
Kisah perjalanan kali ni diteruskan dengan berkunjung ke Pantai Cherating dalam perjalanan untuk menghadiri PAC 1/2008 di Kemaman. Alang-alang cuti hari pekerja, aku luangkan masa untuk menjengah Impiana Resort Cherating untuk meninjau kesesuaian tempat berkenaan untuk mengadakan kursus ataupun siri bengkel yang bersesuaian. Thanks to Azita from Impiana Sales Office for your kindness, and assistance in getting me a layover place on that very particular day. Upgraded some more...

Full house katanya, maklumlah cuti panjang. The resort was fully occupied with local and overseas holidaymakers. After stepping on the beach, I know why people prefer to go to Cherating. Tapi apa boleh buat, aku travel sorang. Apa pun, ada jugak sahabat yang sudi menjengah aku kat resort tu, sempat la aku bersiar-siar di malam hari

Meh kita ushar apa yang ada kat Impiana ni...

Kamar yang disediakan, dengan semua bilik mengadap laut, dengan suasana bilik yang bagaikan rumah dahulu kala, siap dengan kelambu....memang sesuai untuk sesiapa yang hendakkan ketenangan.

Suasana di sekitar kawasan lobi. Ketibaan ke Impiana ini disambut oleh alunan muzik tradisional yang cukup untuk menggambarkan suasana Malaysia. Lagu Canggung yang berkumandang cukup untuk membuat kaki dan badan aku bergoyang mengikut iramanya. Matila tergedik kan? Artis kah?

Pemandangan dari beranda kamar. Kalau di waktu pagi, memang nampak sinaran mentari yang terbit di ufuk timur. Tapi sebab aku keletihan, subuh aku menjadi subuh dinasor. Astaghfirullah. Terlepas peluang nak tengok matahari terbit! Kena ulang trip lagi ni....

Suasana di pantai. Untuk sesiapa yang nak buat sun-tanning, memang sesuai berjemur kat tepi pantai ni. Tapi kalau kulit dah tinted macam aku ni....lupakan je la ek! Nanti rentung!

Pantai yang sangat bersih, boleh buat acara berbaring di tepi pantai. Abaikan plus size model yang berposing tu.

Kolam renang yang disediakan. Sesuai untuk anak-anak yang gemar untuk berendam. Biasa la, budak-budak kalau gi hotel mesti nak cari swimming pool. Mak-mak budak, waktu anak-anak mandi boleh jugak berKak Nam barang seketika. Kaaaan?

Pantai yang bersih, memanjang sayup mata memandang. Kalau tak salah, Cherating ni mempunyai kawasan pantai yang menganjur sejauh beberapa puluh kilometer jaraknya.

Antara permainan yang disediakan untuk aktiviti rekreasi. Buaian, bola tampar pantai, bola sepak pantai, basikal dan macam-macam lagi. Tapi kalau dah plus size, jangan naik buai ni. Takut jadi macam model kat bawah ni, sekali tengok macam Disney On Ice pun ada, macam Dumbo si gajah Sarkis pun ada jugak! Kaaaan?

Overall, Impiana Cherating was nice, calm, and relaxing. Sesuai untuk sesiapa yang mencari ketenangan jauh dari hiruk-pikuk kota. Heh...hmm, iklan ni free je, takde aku dapat komisen apa pun! Saje je berkongsi pengalaman. Mana la tau kot-kot ada yang teringin nak pergi bercuti-cuti.
10 comments:
errr kalau travel sorang.. sapakah yang amik gambar itu? adakah 'jiran' jugak? hehehe
oiii jiwang sensorang...
alangkah indahnye jika seluar itu panjang ke lutut.. ye tak... jgn mare..
Fendi, ngko ke yang model baring posing sereng tuh?
PERANTAU AZRAL
mekaseh atas komen itu....sesungguhnya tidaklah aku terasa hati dengan kata-katamu.
watawa sau bil haqq
watawa sau bissabr
dah edit gambo itu!
ORANG RAWA
ya..model mengiring tu adalah fendiosman. ngape ek?
cerating mmang da bomb gitu..so ari tu makan satar ke tak???
pendi
ni pi sorang2 ni kan
sapa lak ngamik gambo engko baring atas pasir beach tu weih?
kak red ko yang mls nak sign in
BANG DBI
makan bang....mesti! tunggu posting ke kemaman nanti ek.
KAK RED
ada sapa-sapa yang lalu lalang tu aku cekau je la kak!
mintak tolong katanya!
awat tang lutut tu censored ???
I'd been to Cherating before, menginap kat Legend. Pantai kat Cherating mmg superb! aman damai!
terus rasa tergerak nk bercuti ke sana bila nengok gambar2 pantai tu...hehehe, the way that plus-sized male model posed has coincidently impressed me too...muahahahahahaha...
yg kat gambar last tu, aku rasa tanda sensored putih tu sbnarnya hang nak letak kat muka kan? lagu mana buleh jatuh pulak tuuu....pastu sajer zoom kasi besar kan? hahahaha...apa punya turrrr...
DINA
terdedah auratnye tu!
kena la censor...
SHAZALI
plus size model impressed u? macam mana tu!
takde sengaja jatuh nye...tu aku tutup lutut aku sebab seluar tu teramatlah pendek! seksi...
Mula2 pening garu kepala lutut jugak terfikir kenape ada gambar censor lutut tu. Adakah di lutut2 Fendi Osman ada taik lalat sebesar penumbuk? Adakah sebab bulu paha Fendi Osman berwarna oren? Adakah sebab banyak sangat cellulite maka lutut Fendi Osman dah tak bergetah lagi cam dulu? Tidak... Lepas baca komen2 ni baru ku tahu... :-)
Post a Comment