Tuesday, January 20, 2009

Surat PAC Dah Sampai

Adapun semalam seharian Fendiosman menunggu surat panggilan untuk pergi ke PAC. Resah gelisah menunggu sebab berdasarkan pengalaman minggu sebelum ni, surat keluar hari Isnin. Ye la kan, bukan kalut pasai apa, tapi nak mengisi borang bertugas luar kawasan, nak dapatkan clerance bos. Bukan boleh main terjah keluar sesuka hati. Buatnya jadi apa-apa tengah jalan, tak boleh clain ex-gratia. Jadi murid-murid sekelian, untuk keluar dari pejabat, sila dapatkan pengesahan kebenaran dari bos dulu ye!

Dah jam 5 petang, Fendiosman meringankan jari menelefon orang yang mengeluarkan surat tu di JPA, bertanyakan mengenai perkara ni. Katanya, surat dah Fax. Jadi....Fendiosman pun telefon pulak kat tingkat 9, pegawai yang jaga PTD ni kata baaaaaru sangat sampai.

Hangat dari oven lagi. Heh...makanya teruslah Fendiosman berkawad ala-ala diva tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ye la kan, borang bertugas dah siap isi. Nak mintak bos sign. Alhamdulillah dah sign semalam. Hari ni bos tak masuk sebab ibunye ada di hospital. Tudiaaahhh.....gigih nohh!

Haa...dalam surat tu tertera la nama peserta dari KKM ni. Sederet sekampung berdua belas orang. Makanya berdedai-dedai la kami nanti ke tempat langsungnye PAC itu. Tarikh lapor diri 29 haribulan 8.30 pagi.

Hmmm...nak terbang? Kena turun kat JB. Nak drive? Penat ahhhhh.....kemaruk CNY katanya! Nak naik keretapi? Mrasa la kena tido kat Kluang Station yang glamer tu! Sesambil minum kopi dan roti bakar di pagi hari. Woooohhh....niat sudah terpesong eh? Tu belum kira trip ke kedai pinggan mangkuk lagik!

Since ramai yang taktau jalan ke IKWAS tu...(Kawan-kawan..IKWAS ye, bukan IKHWAS, korang ingat dia adik beradik IKHWAN ke yang nak diletakkan jadi IKHWAS tu? Nomenklatur biar betul ye!), haaa here is the map to IKWAS. Zaman MENUNGGUL bila masuk servis dulu, kami tak diajar ke IKWAS ni memandangkan kami lapor diri kat Kiara dan beramai.-ramai board the bus to IKWAS. Jadinye, ramailah yang bakal teraba-raba untuk ke IKWAS nanti. Fendiosman takde masalah, sebab berkali-kali dah memandu ke sana untuk Fasilitator PAC tu. Alaaa...posting kontroversi tu, I bet some of you memang ada baca. Katanya Fendiosman menggunakan kata-kata kesat dalam blog. PUNGKOK tu kesat la pulak. Maaf la noh, Fendiosman orang Kedah, kasaq sikit!

Well...apa pun, macam dalam posting sebelum ni, ada jugak la anxiety feelings tu, tapi kira lumrah la kan. Sedangkan artis pun nerbes nak buat show, ni pulak cek yang separa artis ni. Hehehe. Dengan nak buat rambut croissant lagik, dengan nak grooming lagik, dengan nak membaca lagik. Tapi macam Fendiosman carutkan budak-budak ni la sebelum ni, dah nerbes tu takkan la tak reti-reti nak buat preperesyen dak?

So far, just a little bit of reading. A little bit of watching news, a little bit of mental preparation. What to expect? Dalam surat tulis kata suruh bawak baju sukan, bawak laptop. Itu sahaje. Jadual penuh aktivitas tak pulak dibagi. Ari last tu pun tak dibagi waktu tamat program. Kesian budak2 yang datang menggunakan jalan udara.

This weekend off to utara, after weekend, off to selatan. Tudiaaaa....Daaari Perlis....(eh, awat Perlis? Bukan Fendiosman orang Sungai Petani ka?) ....sila speku ye?

18 comments:

Unknown said...

perlukan kopi kluang (cap televisyen lama) utk kick start hari anda? marilah ke aras 9, cek banyak kopi kluang utk ditawarkan dlm bentuk sachet...

btw, gud luck utk PAC..

phachat said...

err...


aku x jumpa motif gambar no 1 ittew. sama seperti aku x jumpa motif jamal nyanyi lagu gadis melayu mlm AJL aritu. pape pon, meh aku speku berkenaan gambar di atas:

1. sami tu gatal?
2. nenek tuh jumpa selempang tu merata dan pakai tanpa berpikir?
3. mereka sebenarnya suami isteri yg dh lama x berjumpa?

A.Y.U.N.I.E said...

ok gak ler lau g IKWAS..lau ke INTIM..
waa...sampai hujung bulan nie, 3 minggu berturut-turut tak de wiken..
huuhhhh..anyway bro, gud luck ek..sampaikan salam kepada rerakan seperjuangan..

Adi Osman said...

ISKANDAR

kat rumah aku pun ade gak stok kopi sachet itu.

cumanya takde feel kalau minum cenggitu saje. kena pegi kedai tu gak baru ada feel...

mengambil mood katanya!


PHACHAT

sila rujuk ayat ini:-

Heh...makanya teruslah Fendiosman berkawad ala-ala diva tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

mungkin kau akan mengerti apakah kaitan gambar itu dengan tulisanku kali ini...


ANUNIE

takde wiken eh?
ala kesyiannnnnnnn dierrr

wiken ni balik kampung tapi tak bole tido lelama...sebab ada kenduri!

tim'ots said...

wah!!!kenduri ape?speku...speku....wahahaha

Unknown said...

mood yg ditemani bunyi2 kereta and gerabak.. bau2 arang yg membakar roti dgn kaya..

nikmatnya kalau dapat kopi & karipap yg gundu kluang tu..!

Adi Osman said...

KAK TIMAH

tudiaaa
ratu speku dah bersuara lagik!

kenduri hantar cincin katanya.....
cincin tanda...

boleh?


ISKANDAR

that's why sachet tu macam takde efek kat aku.

hhehehe

pau sambal pun sedap juge...
nasik lemak dara sunti tu pun sangat sedap

phachat said...

err... meh aku tambah speku KAK TIMAH dan jawaban ko sendrek:

pergi hantar cincin tanda kat "dara sunti nasik lemak sedap" ittewkah???

Adi Osman said...

PHACHAT

cincin tanda dan anak dara sunti tu sangat berbeza subjeknye.

ce kau pergi stesen kluang tu...
tengok bungkusan nasik lemak tu...
then kau akan tau kenapa aku kata nasik lemak dara sunti!

adapun bukanlah anak dara sunti yang memasak nasik lemak ittewww tetapi sesuatu keadaan fizikal yang menyebabkan aku kata nasik lemak itu rupanya bagaikan anak dara sunti.

kau paham tak ni?

cincin tanda ittewwww.....tunggu aku panggil kau makan sup bunyut adabi la eh! TUNGGUUUUUU

phachat said...

wahahahahhahahaha....
baru aku terperasan, selalunya ahem2 ittew digambarkan as nasik lemak! aku ingatkan ko terberkenan kat penjual nasik lemak ittew, smpi tahu status beliau sunti ke suntik ke!!!

p/s" sila crop gmbr ratu chantek thailand tuh. letak dia kt tengah2 sket. baru nampak diva sket....

Adi Osman said...

PHACHAT

p/s" tak boleh crop sebab kalau takde sami2 tu..takde la membuktikan bahawa orang tua itu adalah diva.

walaupun sudah kertu beliau tetap menten vogue der vast. makanya ramailah jantan termasuk sami yang menoleh ke belakang.

hehehe....persal ko lambat pikap sangat ari ni? slalu kau kan orang yang paling laju menangkap maksud bahasa tersirat ni?

*matila kau kena carut ngan Cikgu Fauzi..

tim'ots said...

hahahaha...boleh...boleh...nanti kalo ade keramaian yang menggunakan satu spesies nasi tertentu tu jgn lupe jemput yeee....hahaha...

Unknown said...

byebye TAYO...best of luck...jumpak kat HKL na...
kalu hang pi sana, hellohello aku tauuuu...

Rush Murad said...

ke INTAN Kluang ler ekkk? patut ler hari tu tanyaaa... pernah pi sekali, dulu2 masa kecik... my father pun pi kursus kat situ lah jugekk... kerja apa tatau..
*pernah tengok dia pegang senapang and baju celoreng ala RELA segala.. apakah sama??

Adi Osman said...

KAK TIMAH

ahad ni dah ada keramaian spesis nasik tertentu di 80 Jalan Emas Suria, Taman Emas Suria, 08000 Sungai Petani Kedah.

Jemput la datang ye....


HAJJAH KHADIJAH

ya laaaa
sampai ati ang nak tinggai kami!
huhuhu
aku dah ilang kaunselor kesayangan aku....
sedih la camni Kak Hajjah...


BANG SHIDI

mungkin genus nye sama tapi spesis yang berbeza....

ala2 homo sapien dengan homo erectus...
nama depan sama kan?

MOLY said...

wahhhhhh ...
bizi sokmo ..

alwaysss !!!

Nafastari said...

Salam, singgah jap. Nice blog. Saya ada copy satu gambar dari blog kamu: ais krim goreng. Boleh lah kan? TQ. Hehee

Wanpetunjuk said...

Salam bang...mood cuti lagi kah...CNY dah abis dah...

Kahkahkah...macho gile tengok abg pakai baju cenggitu...ala2 rambo pun ada.....

Dah Jumaat hari nih....selamat berjumaat!!!