PERINGATAN : POSTING INI MENGANDUNGI IMEJ YANG MUNGKIN MENGGANGGU SENSITIVITI ANDA, SILA TINGGALKAN BLOG INI SEKIRANYA ANDA RASA TIDAK SELESA DENGAN IMEJ YANG DIPAPARKAN.
Waktu di INTAN tahun 2005 dulu, ada kes seorang yang mendaki Gunung Angsi tanpa memakai sebarang alas kaki, dan bila ditanya oleh koordinator INTAN, beliau menjawab....
"MAAF TUAN, HARI NI HARI BODOH SAYA"
Lantas pada sesi perhimpunan di Auditorium, Salim Parlan berkata.....
"Setiap orang ada HARI BODOHNYA......."
Kejadian semalam memang menceritakan betapa BODOHnya hari Fendiosman gara-gara terlalu tidak fokus dengan fikiran sendiri dalam menjalankan urusan seharian. Mari kita lihat apa yang telah berlaku ye..............
Satu hari Rabu yang hening, Fendiosman masih terkenangkan isu kena sergah dengan hantu pada hari sebelumnya, yang menyebabkan Fendiosman mendapat mimpi ngeri pada malam hari. Hantu ni langsung Fendiosman tak boleh nampak sebab bila tengok muka dia, Fendiosman terus jadi stress dan akan gagal mengawal keadaan. Tapi bukan sebab takut, tapi bila tengok hantu yang ni, Fendiosman jadi marah.
Kebetulan hari itu memang tingtong, doktor memberikan Fendiosman MC 2 hari gara-gara melihatkan keadaan Fendiosman yang tak ubah seperti kucing nak beranak. Resah, gelisah................................jadi kata doktor;
"Kau balik rumah kau rehat, redakan kemarahan kau tu.........................."
Dalam keadaan yang melayang-layang Fendiosman tetap jugak teruskan kerja walaupun sangat tidak fokus. Memang terasa bodoh. Mujurlah takde miting yang besar-besar, kalau tak mau kena hempuk dengan KSU sebab tah mana-mana melalut.
Petang, jam 5.40 petang selepas selesai solat Asar Fendiosman melangkah pulang ke rumah dengan fikiran yang kosong. Macam zombie bergerak. Takde perasaan langsung. Kira 'subconcious mind' yang membawa Fendiosman pulang ke rumah.
Sampai di Plaza Tol Sungai Besi, Fendiosman ambil tiket transit. Kebiasaannya selepas ambik tiket transit Fendiosman terus akan mendapatkan wang bagi pembayaran tol sewaktu tiba di Kajang. Hari sebelumnya Fendiosman ada terbaca satu petikan berkenaan pencuri memecahkan cermin kereta untuk mengambil duit syiling yang ada, lantas Fendiosman kosongkan langsung syiling tanpa sesen pun baki ditinggalkan.
Touch N Go pun tinggal 50 sen, sebab dah hujung bulan. Ditambah pulak dengan sistem claim di sini yang leaves a lot to be desired. Makanya bertahanlah sampai esok hari. Dan sebab itu jugalah henset Fendiosman 'masuk air' sebab saban hari tunggu duit masuk, tak jugak masuk-masuk.
Mulalah acara menyeluk wallet di dalam poket. Sedar-sedar memang takde wallet. Ahhhh....menggelabah Fendiosman. Tapi tetap jugak maintain ketenangan. Sambil bersangka baik, mungkin wallet ada dalam beg laptop. Fendiosman teruskan perjalanan sampai ke Hentian Serdang, dan Fendiosman hentikan kenderaan untuk mencari wallet.
Habis dibongkar beg, bawah kerusi, sana sini......semuanya dicari. Langsung tak ada.....ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Mati kutu dibuatnya!
Fendiosman berfikir sejenak, apakah yang perlu dibuat. Heh....tarik napas dalam dalam...............................nak makan mentos takdak la plak, kalau tak mesti idea datang dengan cepat.
Dan tiba-tiba lampu atas kepala menyala tanda idea dah sampai!
Ada laptop bersama broadband yang Fendiosman bawa. Terus Fendiosman hidupkan, untuk meminta bantuan melalui Internet Messenger.
Apa yang Fendiosman dapat ingat, mungkin wallet tu tertinggal di bilik pejabat waktu Fendiosman keluarkan dari poket ketika hendak mengambil wudhu sebelum solat Asar. Tapi, bilik sudah berkunci, dan waktu ketika itu adalah pada jam 6.20 petang. Mustahil ada orang lagi di pejabat.
Fendiosman nampak staff Fendiosman masih online lantas Fendiosman terus memberitahu masalah yang Fendiosman hadapi dan disambut dengan gelak ketawa dari mereka. Fendiosman pun sebenarnya rasa lucu dengan keadaan diri Fendiosman yang sangat tingtong dan tidak fokus....................ohhhhh!
Sempat juga letakkan status di facebook, mana la tau kan, kot2 bantuan tiba.
Heh...............tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.........wallet pun tiba. Kesian pulak staf Fendiosman tu. Rumah nun jauh di Dengkil dan biasanya dia gunakan MEX. Tapi sebab Fendiosman buat lawak hari tu, dia kena la divertkan ke PLUS.
Tapi sebelum bantuan tiba, dapatlah beberapa panggilan telefon yang ingin menghulurkan bantuan bila terbaca status Fendiosman di facebook.
Alahai.........dah la jatuh, kena timpa tangga, lepas tu tangga pulak kena hempap batu. Uhuhuhuhu....
Tapi pengajaran yang Fendiosman boleh ambil dari insiden ini:-
1. Pastikan touch and go anda mempunyai baki minima 5 ringgit untuk memudahkan anda ketika kecemasan.
2. Pastikan juga henset anda tidak disekat panggilannya sebab tak bayar bil.
3. At least, syiling tu tinggalkan di dalam kereta tapi sorok-sorok la...
4. Make sure wallet sentiasa melekat pada anda. Check berkali-kali sebelum berangkat....
5. Oh ya..............kalau claim tak masuk, sila gegar orang yang buat urusan claim tu. Sampai dah nak ujung bulan pun tak masuk lagi........................apa kes?
6. Kalau jumpa hantu, sila hembus-hembus dengan ayat suci Al-Quran. Mudah-mudahan pandangan hantu tu dapat dihilangkan........................sebelum tidur, basuh kaki dulu ya!
7. Jangan menggelabah, fikirkan dengan keadaan yang tenang....
8. Betapa bergunanya broadband pada masa sekarang............................
9. Kalau doktor bagi MC, janganlah duduk di pejabat, nanti anda tak fokus. Doktor tu dia tau apa yang baik untuk pesakitnya.
Heh....setelah melalui pengalaman yang kelat-kelat masin ni, memang Fendiosman akan terkenangkan sentiasa hari bodoh Fendiosman ni. Harapnya takde lagi la berjumpa dengan pengalaman seperti ni pada masa akan datang.








3 comments:
sangat menakOtkan......
especially part balance t&G dgn hP tuh...
rindunya zaman silam, ngeh ngeh ngeh..
huhuhu..ko jumpa hantu kat mana bro??? lempang je hantu tu, kalu ko rasa marah..
Post a Comment