Haaaaaaaaaaaaaa.....kalau dah ada beg macam ni, sahlah Fendiosman nak travel lagi. Walaupun masa yang sangat singkat, tapi kalau boleh manafaatkan masa yang ada, boleh je nak jalan2. Kalau tengok posting Fendiosman beberapa bulan yang lalu, para pembaca budiman sekelian mesti dapat lihat Fendiosman merayap ke Bangkok. Kali ni, dengan ASEAN Pass oleh Malaysia Airlines, Fendiosman sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah asing di sekitar ASEAN dengan kerosakan yang paling minima yakni tidak melebihi RM1000 untuk penginapan, makan dan kos pengangkutan serta cenderamata kenangan untuk diri sendiri.
Ke mana ya? Mari kita lihat ke mana Fendiosman pergi kali ni.............
Macam biasa perjalanan Fendiosman biasanya bermula di ERL Putrajaya Sentral untuk ke KLIA bagi mendapatkan penerbangan. Sebab utama dari sini adalah kerana tiada bayaran letak kereta dikenakan walaupun tempatnya adalah berbumbung. Tapi, mungkin lepas ni takde lagi dah perkhidmatan percuma sebab Fendiosman dapat saksikan yang mesin bayaran autopay telah dipasang dan mungkin ia akan digunakan dalam masa terdekat. Tatkala seruan untuk menyuruh rakyat menaiki kenderaan awam dibuat, serta merta ada bayaran parking sebegitu. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........
Urusan check-in dah dibuat dari rumah; jadi hanya perlu membaling beg serta membuat verifikasi dokumen perjalanan di kaunter. Dan.............bermulalah episod ke Manila untuk berhujung minggu. Manila? Kenapa Manila? Alang-alang ASEAN Pass biarlah destinasinya setimpal. Dengan RM500 untuk perjalanan pergi-balik takkan la nak pergi Medan kot? Ataupun Singapura? Ohhhh....tidak sama sekali. Jadi, biarlah destinasi yang mahal, dan bersesuaian..........
PERENGGAN DI BAWAH DITUJUKAN KHAS UNTUK BONDA PHACHAT YANG GIGIH MENGEJAR SKT BELIAU PADA TAHUN INI DENGAN UCAPAN SEMOGA GIGIH MENGUMPUL MATA UNTUK KESEJAHTERAAN SARWAJAGAT!
Setelah urusan imigresen selesai, terus Fendiosman ke tempat istirehat untuk mengisi perut yang sangat keriut-keriut bunyinya.
Makanya inilah yang berjaya disental oleh Fendiosman...(macam mana la badan tak membulat!)
Dan aiskrim yang lazat..........................(pssstttt....BONDA PHACHAT, silalah gigih kumpul point ye......)
Ok baiklah, kita dah selesai membuat serangan peribadi kepada BONDA PHACHAT, makanya kita akan teruskan dengan pengkisahan perjalanan Fendiosman......
Penerbangan ke Manila mengambil masa kurang lebih 3 jam dan 30 minit. Jadi, merasa la melangok dalam kapal terbang tanpa sebarang arah tujuan. Nota : Silalah bawa buku untuk dibaca sebab masa itu sangatlah lama untuk dihabiskan lebih-lebih lagi kalau show di layar tv adalah show yang adooooooooooooo.....
Dan lebih-lebih lagi kalau dapat krew yang sendu............................(waktu Fendiosman blajar dulu, minuman hendaklah di'serve' menggunakan dulang walaupun hanya satu gelas ye murid-murid. Kenapakah beliau bawak minuman dengan selamba rock sebegitu?)
Di hujung penerbangan, nampaklah Bandaraya Manila dari kejauhan dalam samar-samar jerebu yang melitupi keseluruhan pemandangan. Padat sangat nampaknya!
Dannnn.....setelah mengharungi penerbangan dalam cuaca bagaikan menaiki kereta di jalan Klang - Kuala Selangor selama lebih dari 3 jam, tibalah Fendiosman ke Ninoy Aquino International Airport. Immigration was painful, with 6 widebodies arriving at the same time, and only 6 immigration counter for foreigner, the queue was sooooooo long. It took us about 1/2 hour to clear our passports. Lenguh kaki menunggu!
Perkara pertama yang dibuat, tukar duit ye murid-murid. Nasihat perjalanan: Tukar ke USD ataupun Yuan untuk mendapatkan nilai yang tinggi bagi matawang Pesos.
Kat dalam dah macam ulat orangnya, kat luar lagilah.............................................agaknya kat bandar nanti macam mana la keadaannya ye?
Dari NAIA ke hotel di Pasay City yang jaraknya kurang 8km mengambil masa 1 jam. Sampainya jam 5.30, imigresen, luggage, teksi, hotel, check-in.....pukul 7.30 baru settle! Dah gelap gelita. Apa nak buat kan! Hotel Kabayan ni ala2 hotel murah la ye murid-murid. Cukup sekadar nak letakkan kepala untuk berehat. Kalau Seri Malaysia tu dah sendu, yang ni laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi sendu!
Aktiviti malam hari, mulalah mencari makan di kawasan sekitar. Kami ke SM Mall of Asia (the largest mall in the world katanya - tapi memang besar...........)
Kalau Jakarta terkenal dengan Bajai, Bangkok dengan Tuk-tuk, haaaaaaaaaaaaaaaaa...kat Manila ni, kena la rasa naik Jippy. Nota : Jangan pakai perfume wangi-wangi maupun pakai mekap tebal bila nak naik menda alah ni. Nanti abis cair mekap, bau perfume pun tenggelam dek bau asap diesel. To feel the experience, yes....one must try to sit at the back!
Macam Fendiosman..........................yang tersengeh bersama warga tempatan walaupun bau minyak diesel menenggelamkan bau perfume!
Apa nak makan di Manila?
Macam di negara yang penduduk Islam kurang, rata-rata tempat di Manila ni menghidangkan Babui di dalam menunya. Jadi, untuk mendapatkan tempat makanan yang halal, bolehlah dapat di sini, serta cuba cari orang-orang muslim untuk bertanya mengenai tempat makan yang ada. Kalau tempat seafood dan pork-free tu bolehlah dimakan, tapi disebabkan sensitiviti rakyat Malaysia terlalu tinggi, bawalah maggi ataupun serunding untuk menghilangkan lapar. Ingat; makan di tempat orang ni bukan untuk melahap, tapi sekadar nak lapik perut saja. Nak makan sedap, baliklah ke Malaysia!
Malam pertama, Fendiosman ke restoran pork-free, masakan Indonesia. Sebab pork-free, jadi Fendiosman hanya makan sayuran dan ikan...........................
It is Indonesian Food, but it has been modified according to Filipinos' style. Rasa la sayur kangkung belacan ada telur puyuh..................
Malam pertama ni tak banyak sangat aktiviti! Sekadar bersiar di tepi pantai tempat orang tempatan bersidai!
Dan hari berikutnya, akan dijelajah lagi sekitar metropolitan Manila...............
Rehatlah seadanya untuk mengumpulkan tenaga............sebelum tu, gedik2 la posing! (Eh...rehat kah? Bukan nak pergi tengok Pole Dance ka?..............opssssssssssssssssssss)

No comments:
Post a Comment