Adapun sewaktu Fendiosman tengah memandu waktu petang tadi, Fendiosman terdengar satu petikan dari Pagi di SINAR mengenai ibu. Seorang pendengar yang merupakan seorang anak pungut, menyatakan betapa sedihnya beliau kerana tidak pernah mendapat belaian dari seorang ibu."Pasai apa mak buang saya kat tong sampah?"
Macam tu lah lebih kurang keluhan dari seorang anak, sambil menangis beliau bersuara. Hati Fendiosman tersentuh mendengar rintihan sebegitu. Tapi Fendiosman amat bersyukur kerana Fendiosman masih ada seorang Mama yang amat Fendiosman sayangi. Sekarang ni, hanya Mama saja tempat Fendiosman mengadu, walaupun tak sama seperti arwah Baba, tapi sekurang-kurangnya Fendiosman masih ada tempat untuk mengeluh kesah, mengadu nasib. Fendiosman taknak apa yang dah terjadi waktu Fendiosman nakal dulu berulang kembali. Pada Fendiosman, hari ini Fendiosman akan cuba sedaya upaya membalas budi dan kasih sayang yang Mama telah curah dan korbankan untuk membesarkan Fendiosman sehingga Fendiosman berada pada kedudukan sekarang.
Sekarang, serba serbi yang berlaku Fendiosman akan ceritakan pada Mama. Dari bab sakit, bab kerja, bab kehidupan dan macam-macam yang terjadi akan tetap Fendiosman kongsi dengan Mama.
Teringat kenangan Fendiosman mengalami kemalangan sewaktu jatuh ke dalam perigi, tangki pembentung najis di rumah Mak Ndak, Fendiosman luka, Mama menangis tengok nasib anaknya yang seorang ni berlumuran dengan urea. Busuknya Allah saja yang tau, tapi Mama tetap bersihkan badan Fendiosman, cuci luka Fendiosman, bawa Fendiosman ke klinik.
Dan turut Fendiosman kenangkan betapa tabahnya Mama menghadapi saat terakhir bersama Baba, dalam bersendirian Mama uruskan jenazah Baba di Bumi Firaun, Mama pulang keseorangan, walaupun pada asalnya Mama pergi berdua. Mama tak menunjukkan rasa kesedihannya di hadapan anak-anak. Tapi Fendiosman faham dan tahu perasaan Mama. Sehingga sekarang, Fendiosman dapat merasakan kesedihan Mama sejak ketiadaan Baba, tapi Mama tak pernah tunjukkan apa yang Mama rasa. Mama seboleh-bolehnya mengelakkan diri untuk menangis di hadapan anak-anak.
Fendiosman tak boleh tengok Mama menangis. Kalau tengok Mama menangis, Fendiosman akan jadi serba salah, rasa macam Fendiosman yang bersalah. Kisah pagi Jumaat lalu sewaktu Fendiosman memberitahu perkhabaran mengenai tugas baru Fendiosman di tempat baru (selamat tinggal pemandangan KLCC) cukup menjadikan Fendiosman terkedu. Suara Mama menunjukkan rasa kurang selesa tatkala Fendiosman bercerita, nampak macam kurang setuju dengan apa yang terjadi. Fendiosman bungkam, kusut, dan terus berfikir sama ada untuk menerima atau tidak tempat baru yang bakal Fendiosman jejakkan kaki pada hari Isnin depan.
Kenapa? Keberkatan sesuatu pekerjaan yang kita lakukan sebenarnya datang dari keredhaan ibu bapa, dan dari keredhaan ibu bapa tu sebenarnya membuka jalan kepada keberkatan daripada Allah yang seterusnya menurunkan rezeki yang baik-baik buat kita.
Fendiosman khuatir tidak mendapat restu, serta-merta Fendiosman jadi celaru, dan terus berfikir dan berfikir. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Dan kotak fikiran Fendiosman mula bersuara, kerja, mana-mana pun boleh dapat, tapi Mama hanya seorang, tiada Mama kedua ataupun ketiga.
Apapun Mama, Fendiosman harap sangat keredhaan dan restu Mama untuk menjalankan tugas baru Fendiosman. Fendiosman janji Fendiosman akan luangkan masa yang sebaiknya untuk Mama walaupun tuntutan tugas itu kadang-kadang agak gila. Fendiosman janji takkan bagi Mama menangis dan bersedih lagi. Ini ikrar Fendiosman.
Mama.....Angah sayang Mama. Selama 29 tahun ni, banyak yang Mama korbankan dan tiada apa di dunia ini yang dapat membalas jasa yang telah Mama curahkan. SELAMAT HARI IBU Angah ucapkan untuk Mama.
Untuk pembaca semua, kenanglah setiap jasa ibu kita, kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ingatlah kisah Alqamah, gara-gara ibu yang kecik hati, beliau sukar menghadapi detik-detik sakaratul maut beliau. Kalau selama ini kita jarang mengambil berat perihal ibu kita, mungkin hari ini kita boleh mulakan lembaran baru kerana tanpa ibu, kita takkan bernyawa di dunia ini.
7 comments:
selamat hari ibu buat mama fendi osman
semoga dipanjangkan umur dan sihat sentiasa hendaknya
:)
Bertuah ibu fendiosman dapat anak macam fendiosman. Teruslah menghargai ibu, jadikan dia ibu yang paling bahagia di dunia & akhirat.
tersentuh juga bile membacanya...
p/s : tu ka sebab hang tensen banget smpi xleh inform kt aku aritu? it;s ok, i understand.. :)
sedih pulak bc entry kali ni..
Baiklah, sila buat entry lain. Keadaan telah menjadi reda. Kannn???
tak semua anak tahu menghargai ibu mereka..... semoga ada yg insaf...
aku dengaq juga sinar yang pasal mamat anak pungut tu ... hmmm
no comment
buat yang masih punya ibu, hargailah dia. aku, sampai kiamat pun takkan jumpa dah arwah ibu.
Post a Comment