Friday, January 02, 2009

Traditional & Complimentary Medicine Session

PERINGATAN : POSTING INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR YANG AGAK MENGGELIKAN, MALAH MELOYAKAN TEKAK PARA PEMBACA. UNTUK SESIAPA YANG TAK TAHAN, GO AWAY!

Tudia....sapa pulak buat 'gigitan cinta' kat dada Fendiosman ni? Hish...sapa tatau? Awat loqlaq sangat Fendiosman dok bergigit-gigitan sana sini? Gersang sangat ka sampai dok bergigit-gigit cinta? Kompem mengundang kontrobersi di kalangan ahlul speku sekelian. Kaaaaaannnn?

(Nota: Sila abaikan rumput-rumput yang tumbuh itteww.......dah keturunan Fendiosman ni memang keturunan ada rumput! Makanya normal lah bagi Fendiosman! Hiks...)

La...apa pulak dah ni? Takkan implan silikon boh kat dada kot? Hahaha...motif tetibe nak ber'nasik lemak' bagai? Dah abis chanteque kah? Dada berumput pehtu nak pulak bersilikon segala? Ish ish ish...awat lagu ni pulak dah?

Heh....ya murid-murid. Adapun hari ni Fendiosman pergi ke sesi kedua rawatan perubatan tradisional dan komplimentari yang ada di Malaya ni. Cupping, ataupun dalam Melayu disebut bekam. Bekam? Ya...bekam membawa maksud pelepasan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor dari badan. Teknik tradisional yang dijalankan menyebabkan bekam ni dikatakan rawatan murahan di tepi kaki lima. Tapi.....skarang ni, bekam ni dah dinaiktaraf, dah eksklusif!


Bekam dibuat dengan mengenakan tekanan pada titik-titik bekam yang ada di badan kita. Macam dalam gambar ni, beberapa cawan bervakum akan diletakkan pada tempat-tempat tu, dan kemudian dicucuk dengan jarum supaya darah kotor dapat dikeluarkan. (Ni kalau bekam basah la, kalau bekam kering hanya cawan bervakum yang diletakkan tanpa perlu dicucuk). Kalau dalam Bahasa Arab, teknik ni dipanggil Al-Hijamah. Difahamkan Rasulullah S.A.W jugak mengamalkan teknik ni.

Hari ni, dah kali kedua Fendiosman pergi ke Akubekam Hajah Helena kat TTDI ni. Kali pertama 10 hari lepas. Ni sebagai susulan. Aritu buat tak abis semua. Kata jurubekam tu, aritu pergi nak bukak yang tersumbat. This time nak tarik toksin dari akarnye terus. Aritu yang tersumbat pun dah besar darah beku yang keluar. I wonder, how will it look like this time! Hehe...

Last 10 days, ada 10 tempat yang dibuat rawatan bekam. Semuanya di belakang badan. Kali ni, dah masuk kat depan sekali. Atas dada. Kata jurubekam, ni untuk pernafasan. Yang kat kepala tu, untuk tension-tension. Tapi yang kat dada ni tak banyak sangat darah kotor yang keluar. As you can see, untuk kat kepala, alat vakum yang digunakan adalah yang menggunakan pam. Tak sakit mana pun, macam orang cubit je. Apart from that, to make the blood flow, ada jarum kecik digunakan untuk mencucuk. Ala, jarum yang guna waktu nak buat HIV test, tak pun nak uji glucose level dalam darah tu! Ketik...ketik...ketik...cam semut geget je! Tak sakit! Trust me!

Haaaa...ni dia yang keluar dari belakang tengkok. Ni sebelah tengkok. Yang lagi sebelah pun macam ni jugak. Besar hati ayam! Agaknya pasal tu la kot Fendiosman dok sakit kepala. Darah turun naik. Kata jurubekam tu, ni antara faktor yang menyumbang jugak la. Mana darah beku ni datang? Jurubekam tu kata dari makanan yang Fendiosman makan. Atau mungkin dari kecederaan lampau. Tapi Fendiosman rasa mungkin dari makanan, sebab kepala Fendiosman tak pernah kena concussion, maupun kecederaan.

Seriously, lepas treatment pertama ari tu, rasa ringan sangat badan ni. Takde rasa malas-malas nak bangun, takde rasa sakit-sakit belakang tengkok. Fendiosman ada buat literature study sebelum pergi berbekam ni. Katanya berbekam dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan antaranya ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang. Mudah-mudahan dapat la meyembuhkan, kalau tak sembuh pun, dapat kurangkan. Paling kurang pun, dah berikhtiar kan?

Haaa..ni mark yang terkesan di belakang tengkok Fendiosman. 3-4 hari nanti ilang la. Macam yang ari tu gak. And they provide me with ubat sapu, and ubat herba untuk dimakan for 10 days. Harga wise, agak berpatutan la. Untuk 2 rawatan berselang 10 hari, Fendiosman bayar lebih kurang 500 hengget. Nampak macam mahal, tapi dengan treatment yang dibagi, dan khidmat rundingan yang ada, memang kena la dengan harga yang macam tu.

Macam Fendiosman cakap tadi, mudah-mudahan dapat la hilangkan rasa sakit-sakit kepala tu. Fendiosman nak hepi macam dulu. Nak kerja dengan senang dan ceria tanpa kemudaratan. Amin....

20 comments:

phachat said...

waduh..... ngeri aku tengok!!

tak pe, usaha tangga kesihatan masa depan!!! er... ni azam thn baru kah???

Adi Osman said...

PHACHAT

takde la sengeri mana...
sikit je! tak sakit lah!
sakit lagi kena cucuk rubella dulu.

hahahaha

MOLY said...

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
meremang bulu roma nih

nishashburn said...

humangaihhh!! besaunyer darah beku itu... takut tgk!

Adi Osman said...

LILY

ala tu baru tengok dalam gambau. ce lily tengok live...musti lagi seram seraman....

hahahaha


NISHABURN

hiks....
semua tu datang dari makanan yang kita makan hari-hari!

tapi alhamdulillah hari ni rasa ringan je kepala. tak sakit teruk cam biasa

kama said...

ngeri.. ngeri.. ngeri...
tariq, dari cucuk jarum tu ke bnda alah darah beku tu keluar? ngeri balik...

Adi Osman said...

KAMA

ye kama...

dari cucuk jarum tu, pastu diletakkan cawan bervakum tu, kemudian dipam...

maka akan keluarlah darah itu!

sedap.....tak caya kau cuba!

Jijie Armidza said...

ergh....kalo p buat, x semestinya kena tengok hasil yg kuar tu kan? x tengok xpe kan?
eeeiii........

Adi Osman said...

KARAD

Terpulang....
Kalau nak tengok, silakan! Fendiosman memang nak tengok sebab nak tau apa yang keluar!

contohnye, kalau badan berangin, ada keluar wap kat cup tu!

kalau darah berasid, akan keluar buih2 bersama darah.

kalau darah kotor / beku, haa...macam yang ditunjukkan tu la!

kalau darah tak berapa nak beku, dia macam clear jelly jadinya.

amacam?

ada brani buat macam Fendiosman?

Jijie Armidza said...

huhuhu....
memang dah lama terfikir nk wat sbb ramai org kata sangat bagus... tapi sangat menakutkan...huhuhu...

kena wat appointment ke leh walk in je?

Adi Osman said...

KARAD

nampak je cam scary
tapi takde la scary mana pun

try it! insya allah sangat bagus untuk buang kotor2 ni

zyrin said...

tariq...

lain kali pi nak ikut

-buat muka comel-

Adi Osman said...

ZYRIN

next treatment in 3 months time!

errr...bukan ke taman tun tu dekat ngan umah kau?

perantau.tt said...

uish cam best jer.. aku balik cuti nanti ko bawak aku k.. hohoho

phachat said...

Hey, jadah bila ko beratur amek rubella sesama aku nih??? Ko kanke kelas yg berjaya escape dr suntikan 'rubella' rubelly ittew???

Adi Osman said...

AZRAL

bila ang nak balik?
nanti nak balik bilang la sama aku!
aku bawak kau pegi hijamah ni! sangat berkesan sebenarnye. lega rasa kepala ni


PHACHAT

ish...kata sekelas sesekolah!
kau tak ingat ke?
aku beratur blakang kau waktu sama-sama nak cocok dulu tu!

ala kau nanges waktu tu....

"AKOOOT...AKOOOT" katanya!

motif kau takut tengok pistol rubella ittewww?

zyrin said...

hahahaha... memang dekat...

Timbalan 3 pun dok promote kat hakuuu...

phachat said...

cis, jgn pecahkn rahasia aku nak tariq oiiii....

aku dh jmpa pusat bekam kt Penang. Namanya BEKAM KO! bulleh?? hahaha...

@rep said...

OMG OMG OMG.. darah... takutnya..

X-weatherman said...

Aku pun nak buat..tapi melihatkan ongkosnya, mak aih..

Aku sekarangpun asyik pening kapla...berdenyut denyut yang tak tahan tuh..

Mungkin kena sahut cabaran Kementerian Kesihatan supaya "Tak Nak" merokok!! Nko ada brani??