Thursday, January 15, 2009

Another PTD Assessment Centre

Adapun sejak dua menjak ni riuh rendah di kalangan 334 clan mengenai PTD Assessment Centre yang akan diadakan untuk kami yang dilantik pada 20.12.2004 untuk tujuan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. (betul ke naik pangkat ni? Fendiosman percaya konsep rezeki. Kalau ada, syukur Alhamdulillah. Kalau takde, redha dan terima seadanya.).

Hah..sapa kata dah masuk servis tak kena pergi PAC lagi? Abis la buku-buku dibukak semula, dasar-dasar digali, fitness yang dah tak berapa nak fit macam zaman kadet dulu kenalah dibuat semula. Fendiosman percaya tujuan PAC ni diadakan bersesuaian dengan hasrat stakeholders untuk melahirkan pegawai yang kompeten dan berdayasaing di kalangan warga Perkhidmatan Awam. (*err....tiada niat untuk mengampu, Fendiosman tau, takkan ada markah lebih kat sini).

Surat-surat dah sampai untuk panggilan pertama pada 22-24 Januari di INTIM mula tiba di meja sebahagian 334 clan. Dengar-dengar khabar, ada 2 siri sebab satu pusat tak mampu untuk menampung 334 clan secara keseluruhannya sebab ada kursus-kursus lain anjuran INTAN yang sedang berlangsung pada masa yang sama. Kalau tak, memang acara mega reunion la kot! Ahh...bestnye bila teringat zaman dok kat DPA dulu. Walaupun terseksa, tapi syok sebab tak payah nak pikir masalah pejabat. Kaaaaaan?

Untuk kawan-kawan yang kena pergi berkampung kat INTIM tu, selamat berkampung la noh! Fendiosman dok tunggu siri 2 punya panggilan kat IKWAS khabarnya yang jangkaan langsung program itu pada 29-31 Januari. Tudiahh, dah mula aksi heretan beg Fendiosman untuk tahun ni. Macam biasalah, kalau bermalam kat luar, one trolley bag, one garment carrier......memang menjadi barang wajib Fendiosman bawak, sampai orang sebelah rumah pun speku tanye Fendiosman ni kerja apa!

Tapi semua orang tertanya-tanya apakah yang nak diassesskan? Langsung takde gambaran maupun bayang-bayang pelaksanaan program. Almaklumlah kami ni semua menjadi babiguinea (direct translation katanya) untuk siri pertama dan akan diikuti oleh lain lain clan selepas clan 334 ini.

Adakah grooming yang menjadi taruhan? Adakah poise and charm yang diperhatikan? Makanya kena la Fendiosman buat refresher semula macam waktu training dulu. Apapun, Fendiosman rasa akhlak dan peribadi seseorang tu memang akan diperhatikan macam program-program yang dilaksanakan untuk ambilan M41 dulu. Tapi, of course dalam sesuatu pekerjaan tu, janganlah kita jadi hipo...(bukan badak nooohhh). Be yourselves...

Dalam masa yang singkat ni, memang la kena prepare segalanya. Dah nak naik pangkat, kena la ada ciri-ciri yang dikehendaki tu. Walaupun absurd, tapi tidak dapat tidak memang kena bersedia. Kalau tak, kompem la jadi bahan kutukan dan carutan.

Towards the end of the session, katanya ada pulak interbiu. Nerbes neh. Interbiu apa pulak tatau? Takpalah, whatever it is, nak atau tidak kena la harungi semua tu. Ala, 6 bulan DPA rileks je, takkan la interbiu kali ni nak buat haru lak?

Err, since I'm going to be assessed, I think there will be a session which will be conducted in English. Well well well, here we go, to speak in English with friends in the office. Not saying that I'm good, tapi boleh la kot. To uplift image katanya! (JPA SHOULD UPLIFT THE BAN ON THIS - ish....ayat sapa ni tatau? IT'S OK, I'M LISTEN katanya). I suppose those panels are very wise in assessing us. And really looking forward to attend the PAC Session.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku. Kurniakanlah kami rezeki yang terbaik supaya kami dapat menjalankan kerja dengan gembira dan ceria seterusnya menyumbang kebaikan kepada negara yang kami cintai ini. Amin....

To my 334 clan, all the best! Nanti kita jumpa kat PAC ye....

20 comments:

zyrin said...

selamat berjaya, enche fendi!

of course, saya juga terdengar2 ayat2 UPLIFT the ban. I'M LISTEN also to the ideas & comments from the members OF THE FLOORS.

matilah tak concentrate, kannn... buat kerja lebih masa jadi cikgu grammar, katanya...

kapalkeras said...

pasal nak kena naik cepat la niehhhhh..

ye ke?

adifaizal said...

ko agak JPA ada pakai fasi tak? Anyway all the best sbb aku rasa ko tak nerbes pun sbb dah biasa proses PAC ni, it just the matter of choosing the right person for the right job at the right time. dak gitu??????

swit@kon said...

semoga berjaya! saya doakan en TAYO sukses! kalau dah ok nanti bleh open table kalaoke plak. tunggu en chennai balik!

Adi Osman said...

ZYRIN

aku rasa ahlul2 grammar macam kita ni memang akan menunggu masa terkeluar perkataan seumpama I'm listen ittewwww....

Nak nak bila aksi over bee-yatch seperti semalam, sah la orang akan cari lubang-lubang untuk bergelak ketawa katanya.

You're listen also? She's listen too remember.....


KHAIRABDULLAH

ye.

itulah tujuan sebenar acara ini dijalankan.

kami yang telah dilantik berkhidmat ni memang menurut perintah seperti yang diarahkan.

kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. (*Matila memo antara bahagian....)


ADIFAIZAL

tu kau kene calling2 si Mior tanyekan perkara sebenar. waaahhh..teringin mau jadik fasi kami kah? aku rasa silap aribulan kau yang kena taruh dengan budak-budak ni!

insya allah aku akan tidak menerbeskan diri. tapi since interview tu dia buat individual, makanya akan terpaksalah aku membuat persediaan rapi.

Adi Osman said...

SWIT@KON

ye...
mekaseh

Insya Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk sesi PAC kali ini.

nishashburn said...

incik fendiosman, gudlaks lah yer? dengar cite it's PAC and PTK combined... tapi apakah pengisian program itu tak pasti la plak... terima kasih kerana menjadi guinea pig bagi batch2 lain... jasa mu dihargai =)

X-weatherman said...

Hehehe..3 hari punya keja ni pun ko tulih dalam blog??

Takpa-takpa..nway, jumpa di IKHWAS nohh...

P/S: Aku tatau jalan nak pi IKHWAS.

masmera said...

gosh i'm nerbes..

Jijie Armidza said...

Amin.....

See u there.......

phachat said...

hmmm.... persediaan lahir batin katanya....

Adi Osman said...

NISHABURN

nanti kita tengok apakah yang akan diisi dalam laporan kehadiran Fendiosman sikit masa lagi.

hmmm...susah gak jadi babiguinea ni. teraba-raba mencari arah katanya. (tetibe feeling dok dalam rumah asap modul bomba DPA)


WADI

laaaaa...taktau jalan ka?

Lebuhraya PLUS, amek exit Ayer Hitam. Lepas tol ada traffic light, turn to your right. kendian...terus je menghala ke kluang. Anda akan nampak INTAN di sebelah kanan selepas bangunan persekutuan kluang itu.

senang je....


RAFIZA

nerbes pasai apa tatau?


KARAD

sama sama la kita doa eh!
aminnnn


PHACHAT

lahir batin?
wahhh
macam kursus kahwin la pullak...

m|ss angger|k said...

TEAMWORKL 334! TEAMWORK! ada sape2 nak volunteer jd tok/mak sidang skrg? hahaha... masa interbiu nak teamwork dgn sapa tatauuuu...

mohd_hanapi said...

bagi yang sesi kedua takpa ar... abis tu yang sesi pertama nie...? lagi haru....

Adi Osman said...

MIMOT

mai kita pakat teamwork dengan panel interview mau?

hahhahhaha

nak baca apa eh?
GO? PKPA?


HANAPI

nanti kita teamwork la eh? korang bocorkan la maklumat itu kat kami ni!

LavenderGal08 said...

TQ 4 d wish..
Kalu tak, aku join korang kat IKWAS but aku terpaksa lak buat rayuan tuka gi INTIM coz 25hb tu aku dh start hanimun..apa2 pun yg penting '2/2004 togetherness'. Nanti kalu aku sempat..b4 aku depart ke italy, aku bagitau ko intipati nyer..

ITALY n AUSTRIA..here i come...

Angah said...

I'm so nervous..

will be on the last to bus tomorrow night to Kuantan

By car to Kemaman early Thurday morning..

latihan cakap omputih katanya hahaha

Adi Osman said...

KAK ETON

tudiahhh
sakan pi hanimun sampai austria nun! hmm....doa kite semoga kak eton cepat-cepat dapat baby....konsentrasi waktu hanimun amatlah perlu untuk mendapatkan baby hanimun. kaaaaaannnn?

intipati itu sangat diperlukan untuk menjana kemajuan sarwajagat. go 334!


ANGAH

naik bas noh?
awat tak terbang je?

MOLY said...

wahhhhhh ....
menjadi askar
gagahnya !!!

:D

Nafastari said...

Slamat berjaya!