nice view tuu..boleh tengok bunga api free bila National day or New Year..:) :D