Wednesday, May 13, 2009

Doa Seorang Ibu

Alhamdulillah, kata orang doa Ibu tu memang biasanya termakbul. Jadi, betullah doa Mama Fendiosman selama ni yang meminta yang terbaik untuk Fendiosman. Adapun Fendiosman pada awalnya ditawarkan untuk jawatan yang agak glamer pada pandangan mata orang, tapi dengan berat hati walaupun Mama memberi restu untuk Fendiosman berkhidmat di tempat tersebut.

Kisahnya Fendiosman sudah pergi untuk lapor diri di Pejabat Menteri di Bangunan Sultan Abdul Samad pada hari Isnin, dan mengikut gambaran awal yang Fendiosman dapat, jawatan tersebut adalah untuk Setiausaha Sulit. Menurut pekeliling yang Fendiosman baca, Jawatan SUSu itu hanyalah ditawarkan untuk gred 41 melainkan untuk kes khas bila pegawai itu mengikut menteri dari gred 41 dan dinaikkan pangkat secara KUP. Fendiosman rasa yakin dengan pekeliling yang Fendiosman baca itu dan daripada apa yang Fendiosman faham, hanya jawatan SUSuK sahaja yang bersesuaian dengan Fendiosman sebab ia tak perlu meminjam jawatan dari jabatan lain.

Bila pinjam jawatan dari jabatan lain, gaji pun akan dibayar ikut kelayakan di jabatan tersebut dan bukannya gaji untuk pejabat menteri. Fendiosman semak la dengan pegawai yang menyandang jawatan itu sekarang, katanya lebih kurang begini;

"Takpe...dah Menteri nak...kena la ikut"

Ayat macam ni Fendiosman rasa kurang sesuai sikit digunakan sebab ada calon lain yang boleh dipertimbangkan untuk jawatan tu. Fendiosman taknak mempertaruhkan masa depan Fendiosman, Fendiosman bukan hanya nak bekerja dengan menteri untuk tempoh tertentu, tapi nak servis Fendiosman masih panjang. Buatnya tindakan Fendiosman curi post kat tempat lain tu ada orang yang sentap, mesti lepas Fendiosman lepaskan jawatan SUSu tu akan timbul masalah.

Orang kata Fendiosman bodoh sebab menolak tuah, tapi pada Fendiosman eloklah Fendiosman gembira di pejabat yang ada view KLCC ni. Banyak benda yang dapat Fendiosman belajar. (Baca: nak duduk gred 48 ni rasanya macam laaaaaama je nanti). Sebagai orang yang dah memegang jawatan gred tersebut, fikiran tu bukan boleh dibuat keputusan dengan melulu, tapi kena tengok keliling. Atas bawah kiri kanan tonggeng tegak, semua posisi kena tengok. Barulah keputusan tu dapat satu hasil yang precise.

Fendiosman ambil keputusan untuk kekal di kedudukan sekarang. Mungkin rezeki bukan di sana tapi ada hikmah yang paling baik, dari segi tuntutan masa. Kalau di sana, mungkin susah nak dapat peluang bersama Mama, di sini sekurang-kurangnya sebulan sekali dapat Fendiosman balik ke Sungai Petani menjengah Mama.

Daaann...yang paling penting, Fendiosman hepi dok JKKN! Tak gitu? Pejabat Menteri ke, JKKN ke....ada aku kisah?

Oh ya...sebelum terlupa;




Introducing my Ketua Pengarah.....heh....beliau bukan kaum M seperti Fendiosman, tapi beliau adalah seorang JUSA yang datang dari Skim Bakat dan Seni. Kalau dulu bos Fendiosman adalah Citygirl, yang ni errrr.........I rest my comment!

5 comments:

swit@kon said...

citygirl lawannya ??? kg girl ker *matilah*

huk tak jadi la ke Bangunan Sultan Abdul Samad eh? takpelah. senang nak deal...eh nak senam seni...bagi contact nombor

zyrin said...

hola bebeh,

apa2 pun, aku doakan kejayaan hang in all future endeavours, la.

;)

phachat said...

Aku agak sentaps ko ltk gambar beliuuuu ittiew... wakakaka....

Wynn Syarina Khalid said...

meh mak cemolot sket ngan dato'. dato' kekwat ngan staff dia jegh, ngan mak, dia cemolot okeh.... huhuhuhu...

Adi Osman said...

SWIT@KONtak jadi
sebab ciput sangat gajinye

errr......nombor?
bukan aritu ada simpan dalam sms ke?


ZYRINaku dah mula mengganas kat tempat ittewww

sabariahing myself!


PHACHATuols jangan sentap ye bonda...
saje je i promokan ketua pengarah iols...

errrrrr....kau mampu ke buat kening cam dia?

ada aku kesah?


WYNNngan mek pun dia tak kekwat!
sebab dia tau mek pun kekwat jugehhhh