Hari ni Fendiosman nak membuat iklan sejenak. Memandangkan Fendiosman adalah Ahli Jawatankuasa Biro PTD Muda PPTD, makanya sudah jadi tanggungjawab untuk menyebarkan kepada semua ahli PPTD yang berada di seluruh Malaya mengenai satu pertandingan menembak terbuka yang akan diadakan pada penghujung bulan Julai ni.
Pertandingan ni sama macam pertandingan yang lalu cumanya kali ni diadakan di Lembah Kelang, dekat sikit dengan majoriti PTD sekelian terutamanya yang ada di Putrajaya ittewwwww.
Jadi, maklumat untuk pertandingan tersebut adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster hebahan.....
Meh la kita ramai-ramai masuk! (Lupa lak...ni untuk PTD je ye, tak kira la PTD tetap ke, kontrak ke, janji MUDA. Muda yakni gred 48 dan ke bawah. Tapi kalau dah kertu pun, boleh gak menyertai kalau grednya 48. Dannnnnnnnnnnnnnnnnnn...kalau gred lebih dari 48 feeling2 muda pun boleh jugak. Jangan risau, tempatnya banyak. Boleh daftar dengan harga yang sangat berpatutan.
Antara faedah yang boleh didapati dari pertandingan menembak ini adalah:-
1. Dapat release tensen di pejabat. Nak tembak orang nanti kena dakwa bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ada baiknya pergi menembak di lapang sasar.
2. Dapat lepas gian lepas DPA. Ya la kan, mengimbau kenangan lama waktu modul tentera dan polis walaupun hakikatnya tangan kau tu pengkau. Bagi 20 peluru, 1 je yang kena sasaran, tu pun takat sipi2 je. Tapi takpe lah....................dapat lepas gian.
3. Dapat juga buat reunion ikut batch. Umum mengetahui semangat asabiyyah antara batch ittewww sangatlah tinggi. Bila ada majlis ramai2, tetap jugak nak rafting sama2 batch. Jadi ni lah peluangnya.
4. Dapat menambah kemahiran menembak terutamanya yang membuat kerja-kerja penguatkuasaan dan risikan. Ya..........dalam core business PTD ni ada yang akan terlibat dalam kerja camni. Jadi, bolehlah digunakan peluang yang ada untuk mengasah bakat terpenyuk. Tapi bak kata Sang Hansuari, dia memang dah terbukti penembak tepat. Tak perlu latihan lagi. Boleh je nak menembak tiap-tiap hari kalau tak outstation. Oh Sang Hansuari, itu lapang sasar yang lain tu.......ini lapang sasar rumput hiju ye! Jangan salah lapang sasar
5. Mengisi masa lapang pada hujung minggu. Untuk yang bosan dengan aktiviti yang sama setiap minggu, dah kehabisan aktiviti, bolehlah mengisi hujung minggu anda dengan aktiviti riadhah yang sangat berfaedah ini; dannnnnnnnn
6. NETWORKING sesama PTD. Ya la kan, boleh kenal orang tu orang ni, senang nak berurusan bila kenal. Dan untuk yang bujang, mungkin ini adalah platform untuk mencari jodoh. Sapa tau kan? Kot-kot la lekat...............boleh la kompang kompang!
Apa pun, Fendiosman nak menyeru supaya marilah ahli PPTD sekelian, kita pakat pi menembak.Kalau takut pegang pistol, bawaklah pompom untuk meyorak rakan-rakan anda yang menyertai pertandingan tersebut. Oh ya, Fendiosman juga nak ingatkan Pertandingan ini adalah sangat santai dan sangat rileks. Walaupun urusetia menyediakan makanan, tapi bukanlah jenis hidang-hidang ada pelayan semua tu. Kalau nak macam tu, anda tak perlulah membuang masa jadi PTD dan datang pertandingan menembak.
Hadiah?
Oh....anda akan dapat crown!!!!!! Ala beauty pageant (NOTA : Gambar ini hanyalah dibuat menggunakan perisian ini! Jangan dok kata Fendiosman pi jadi Dragqueen pulak.............pitenah tu!)
Eh...takdelah hadiah ribu-ribu ringgit macam Anugerah Juara Lagu. Yang penting, faedah yang diperoleh seperti yang Fendiosman bagitau kat atas tu dapat dicapai. Dan.....................yang paling penting, kita semua HEPI. Jom la daftar ye. Kalau untuk 334 clan, dan yang ada nombor telefon Fendiosman yang berminat nak sertai pertandingan ni, bolehlah behubung terus dengan Fendiosman. Kalau takde, tu ha, kat poster kat atas tu ada nombor urusetia. Sila ringankan jari jemari anda untuk mendail bagi tujuan pendaftaran. Jom la masuk............jom laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....






4 comments:
mahu join. tapi semasa ia dilangsungkan i terbang la tuan!
so sweet..pic dier....
macam menarik... spesific date.... lama dah tak menembak nie... nak lepaskan tension....
Takleh masuk la.. kerana :
1. saya bukan PTD
2. pegang pistol pon tak pernah
3. tak nak la crown..
ahaks! =p
Post a Comment