Friday, April 17, 2009

My Last Day in KKM

Adapun hari ni, Jumaat 17 April 2009 menjadi hari terakhir untuk Fendiosman berada di Unit Dasar dan Penyelarasan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (yang petak merah tu la kedudukan ofis Fendiosman, nice view ohhh) setelah berada di sini untuk tempoh 2 tahun dan 5 bulan. Posting kedua selepas bersemayam di takhta Akademi Tentera Malaysia, Sungai Besi. Perasaan Fendiosman? Bercampur-campur sebenarnya. Di sini Fendiosman mendapat anggota sokongan yang sangat dedikasi. Senang diberi arahan, dan senang dibawa berbincang. Di peringkat pengurusan, Fendiosman mendapat bos yang sangat rileks, dan sangat cool. Kira kontra la dengan personaliti Fendiosman yang bising dan gila-gila ni. Bak kata CityGirl, Fendiosman ni Extrovert tapi pelik sebab boleh buat kerja orang Introvert. Mungkin tu kebolehan yang Fendiosman ada. Alhamdulillah, atas kurniaan yang Allah Taala kurniakan.

Farewell? Dah 2 kali farewell depa buat. Satu peringkat cawangan, satu peringkat unit. The most memorable one was in Kelab Tasik Putrajaya dengan anggota unit. Tetibe je dapat baju yang sangat cantik, (harus dipakai waktu hari pertama masuk ke tempat baru).

Hari ni, selesaikan apa-apa yang patut. Rekod cuti hantar ke personel, rekod latihan printkan, rekod itu rekod ini, dan juga serahkan mana-mana yang patut macam kad ungu e-SPKB (mind me, Fendiosman walaupun di Unit Dasar, tapi tetap kena buat kerja unit lain seperti meluluskan bayaran, dan jugak memeriksa aset bahagian).

Kelmarin, hampir-hampir Fendiosman tak keluar dari KKM ni bila disenaraikan untuk menjadi SUSK kepada Timbalan Menteri yang baru. Tapi, rezeki tak berpihak kepada Fendiosman, mungkin Allah ada rancanganNya tersendiri, meletakkan Fendiosman di tempat yang sesuai buat Fendiosman. The interview with YBTMK went well, tapi dah bukan rezeki, orang lain yang dapat. Takpa..bahagian masing-masing. Kecewa? Tidak.....at least Fendiosman dah cuba sebaik mungkin. Bak kata kawan-kawan, no harm trying daripada terus menolak tawaran walaupun setakat hadir temuduga saja.

Hmm...pengalaman di DP BSM KKM ni macam-macam. Kehadiran Fendiosman di unit ni bermula selepas pegawai yang sepatutnya ada tu menghilangkan diri. Tak dapat dikesan. Dari situ, Fendiosman mula belajar macam-macam. Ya la kan, waktu bersemayam di takhta dulu memang semua orang buatkan. Sampai kat sini kena buat sendiri. Teringat kata-kata CityGirl pertama kali selepas Fendiosman menghantar tugasan yang diberikan;

"KAMU NI TAK RETI BUAT KERJA KE? BOS KAMU DULU TAK AJAR KE BUAT MACAM MANA?"

Dari kata-kata tu, Fendiosman belajar, dan terus belajar. Akhirnya berjaya la jugak menempatkan diri di mata CityGirl (kawan-kawan kata I am the next blue eye boy after the other one gara-gara selalu mendapat imuniti dari CityGirl), tapi Fendiosman anggap tu sebagai compliment dari CityGirl. Ada yang kata Fendiosman ni tak bersyukur sebab nak lari dari BSM walaupun menjadi kesayangan CityGirl, tapi Fendiosman adalah Fendiosman. Buat apa bersakit untuk orang lain? (Ni kata arwah Baba laaaa).

Kenapa nak keluar? Kerja di sini seronok, tapi ada la faktor persekitaran yang kurang memberangsangkan. Fendiosman rasa kat sini Fendiosman jadi tersekat. Ada hamba Allah yang suka potong jalan, yang menyekat buah fikiran Fendiosman gara-gara beliau terlalu patuh kepada peraturan, dan menjadikan peraturan itu susah sangat untuk difahami. Dan bila salah, tak dibawa berbincang, tapi terus dilaporkan ke CityGirl lalu menyebabkan Fendiosman diketuk seadanya. Orang kata bertahan, tapi Fendiosman rasa, buat apa berperang kalau dah tentu kita yang kalah? Buang masa dan tenaga je!

Apa pun, kerja di sini cukup memberikan pengalaman yang sangat bermakna. Fendiosman didrill untuk berfikir luar dari jangkauan fikiran biasa. Duduk di DP ni bagaikan think tank kepada Bahagian Sumber Manusia. Kerja yang dibuat, bukan kerja-kerja biasa yang berkaitan dengan servis, maupun pembangunan organisasi, tapi lebih menjurus kepada mengadakan benda yang tak pernah ada. Kotak fikiran ni memang sentiasa kena ligat berfikir. Nampak mudah, tapi untuk menjalinkan buah fikiran tu menjadi anyaman yang cantik, idea yang bernas dan kreatif sangat diperlukan di samping kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan lontaran pendapat itu seperti makanan yang sedap untuk dimakan. Sounds interesting, but it has developed me as what I am today. Alhamdulillah. Fendiosman bersyukur sangat sebab CityGirl memberikan peluang yang sungguh bernilai buat Fendiosman.

Terus terang, Fendiosman sayangkan tempat kerja ni. Tapi, orang kata kalau sayang tinggal-tinggalkan. Mungkin dari apa yang Fendiosman timba di sini dapat Fendiosman membawa perubahan yang baik di organisasi baru yang bakal Fendiosman terajui. Mudah-mudahan.

Hmm..nanti kita buat laporan dari tempat baru pulak ye!

Apa pun, BSM KKM sentiasa di hati Fendiosman. Slamat tinggal KKM.........ada rezeki Fendiosman kembali lagi di sini.




9 comments:

kapalkeras said...

Quote:
"Kotak fikiran ni memang sentiasa kena ligat berfikir. Nampak mudah, tapi untuk menjalinkan buah fikiran tu menjadi anyaman yang cantik, idea yang bernas dan kreatif sangat diperlukan di samping kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan lontaran pendapat itu seperti makanan yang sedap untuk dimakan."
Unquote

Indah susunan bahasa Fendiosman. Saya rasa lapar.

Unknown said...

keep in touch!!! all the best!!!!

jgn lupa melawat nanti

Ezri Shamsuddin said...

tahniah.. dan semoga di tempat baru meneruskan kecemerlangan yang ada..

phachat said...

Cari rejeki di mana2...


Hijrah itu pengorbanan.... Hijrah itu perjuangan...

nishashburn said...

selamat bertugas di tempat baru hari ini...

swit@kon said...

selamatlah Encik TAYO!!! semuanya..

Jijie Armidza said...

Tahniah Fendiosman....
Moga terus cemerlang..........

Unknown said...

Alalala..
fendi, fyi..
sy dlu keje dengan YBTKM.. masa tu dia da jadi mp la.. she's ok.. hurm.. xde rezki kan.. huhuh..
xpe.. tmpt baru mungkin akan menyerlahkan lagi kedivaan & keterroran fendiosman.. hahahah.. gud luck k.. chaiyoxxx..

MOLY said...

all the best fendi osman
kerja baru
suasana baru
boss baru
kawan kawan baru


jangan lupa pakai baju baru !!
:D