Tuesday, July 06, 2010

Weekend Kalokohan.....PART 2

Pagi di Pasay City sangatlah sibuk. Fendiosman tak tau bila masa diorang dok diam. Siang macam sardin, malam pun macam sardin. My observation, their drivers will selit kiri selit kanan hon kiri hon kanan, tukar lane suka hati tapi langsung takde eksiden. Kat Malaysia ni, jalan cantik, banyak lorong, lepas tu eksidennya sana sini. Kenapa ya?

Ehm...satu perkara yang paling Fendiosman tak tahan di sini adalah kepadatan orangnya, mungkin dah biasa hassle free, avoiding jams, avoiding crowd, but here in Manila, I have to face it when I want to move around. Just like what I saw in Japan last year. Bezanya, kat Jepun tu tersusun dan teratur dan kat sini bersepah serta agak kotor. Bukan nak menjatuhkan tempat orang, kat tempat sendiri pun ada kawasan yang kotor. Tak caya pergi la area Chow Kit sana nun, tak pun area Kampung Pasir kat jalan nak masuk Ukay Heights ke. Sama je keadaannya!

Hari pertama dihabiskan dengan perjalanan dan rehat, hari kedua Fendiosman cuba adventure dengan menaiki local bus ke Tagaytay. Tagaytay City ni tanah tinggi ala2 Bukit Tinggi di Pahang. Ada tasik gunung berapi, dan gunung berapi pendam yang sangat cantik pemandangannya.

Dari Pasay City, jaraknya dalam 80 batu tapi perjalanan dengan bas mau makan dekat 2 jam setengah ye. Sometimes 3 jam. Bas nya macam Metrobus di KL ittewwwwww. Kejunglah bontot bila berada di dalam bas tersebut. Almaklumlah, Fendiosman pun dah lama tak naik bas sejak ada kereta sendiri ni. Jadi mungkin sebab itu yang menjadikan Fendiosman agak kekok bila nak naik bas semula.

Perjalanan ke Tagaytay membawa kami melalui kampung-kampung. Lebih kurang je dengan kampung-kampung di Malaysia. Serumpun katakan...

Dah puas mengejungkan diri dalam bas, sampailah kami ke destinasi yang dituju. Tempat ni memang menjadi tumpuan orang Manila untuk menikmati pemandangan indah sewaktu hujung minggu bersama keluarga. Ada tempat makan yang luas, sambil makan dapat pulak tengok suasana sekeliling. Just like Kintamani in Bali.

Kat sini bukanlah Pork Free.......cukuplah sekadar minum saja untuk duduk berehat. Kalau rasa yakin, makanlah seafood. Tapi Fendiosman punya sensitiviti sangatlah terkesan sejak pengalaman di Kintamani satu masa dulu. Sate babi bersebelahan sate ayam yang halal. Jadi............................paham-paham la ye! Apa pun, green mango shake itteww sangatlah sedap! Cukup untuk mengerutkan muka.........

Pemandangannya.............cantik dan sangat mendamaikan! Mrasa la jadi duta pelancongan Tagaytay untuk seketika!
Fendiosman boleh duduk di tempat macam ni lama-lama. As long as tiada gangguan seperti di tingkat 32 satu masa dulu. Opssssssssssssssssssssssssssssssssss..........(dengar-dengar Ratu Sheeba dah bertukar jadi Snow White.....betulkah?)

Seriously, memang cantik! Di tengah-tengah pulau ada gunung berapi. Dalam gunung berapi tu ada tasik kawah, dan di tasik kawah tu ada pulau lagi satu! Tapi................nak pergi tu makan masa jugak. Takat tengok dari jauh sudah la. (nak cover kes bangun lewat, jadi sampai lambat ke tempat lawatan).

2 jam di Tagaytay, masa untuk pulang kembali ke Manila. Dan Pasay City masih sesak seperti paginya. Entah bila la diorang nak berenti sesak ye?

Malamnya, Fendiosman ke Makati City untuk bersiar sambil berbelanja. Sikit sebanyak ole-ole untuk dibawa pulang. Sejak-sejak badan dah macam roti paun ni, Fendiosman cukup takut untuk bergambar. Uhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......destinasi wajib di tempat yang ada Kafe Batu Keras, mestilah ke Kedai Batu Keras untuk membeli barang-barang cenderamata.

Tapi sebelum tu, isi tangki di restoran Halal di Makati. Sini fine dining place. Tempat orang-orang kaya makan. Eheh.............

Kashmir namanya. Ada jual makanan Malaysia juga, tapi cara masak tu takdelah Malaysia sangat. Cukuplah sekadar nak rasa.

Fendiosman makan makanan India. Almaklumlah DKK kan..................(DKK? Carilah sendiri ya murid-murid!)

Dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Green Belt Makati dan SM Mall untuk menjamu mata dengan barang-barang yang ada. Mana la tau kot2 terbeli. Tapi kena ingat, kerosakan hendaklah tidak melebihi RM1000. Wahhhh...............

Apa yang ada di Manila ya?

Fendiosman membeli barong filipino, yakni baju tradisional Filipina. Takde la nak beli yang belakang tu, tapi kita beli yang fusion yang boleh dipakai di mana-mana saja. Heh....selesai aktiviti hari kedua. Dah habis bershopping ala kadar, teruslah pulang berehat di hotel. Rehat la sangat...................................

No comments: