Fendiosman rasa orang yang dok kat Chennai tu dah mengalami tahap kebosanan peringkat tertinggi gara-gara kehilangan taste of Malaya bila berada di luar negara. Makanya dia pun cuba la buat tag-tag ni kat orang. Fendiosman la antara mangsanya. Fendiosman rasa dia rindu kot kat orang-orang Malaya ni. Maklumlah, kat sana takde Kotak Ijau tempat terapi suara. Kaaaan!Adapun untuk tidak mengecewakan peminat Fendiosman itu, makanya Fendiosman cuba jugaklah dengan gigih untuk menjawab tag ini. Hadhorrrr katanya!
1. Senaraikan 10 perkara tentang orang yang tag kamu:
Jawapannye:
(Gambau ni Fendiosman copet dari blog beliau sendirik)
i. Beliau merupakan sejenis makhluk yang sama spesis pekerjaan macam Fendiosman jugak. Ala....skim perkhidmatan yang orang tak suka tu! Laaarikkk...ii. Merupakan teman terapi suaraku sewaktu beliau masih berada di Tanah Malaya. Sebut saja, Kotak Merah? Kotak Ijau? Kotak Pelangi? Segala macam kotak la, melainkan Kotakualamuda Kedah.
iii. Kenal beliau dengan rapat tatkala sama-sama terlibat dalam PTD Assessment Centre kat IKWAS. (sebelum tu takde la kami ni cemolot....kan Khai kan?)
iv. Merupakan junior Fendiosman dalam perkhidmatan. Ala, beza 6 bulan je. Tapi dia ni hebat, sebab terpilih untuk kerja kat INTAN. Tak macam Fendiosman, tak abis2 dengan kisah sensasi spekulasi. Sapalah cek ni kaaaannn nak banding dengan dewa dewi yang lain?
v. Bekas pelajar sekolah jantan semua. Apa nama tah? Sedar? SDAR? SDARA? Fendiosman dulu kat Jalan Kolam Ayer (baju outing kaler kuning, takat outing pi PWTC je) - matila Fendiosman kena carut dengan Bonda Phachat pasni!
vi. Kawan dia si Tepak Sireh tu merupakan kawan Fendiosman jugak. What a small world. Tapi dia lebih dulu kenal si Tepak Sireh ni waktu sama-sama mencari rejeki di Tanjung Pelepas.
vii. Mempunyai kebolehan menyanyi sambil makan, tapi tetap tak semput. Kalau Fendiosman, sah tak keluar suara. (ikut pesan ustazah tarannum dulu, sebelum mengaji tak boleh makan, suara tak keluar nanti) - murid-murid tau tak tarannum tu apa?
viii. Sekarang beliau ni tengah kegersangan di Chennai gara-gara tercampak jauh Menurut Perintah Kerajaan. Kesian beliau....terpaksa 'tahan dinding' sorang-sorang. Hampunnnn Khai!ix. Kalau Fendiosman tak salah, beliau ni masih single. So girls out there, sape yang rerasa nak jadi isteri diplomat, silalah ambil borang dengan beliau. Jadi, beliau tak perlu 'tahan dinding' lagi.
x. Err.....beliau sangat sukakan kanak-kanak. Fendiosman perhatikan waktu beliau dan sang ModelCleo berkunjung ke rumah Fendiosman satu masa dulu. Sangat mesra acik Khai ni dengan anak-anak sang ModelCleo.....I'm impressed!
Khai.....cukup tak ni?
2. Tuliskan novel kegemaran kamu...
Matila Fendiosman kena gelak kalau orang tau Fendiosman baca buku jiwang karat! Adapun satu masa dulu Fendiosman sangat suka baca novel-novel chenta Melayu yang menjadikan Fendiosman ni hopeless romantic. Tapi Fendiosman sangat suka cerita Satu Janji by Ramli Awang Murshid. Dia ni takde la tulis cerita jiwang karat bagai, tapi cerita yang satu ni memang menyentuh hati Fendiosman. Agaknye ada cerita pasal UKM kot? Ilmu Mutu dan Budi.....3. Listkan 5 benda yang kamu sayang
i. Bl*wJobExpert848, kereta pertama yang Fendiosman beli setelah sekian lama mengidamkannya. Dah 4 tahun keje baru la Fendiosman mampu beli kereta, kalau tak merempit je! Fendiosman ni bukanlah datang dari keluarga yang senang kisahnye. Tapi cukuplah untuk bersederhana. Alhamdulillah.
ii. Koleksi Kapal Terbangku....(sila rujuk kepada posting sebelum ini....). Bilangan dia dah bertambah skang ni.
iii. Koleksi Gelas Tembakku - gelas tembak tu apa eh? Murid-murid, sila alih suara ke Bahasa Inggeris ye(posting ni akan datang sikit masa lagi ye....kita tunjuk preview je sikit). Sekali imbas, memang orang akan katakan Fendiosman ni banyak pergi over the sea....siap buat speku Fendiosman ni kerja heret beg kat airport!iv. Laptopku - harta inilah yang menjadi teman berbicara Fendiosman sekarang ni bila dah dok sorang-sorang. Kalau tak memang dinding je la menjadi teman bicara. Tapi takde la 'menahan dinding' macam si Khai.
v. Blog ni of course. Sebab kat blog ni la Fendiosman belajar menulis dengan panjang lebar. Dan blog ni la tempat Fendiosman mencarut tatkala marah. Blog ini jugak menjadi saluran Fendiosman berkenalan dengan ramai bloggers yang lain. Should I make a list here? Panjang sehhh....kang ada lak yang sentap kalau tak terlist!
Hmmm...3 je soalannya. Tapi kena jawab berjela-jela. Adakah Fendiosman nak tag orang lain? Well...I think I want to tag Zyrin, KaradKunyeet, dan jugak Rushmooradt Tepak Sireh. Boleh tak?
16 comments:
sekolah jalan kolam ayer tu bukan Sekolah Seri Puteri ke? ermmm...
eh kenal dia ni... rafiqa my roomate pun slalu cerita pasal dia... hi khai!
ko peminat novel sharifah abu salem kan?
mati ler dah kena bongkar kesukaan fendiosman...wakakaaka
EUTHANS
sebelah sekolah tu ada lagi satu sekolah....cube tengok betul2...
RAFIZA
rasanya budak rafiqa ni yang tag si khai dulu. pastu khai tag aku. tindakbalas berantai katanya!
AYUNIE
Sharifah Abu Salem takde la sangat. Ce ko tengok Fauziah Shaari ke, Norhayati Brahim ka....
Syyy...jangan bising2 tau! Syadap-syadap dah!
rafiza, rafiqa tue bukan ke satu batch ngan si khai nie..btw, kirim salam kat fiqa ek..cakap ayunie x-bsm..:)
ayunie...sure will! yupp satu batch dgn khai..ex roomate i kat idfr, teman utk berchatting di office masa i tgh bosan, tempat office yg i lepak bila ada masa, kawan berdansa di mana saja, sooo.... blog ni dah jadi utk tariq ke utk khai ke utk fiqa? hahahahhaaa... sorry tariq..
eh ayunie, tak main la kemsalam2. call la. :D [atau baca la blog saya plak. hahah]
sorry tariq. takde sape ke nak cite pasal khai kat sini? LOL.
sebbaik i tak tag u kan tariq. mampus u meletop kat blog ni ha.
AYUNIE AND RAFIZA
silakan...
takpe! bole guna tapak ni sebagai medium komunikasi anda....
konsep sharing is caring katanya! remember?
THINKER BELL
hehehehe.....takde nak meletopnye!
tapi kadang2 tu cuma kita tak layan je tag tag ni!
aiyarkkk...
nanti, ekkk... nanti saya buat, tuann... heppp!
tahan dinding tu apa? kena pakai ilmu pendinding ke???
btw, keretamu ittew sgt best akronim nya... hahahah... nk bgtau, kt penang ni ada tpt ujian suara bernama: BJ KARAOKE! bole???
aishh.... salah sorang penulis kegemaranmu, kegemaranku juwa!!! hah, ko ada pinjam buku citer aku tuh kn ms kt skolah? tak reti nk pulang2kn lagik???
ZYRIN
Sudahkah dikau menjawab?
PHACHAT
tahan dinding ni kau kena tanye Khai. Beliau lebih mengerti maksud tujuan perkataan itu!
Heiii....buku tu aku dah pulangkan la. Aku letak bawah bantal kau waktu silent hour. Ala, kau tengah khusyuk menyailentkan diri, macam mana kau nak sedar!
Hehehe...rumah TOPAZ katanya!
YA AUDA!!!! ko hengat lagi silent hour tuh? Ha... jangan mulut nak bercakap ye! kang kena Dimerit kang!!! Matila nk kena amek sign senier disiplin umah topaz yg garang2 ittew!!
huh. dah siap la :p
PHACHAT
mesti la ingat
time tu kan ala2 semua kena paksa tido!
kalau tak tido musti kena marah, kena demerit!
kalau kau tak caya kau tanye harissa husainy hasbullah...
hahahahha
ZYRIN
dah siap eh?
gue pun dah kuhmen!
patut ler asyik tersedak jerr.... ada sebut2 nama iiiiiii.... ehemmm... suka ler buat tag yg ini, tapi kena tunggu ler dulu ekkk... tunggu Q katanyaaaa... *ala-ala kekwat tak??? hahahahaaa....
Eh aku kenal dia nih! Dah pergi Chennai ke, buat apa? Dulu kat Intan Kiara.
Post a Comment