Friday, May 15, 2009

Harga Sekotak Ubat

Murid-murid sekelian, sila lihat bilangan pelanggan yang menunggu di sebuah klinik di HKL untuk mendapatkan rawatan di atas ni. Untuk makluman, waktu Fendiosman mengambil gambar ni, jam di dinding menunjukkan pukul 1.00 tengahari, hari JUMAAT. Sila perhatikan pelanggan yang menunggu rata-ratanya berkopiah, yang sudah pasti terlepas waktu solat JUMAAT (Nota : Fendiosman pun turut sama terlepas.....)
Adapun hari ni Fendiosman ke HKL untuk sesi temujanji susulan setiap 6 bulan bersama pakar Urologi di Hospital Kuala Lumpur. Sekarang ni Fendiosman dah di lain organisasi, makanya tak boleh nak libas pas Kementerian sesuka hati. Makanya, kita ikut prosedur biasa. Untuk makluman, klinik pakar ni menerima kes rujukan dari seluruh negara. Seingat Fendiosman, tadi Fendiosman terbaca sampul X-ray dari Temerloh, Melaka, dan rata-rata tempat lagi. Fendiosman dok membayangkan kesusahan mereka untuk mendapatkan rawatan, lebih-lebih lagi mereka ni kebanyakannya warga emas. Bangun awal pagi, tunggu pintu klinik buka, beratur ambik nombor giliran dan seterusnya tunggu bagaikan tunggul untuk mendapatkan rawatan.
Ruang di klinik Uro HKL ni sangatlah sempit dan tidak menyelesakan langsung. Kalau diperhatikan, ada pesakit yang menunggu di luar klinik sebelum dipanggil oleh doktor. Fendiosman pun turut serta seperti mereka. (Cumanya kehadiran Fendiosman ni sudah dimaklumkan kepada sahabat yang berkhidmat di HKL, jadi takde la proses menunggu di pintu dan beratur ambik nombor). Tapi, nombor yang Fendiosman dapat adalah pada giliran ke 35. Itu pada jam 9 pagi. Kalau makcik pakcik tu sah la dari seawal terbit matahari. Bayangkan ye murid-murid.

Setelah ambik nombor, (terkejut sebab dapat nombor besar!) Fendiosman bertanyakan anggaran untuk tempoh menunggu dan diberikan jawapan lebih kurang sejam oleh petugas kaunter. Sambil tersenyum, Fendiosman terdetik dalam hati;

"Koman-koman mesti 2 jam paling kurang"

Fendiosman dan sahabat-sahabat pergi bersarapan, jam 10.30 pagi Fendiosman kembali semula ke klinik tersebut dan dari urutan nombor, sudah pada giliran ke 25, dan dalam hati Fendiosman terdetik lagi;

"Agaknya kalau 10 patients ni sejam siap la kot"

Fendiosman terlupa mengenai pesakit warga emas berkerusi roda, penderma darah, kanak-kanak dan wanita mengandung yang akan diberikan keutamaan walaupun nombor mereka lebih besar dari giliran Fendiosman.

Penantian.............................

Saaaaaangat lama. 10.30 ke 11.30, 11.30 ke 12.30. Akhirnya nombor giliran Fendiosman dipanggil kurang lebih jam 12.40 tengahari. Dalam hati sekali lagi terdetik;

"Cmane aku nak gi solat Jumaat ni kang?"

Selesai berjumpa doktor, (sekali lagi Fendiosman diminta untuk ulangi prosedur yang sama sewaktu datang pada awal tahun lepas - ultrasound, renal profiling, FEME dan diberi ubat perisa air kelapa yang memudahkan Fendiosman untuk membuang air kecil); Fendiosman letih, setiap kali datang, doktor yang berbeza yang merawat. Dan dari laporan di dalam fail kesihatan, ulang prosedur sama, macam takde apa-apa yang berlaku. Temujanji 6 bulan sekali. Bayangkan, setiap kali datang, prosedur yang sama.

Nak ultrasound, kena booking jugak dulu, 2 months in advance. Agaknya kalau orang bersalin, dah abis pantang 40 hari baru dapat scan perut! Heh....
Dari bilik rawatan, Fendiosman ke kaunter Farmasi untuk mendapatkan ubat. Jam dah menunjukkan pukul 1 petang. Tunggu lagi.....ubat pulak. Tunggu dan tunggu dan tunggu.....dapatlah sekotak ubat untuk tempoh sebulan (lepas sebulan kena bawak preskripsi ni lagi untuk ambik ubat baru). Tudiaaahhhh 4 jam tercongok alih-alih ubat sekotak sebesar kotak tisu ni yang Fendiosman dapat. Waktu selesai dapat ubat, jam dah pukul 1.30 petang lebih kurang.

Hemmm...Fendiosman tak salahkah pihak hospital. Ramai sangat pesakit. Tapi cadangan Fendiosman untuk memantapkan sistem perkhidmatan kesihatan ni, eloklah pengurusan tengok semula suasana klinik Uro tu. Sesak sangat! Tak selesa. Ada Fendiosman terbaca papan cadangan projek menambah keluasan klinik tu. Alhamdulillah. Mungkin rintihan pesakit tu didengari. Dan, yang paling penting, Fendiosman nak kaji, awat la kena tunggu lama sangat sampai 4 5 jam. Tu giliran 35, ada orang sebelah Fendiosman giliran dia sampai 68. Agaknya pukul berapa la dia baru boleh masuk jumpa doktor kan?

Fendiosman pernah kerja di Kementerian itu...2 tahun lebih, jadi sedikit sebanyak Fendiosman tau la apa masalah yang dihadapi. Dan Fendiosman amat berharap agar perkara ni dapat diatasi sebaiknya.

Fendiosman tak kisah nak tunggu, tapi bayangkan warga emas yang datang dari jauh, tunggu bukan main lama, 4-5 jam barangkali, jumpa doktor 10 minit je. Tunggu ubat lagi....

Agaknya pasal tu la abang MAZIDUL but liputan dalam 360 minggu lepas kan?

5 comments:

swit@kon said...

semoga ada yang boleh diperbaiki. ahkon serik nak g klinik kesihatan p.u.t.r.a.j.a.y.a. boleh pengsan nak tunggu doc panggey

Unknown said...

lumrah apabila berkunjung ke Hospital Kjaan...

Mazidol? Dia tu yg nak masuk hospital.. hahaha

phachat said...

adakah dokter membaca sokkabar??

atau beliuu membuat perkara peribadi?

matila ko nk jd saravanan!!!

Rush Murad said...

hopsital swasta kat JB ni pun dah macam tu... bersesak2... dah tu mahal.... lamanya kena tunggu ekk? simpati pulak pada warga2 tua...

MOLY said...

klinik kerajaan kan
memang macam tu
nak buat mcm mana kan
:(