Thursday, January 01, 2009

Edisi Pengenalan 2009

Adapun hari ni Fendiosman bersenang lenang di rumah, sambil menikmati cuti yang panjang. Heh...bila dah cuti panjang camni, tuhan saje yang tau betapa malasnye nak masuk pejabat semula. Konon 2 Januari dah kene masuk keje, tapi kaaaannnn.......alang-alang sehari je lagi, apa kata kita sambung cuti! Biar hari 5 Januari baru kita masuk keje! Kaaaann?

Sempena tahun 2009 yang telah menjelma ni, Fendiosman takde la berazam azam bagai, sebab kalau nak berubah, enitaim kita boleh berubah. Tak payah tunggu awal tahun! Tak gitu?

Jadi...sempena dah nombor 2008 berubah jadi 2009, Fendiosman nak tujukan sebuah lagu untuk anda semua. Hiks....

Kisah berterapi suara ni bukanlah asing untuk Fendiosman. Dulu teringat dalam soalan exam nak masuk servis, ujian sahsiah kot kalau tak salah, ada satu soalan tu cerita pasal ke'sporting'an kita dalam sesuatu majlis. Makanya, terapi suara ni ada la lagu-lagu wajib yang disenaraikan untuk latihan. Mana la tau tetibe je kena nyanyi kat mana-mana function secara ad-hoc. At least dah prepare. Tak gitu?

(Video ni dirakamkan oleh mr Beruang Madu sewaktu sesi terapi suara di hari lahirnya Disember yang lal0 - jadi video ni memang courtesy dari dia. Mekaseh bang Yazid)



Semoga anda terhibur hendaknya. Suara Fendiosman takde la sesedap artis-artis. Skadar berterapi melepaskan beban di benak minda.

4 comments:

A.Y.U.N.I.E said...

version karam singh walia bila jual sore..
hehehee..

Adi Osman said...

AYUNIE

ha ah...rasa cam KSW lak bila tengok tanganku itteww

MOLY said...

happy new year encik fendi osman !!
merdu suara bak buluh perindu
;)

Adi Osman said...

LILY

merdu kebendenye tu!

off pitch!