First few days, aktiviti menyelak fail demi fail dilakukan. Besides, Fendiosman turut mencadangkan beberapa perubahan yang Fendiosman rasakan perlu bagi memudahkan semua pihak untuk berurusan. Contohnya dengan memberi kod warna kepada Memo Bahagian. Nampak remeh, tapi akan membawa perubahan yang signifikan. Begitu juga penggunaan Sampul Kecil. Ni semua ada dalam Tatacara Pengurusan Pejabat yang ramai orang ingat ingat lupa kewujudan perkara tersebut.
Dan dalam first few days ini jugak Fendiosman terdedah kepada pengurusan acara. Walaupun tak terlibat secara langsung, tapi dapat la jugak mengenal cabang dunia yang satu ketika dulu menjadi makanan Fendiosman. Sejak bertugas menjawat jawatan berpangkal M bermula tahun 2004 yang lalu, Fendiosman dah macam lupakan semuanya. Tapi sejak minggu lalu, kembali ke keadaan lama.
Aktiviti pertama ditugaskan adalah untuk menghadiri Boh Cameronian Award sebagai wakil kepada Ketua Pengarah, dan Kementerian jugak. Majlis orang glamor kata kawan-kawan. Macam-macam perasaan ada. Nak overexcited tak boleh. Sebab pada masa yang sama Fendiosman kena jaga tatasusila sebagai Pegawai Awam. Well, the event went well except for a drunken Mat Saleh yang berbau hazab gara-gara terminum Heineken terlalu banyak tetibe naik ke pentas mengambil award. Terkedu kejap Fendiosman......Aktiviti kedua, ke sesi dialog NGO Seni Budaya bersama YB Menteri di Finas. Sekali lagi Fendiosman mempelajari selok belok event management yang dijalankan dalam keadaan ad-hoc. Kat sini pun sama, artis-artis ramai. Heh.....tapi Fendiosman pun artis gak, so...buat derk je la. Haha....apa pun Artis ni pun manusia. Perlu ke layan lebih2? Bila berak busuknya sama jugak. (No offence, but Fendiosman is talking bout the fact yang ramai orang tak berapa nak ingat)
Aktiviti ketiga, patutnya hadir ke Pelancaran Kuala Lumpur Sebagai Islamic Culture Capital, tapi Fendiosman pentingkan pemeriksaan kesihatan tu. Makanya.....cuti untuk mendapat pemeriksaan rutin setiap 3 bulan yang Fendiosman biasa buat selama ni. Sakit? Yaaaa....as u all may know, ada la sedikit masalah kesihatan yang Fendiosman alami. Tapi sejak berada kat sini, rasanya dah kurang sakit bahu sakit kepala semua. Mudah mudahan dapat la menenangkan kembali kepala otak ni. Amin....
Apa pun, Fendiosman looking forward to join activities planned! Tengok la berapa lama khidmat Fendiosman diperlukan. Heh.....
6 comments:
your new posting macam menarik! kepp it up Encik TAYO... :)
wah, gambar dekat tag nama tu bukan main happy lagi!
Wah, boh cameronian awards? i like... ada event2 yg boleh ajak org luar, jgn la lupe mengajak hamba ye? hamba pun minat gak2 perkara2 seni nih. hehe...
SWIT@KONnampak macam menarik tapi tanggungjawab yang kena pikul tu aaaaaaaaaaaaaaaaaaaamatlah besar.
KAK AMIEdalam gambar biar nampak ceria! tak gitu?
takde la orang kata muka bzzzrekk manjang!
NISHABURNnanti kalo ada event2 tu gue impomkan kat sini sajork!
pergh calon KSU nih.. kena gosok lebih nih..
Kuciwa aku bila kao x dapat join program ke-3 ittiew. Islamophobickah?
Larikkkkkk....
Post a Comment