Pagi Ahad di Manila dimulakan dengan lawatan ke Rizal Park, sebuah taman peringatan yang dibina untuk memperingati negarawan Jose Rizal yang telah dibunuh oleh penjajah demi mempertahankan negara yang tercinta. Mrasa la ayat buku sejarah. Heh..............
Rizal Park ni adalah salah satu mercu tanda yang mesti dilawati bila berada di Filipina. Sewaktu Fendiosman berada di taman ini, ada acara marathon dilakukan. Makanya ramailah ummat sekitar Manila yangb berkumpul memeriahkan acara. Letih menunggu tempat tu kosong untuk posing di hadapan monumen.
Ada jugak monumen negarawan lain seperti Lapu-lapu, yang membunuh Magellan kerana datang menjajah dan lain-lain yang terkenal. Memang disusun dari hujung ke hujung sekitar salah satu laluan di Rizal Park itu.
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan, contohnya menaiki kereta kuda yang mahal teramat sangat. Kalau silap tawar, mau dia letak harga ribu-ribu pesos untuk sampai ke destinasi yang jaraknya sekangkang kera saja dari taman itu. Moral: tengok je dah cukup, toksah berangan naik kereta kuda.
Boleh juga buat piknik maupun melepak bersama keluarga di hujung minggu. Boleh juga buat photo shoot pengantin ala2 trend pengantin sekarang ni yang ambik gambar dalam hutan getah, hutan lalang dan segala macam hutan lagi.
Dari Rizal Park, kami beralih ke Quiapo untuk mengisi perut. Konon mulanya nak cari Halal Restaurant kat United Nation Avenue, tapi jalan punya jalan, tak jumpa berdasarkan alamat yang diberi. Makanya pusinglah ke tempat lain untuk mendapatkan makanan.
Quiapo ni adalah kawasan penempatan Muslim di Manila City. Memang di sini makanan halal boleh didapati dari penjuru ke penjuru dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi, kalau orang yang ada kelasssss (katanya la kan) mungkin Quiapo ni tak setaraf dengan kedudukan status dalam masyarakat. Jadi, restoran seperti Kashmir pada malam sebelumnya adalah sangat sesuai untuk menjadi tempat santapan.
Makanan kat Quiapo ini sangatlah sedap, dan sangatlah bercirikan Filipina yang asli. Pedasnya melangit. Ohhhhhhhhhhhhh......tapi memang kata orang, makanan kampung ni lah yang paling sedap jika nak dibandingkan dengan makanan fusion yang telah ditambah ditolak pelbagai unsurnya.
Heh.....kat Quipo ni ada sebuah masjid dan di sini konsep masjid sebagai tempat perkumpulan dan tempat bermasyarakat amatlah ditepati. Ada aktiviti masyarakat, ada perpustakaan, ada kelas mengaji, ada jugak kelas agama, serta bermacam-macam lagi. Mungkin sebab Muslim adalah masyarakat minoriti di Manila maka semuanya dibuat setempat. Tapi, pandangan Fendiosman, mungkin di Malaysia sekiranya setiap masjid mengamalkan sistem yang sama dan tidak terhad kepada masjid-masjid besar sahaja, sudah tentu akan bertambah imarah sistem masjid di Malaysia ni.
Dapat dilihat betapa bersatupadunya kaum minoriti di sini. Kalau di bandar besar, jiran sebelah pun tak kenal (Same case applies di kawasan rumah Fendiosman......), setakat selisih dan senyum saja. Alahai...........
Kenyang perut, tangki dah penuh diisi dengan makanan yang lazat, perjalanan diteruskan ke Malacanang Palace. Tapi............malangnya Malacanang Palace tak boleh dimasuki sampai ke pintu utama sebab ada presiden baru. Demi menjaga ketenteraman, makanya pelawat tak dibenarkan melawat. Cukup setakat ambik gambar di pintu tepi saja.
Hmmm...panas pulak Manila di hari minggu. Nanti kita sambung dengan siri berikutnya ya............sebab kalau bab ni nak masuk banyak-banyak gambar nanti panjang berjela pulak.
1 comment:
alalal.. bestnyer.. huhu.. selamat k.. ;)
Post a Comment