Sunday, May 24, 2009

PMS ......apakah?

PMS? Sejak bila pulak Fendiosman ada sindrom seperti itu? Bertukar jantinakah? Datang bulankah? Apakah? Boleh tersengeh senget pulak sambil berPMS ye? Hiks...

Adapun Fendiosman telah dipersilakan oleh Madamme Eyebrow untuk sama-sama hadir ke majlis yang merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh tempat Fendiosman bekerja. Kalau last week sampai terlelap Fendiosman melayan Bangsawan di Panggung Bandaraya gara-gara bahasa yang klasik digunakan, kali ni diarahkan untuk turun padang untuk memeriahkan aktiviti PMS yang dijalankan di nuuuuuun jauh di Parlimen Jelebu, dan lebih tepat lagi di Sungai Buloh, Simpang Durian. Jaraknya kurang lebih 130 KM dari Bandar Kajang. Jalannya berliku-liku menempuhi Banjaran Titiwangsa untuk ke Kuala Klawang. Dan macam biasa, akan ada acara berhenti tepi jalan untuk membuang isi perut sebab Fendiosman tak tahan membawa kereta di jalan yang macam ular dipalu. Anyway, forget about the long driving part. We proceed to the activity part.


PMS, atau Program Merakyatkan Seni Budaya adalah satu program untuk memupuk semangat cintakan seni dan budaya di kalangan rakyat lebih-lebih lagi di peringkat akar umbi. Harus diingat, seni itu bukanlah jenis tertonggek-tonggek di atas pentas seperti Fendiosman satu ketika dahulu saja ya, tapi macam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat. Contohnya aktiviti PMS kali ni, aktivitinya adalah Mengemping. Apakah?


Pokok padi? Bobohizan memuja semangatkah? Murid-murid sekelian, dari padi ni nanti akan jadi makanan yang paaaaaaling sedap. Bukan nasik ye, tapi emping. Orang putih kata flakes. Cornflakes = emping jagung. Ni riceflakes la pulok. This time, the Minister himself yang officiate.

Hmm...dah nama pun temasya kan, takkan la ada acara goreng emping je dak? Musti la ada sulam-sulam dengan acara lain. Adapun kisah mengemping ni berlaku waktu musim menuai padi. Kat kawasan Jelebu ni, memang musimnya lah. Sementara menunggu acara mengemping mula, ada macam-macam lagi acara yang dibuat. Main gasing adaaaa....

Main congkak pun adaaaa. Pertandingan oooo....dan macam biasa bila dah ada pertandingan, ada la hadiahnya. Dan...bila dah turun ke akar umbi ni, hadiah hamper makanan sebesar gedabak cukup menjadi poooojaaaan hati.

Haaa..makcik ni menang saguhati pertandingan memasak ikan air tawar. Bayangkan, saguhati pun dah dapat besar tu! Besar hati depa.....sengeh sampai ke telinga.

Makcik-makcik ni pulak sabar menanti majlis bermula. Semua duduk bersila...takde kerusi-kerusi bagai. Nak bagi rasa suasana kampung laaa kononnya. Tapi serius, memang terasa. Teringat kenangan DPA dulu, dicampakkan ke kampung tengah-tengah Perak Tengah. Konon nak bagi Fendiosman menggelupur la kan, tapi depa taktau Fendiosman ni pun orang kampung.

Heh..ada jugak acara menangkap ikan keli guna tangan. Ye la, dah acara musim menuai, biasanya these are the activities done by kampung folks. Kat kampung Fendiosman di Kedah dulu pun camni gak.

Hmmm...meh kita tengok depa mengemping. Bila Menteri sudah sampai, mulalah acara mengemping ni. Padi dibasahkan, dan digoreng tanpa minyak sampailah ada padi yang mula meletup ala-ala popcorn. See...orang Melayu pun ada popcorn versi tersendiri tauuu!

Bila dah ada padi yang meletup, serta merta padi yang digoreng itu dimasukkan ke dalam lesung kaki. Mula pulak acara menumbuk. Waktu menumbuk tu ada pulak tukang cungkil sorang. Dah siap acara menumbuk, ada pulak sorang yang lain ambik padi tu, menampi pulak! Kata orang, dari awal menggoreng sampailah menampi, memang perlu bergotong royong. Apa yang penting adalah kerjasama. (*matila Wonderpets) Indahnya budaya Melayu ni memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Halusnya, seninya, indahnya, cuma orang sekarang ni susah sikit nak membudayakan diri. Lapuk katanya. I bet some of u memang taktau menatang emping ni kan?

Dalam bertemasya tu, ada jugak hiburan. Haa..yang ni Orang Asli yang bermastautin di daerah Jelebu dengan alat-alat muzik depa. Interesting!

Acara hari ni, duduk bersilo katanya! Tapi kalau tak mampu bersilo, bersimpuah macam ni pun boleh gak....sopan katanya. (*matila Malaysian Hospitality).

Dah Menteri turun padang, sudah pasti ada amanat dari beliau. Fendiosman kagum dengan beliau sebab bahasa yang digunakan amatlah tinggi. Pantun spontan, dan perkataan-perkataan klasik senang je keluar dari mulut. Ada kau pernah dengar perkataan HUBAYA? Seingat Fendiosman, dalam prosa klasik SPM je ditemui perkataan tu. Sebutir-sebutir Fendiosman dengar, nak tau perkataan apa yang Fendiosman boleh belajar. Gamaknya pasni kena la bawak Kamus Dewan ke mana-mana. Hiks.....(*matila DewanEja)

Makanya...dah abis berucap, makan time la kan. We were served with Teh 'O', accompanied with Ubi kayu rebus cicah gula enau dan kelapa parut , or sambal bilis. Sangat ala-ala kampung. Dan Fendiosman sangat suka suasana macam ni.

Err..tak sah la kalau takde emping di temasya mengemping. Sedap ooooooooooo.....digaul dengan kelapa dan gula enau. Rangup. Tapi tak sesuai untuk orang bergigi palsu bagaikan pemain hoki itu. (*matila Polident).

After all, it was a great experience for me. Walaupun cair mekap berjemur di bawah mentari terik, walaupun rentung, walaupun kaki lenguh, tapi sangat berbaloi dan berpuas hati bila didedahkan dengan acara-acara sebegini. Kat JKKN ni banyak sangat PMSnya. Nanti kalau Fendiosman berkesempatan ada acara PMS macam ni lagi, boleh la dihikayatkan untuk dibaca. Kaaaaaannn?

6 comments:

phachat said...

OK, lepas ni kalu ade lg upacara PMS sila angkut bonda skals, ye!!*lepas tengok 2 gambar terakhir di blogmu. Nyam2..

aku suke nama baru - akhak kening ittiew! Ko hengat senang beliau sculpt kening beliau mengikut pelipis keningnya? Hahahaha...

*sila betulkan iklan gigi pelesu tuh. POLIDENT ye, bukan mcm ko yg memandai2 tambah hurup a dan l ittiew... "lepas ni, saya pula yg bergelak bersama mereka" ~minarwan~

A.Y.U.N.I.E said...

hahahaa...aku setuju ngan ko pachat!!baru jer nak betulkan POLIDENT tu, tengok2 ko dah betulkan dulu...heheheh

Unknown said...

ur menteri tu memang tingggi bahasa dia.. dia bleh berpantun & bergurindam bagai w/out script pon.. sesuai la dia kat kementerian ini.. huhu

swit@kon said...

nanti jemput la i....i sker benda2 macam ni.

MOLY said...

kalau xtvt mcm ni mau hari2 pms pun x pe kan fendi osman ??

hehehe
:D

Anonymous said...

Sememangnya, saya tak tau apa itu emping.. yg pasti time baca cerita u nih... saya bayangkan cornflakes tu.. emping jugak kan
Cornflake = Emping Jagung

Anyway tq for the info.. seronok tengok activiti desa-desi nih..