Tuesday, July 20, 2010

Bersiar Sejenak di Hari Enam dan Tujuh...............

Kebetulan Fendiosman ada tugasan rasmi di seberang Laut China Selatan, jadi sempatlah mengambil angin sejenak di beberapa kawasan kegemaran Fendiosman kalau2 tersadai di sana.

Tempat tinggal kali ni adalah di.......

Jesselton Hotel. A boutique hotel and it is such a nice place to stay actually. Hotel ni takdelah seaview suite ataupun supersuite yang mahal tapi memang menarik sebab konsepnya sangat sangat kolonial.

Contohnya....................

Bellboy yang berpakaian ala2 penjajah. Dan jugak housekeeping yang beruniform seperti orang gaji di rumah orang putih dengan pakaian hitan beserta apron putih. Terasa seperti berada di England pulak. Heh.....

Harga biliknya boleh tahan, untuk government rate, hanya RM160 untuk bilik standard.

Fendiosman sangat mengesyorkan hotel ini kepada anda semua. (Anyway, Fendiosman tak dapat komisyen dengan iklan ini yaaa, sekadar berkongsikan yang menarik untuk anda semua). Bilik hotelnya tak banyak, lebih kurang 32 bilik memandangkan konsep boutique yang digunakan. Dan yang paling menarik hati, anda sentiasa dipanggil dengan menggunakan nama anda oleh petugas kaunter setiap kali anda melintas (provided takde orang di kaunter dan orang kaunter tu terperasan kehadiran anda...)

"Good morning mr Tariq................"

Ada personal touch di situ!

Ok...selesai bab hotel itu! Aktiviti Fendiosman, seperti biasa Fendiosman akan menyaksikan mentari melabuhkan tirainya di penghujung hari. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....(by the way, sebab dalam mode musafir, bolehlah digabung-gabungkan solat itu!)

Pemandangan sewaktu mentari terbenam, sangat mempersonakan..............................

Serta menenangkan.................

Dan mendamaikan, Fendiosman sangatlah suka dengan suasana sebegini. Dapatlah merehatkan fikiran sejenak. Tapi hari ni sangat stress bila berdepan dengan orang yang Fendiosman tak boleh tengok. Hilang kedamaian yang dikecap sejenak ittewwwwwwwwwwww....

Apa pun Fendiosman sangat terkesan dengan pemandangan yang Fendiosman saksikan. Seronok dengan apa yang dapat dilihat.

Paling menarik bila melihat kanak-kanak berdua ini turut menikmati pemandangan yang sama sambil menyanyi kegembiraan.

"Kulihat matahari terbenam.........hatiku jadi girang..."

Fendiosman tak pernah dengar lagu itu, tapi Fendiosman seronok menyaksikan gelagat mereka....

Pagi hari minggu, memandangkan Jesselton Hotel itu terletak di Gaya Street, suasana pertama yang dapat dilihat tatkala pintu hotel dibuka adalah...............

Orang membeli-belah sepanjang jalan! Gaya Street Market ini adalah salah satu tarikan pelancong di Kota Kinabalu. Macam-macam ada.................

Termasuklah....

Rombongan orang Malaya yang datang berkumpulan, siap pakai uniform lagi (Fendiosman rasa Fendiosman tau dari mana depa datang). Ada yang nak masuk Gaya Street, ada yang taknak.

"I nak pergi North Borneo....masuk sini hilang bau perfume I"

Ni antara petikan dialognya......North Borneo tu dapatlah ditakrifkan sebagai 1Borneo. Tapi jam 9 pagi tauke 1Borneo pun tak bangun lagi! Uhuhuhuhu............siap ada acara rajuk merajuk lari naik bas sebab sentap! Hiks.................

Dapat disaksikan macam-macam benda yang dijual.

Ada Kopi Tenom yang terkenal itu......segar dari ladang....

Ada juga binatang ternakan...................

Ada jugak binatang peliharaan seperti ikan, macam-macam ikan ada. Ada bapak ikan, ada anak ikan. Pendek kata boleh pilih ikan mana yang anda suka. Maklumlah manusia ni macam-macam selera ada....

Ada ayam serama, ada juga 'ayam' seksi buat pencuci mata................eheh!

Turut dijual, barangan perhiasan. Memang akan meroyanlah manusia yang gilakan brooch bila berada di sini! Sesuai digayakan dengan tudung yang beraneka jenis sekarang ni. Mujurlah Fendiosman freehair....ahaks!

Buah-buahan tempatan pun ada. Untuk yang nak rasa buah tarap.......kat sini boleh didapati dengan mudah. Fendiosman ni jenis tak boleh jumpa buah berbau kuat. Jadi, memanglah tidak dilayan sebarang yang sedemikian rupa.

Terperasan jugak pisang di Sabah. Tapi...rata-ratanya comel-comel belaka. Tak macam pisang yang Fendiosman makan di Manila minggu sebelumnya! Eheh...mungkin tak berjumpa kot. Ataupun kat sini memang takde dijual......

Untuk lelaki yang perlukan tenaga jantan yang lebih, ada juga terdapat akar kayu. Ataupun untuk wanita yang nak mencari kacip fatimah, kat sini memang ada. Sesuai untuk merapatkan mana-mana bahagian yang ternganga. Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....(sambil teringat dialog Uda dan Dara...AKU PERGI SEBAGAI JANTAN, DAN PULANG SEBAGAI LELAKI. Apakah?)

Ada gerai-gerai menjual pakaian. Kalau minat membeli pakaian berjenama tapi dengan harga yang murah, ada di sini. Tapi harganya tidaklah semurah di MBK Bangkok.....................

Hmmmm.....terperasan juga kraftangan, memang yang bercirikan Sabah. Ada terendak, ada anyaman....

Manik-manik dan anyaman pun mampu memukau mata anda. Kalau tak tahan godaan, memang boleh TERBELI barang-barang yang ada. Mujurlah duit claim tak masuk-masuk lagi walaupun dah berminggu-minggu Fendiosman menghantarnya. (Sekali sekala ter'ops' apa salahnya kan............)

Paling penting, ada unsur hiburan di setiap penjuru. Dari kumpulan muzik hinggalah pakcik gesek biola lagu yang sukar untuk dikenali sebab tiada nota yang dibaca. Cukup sekadar sorong tarik bow biola itu sahaja! Bunyinya tidaklah sesedap gesekan Hamzah Dolmat mahupun Vanessa Mae, tapi kata orang demi sesuap nasi, apa saja boleh dibuat untuk mendapatkan rezeki......

Kali ni tiada pose gedik Fendiosman, cukuplah sekadar suasana di sekitar tempat kunjungan. 2 jam lebih Fendiosman habiskan dari hujung ke hujung. Tak sedar sungguh cepat masa berlalu.................apa lagi, marilah kita bercuti!




No comments: