Friday, July 09, 2010

Weekend Kalokohan.....THE FINALE

Tagaytay sudah, Makati sudah, Rizal Park sudah, sana sudah sini sudah, walaupun ada jugak yang tak berapa nak sudah. Fendiosman pulang ke hotel untuk mengemas kain baju sebelum check-out. Sesudah check-out sempat la lagi membuat explorasi terakhir di sekitar metropolitan manila. Tapi dalam radius 10KM je la kot, takut terlepas waktu untuk berangkat ke airport. Trafik kat Manila ni tak boleh dijangka sangat. Jadinya, kena bersedia seawal mungkin. Better sampai awal di airport daripada kena tinggal kapal terbang. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannn?

Fendiosman teringin nak rasa macam mana LRT di Manila ni. More or less lebih kurang je dengan MRT di Singapura ataupun RapidLRT di Malaysia maupun LRT di Bangkok. Mungkin sebab hari Ahad kot, orang tak ramai. Kalau hari-hari biasa katanya LRT ni macam tin sardin yang sarat.

Sempat la tengok area orang kaya di Manila, next to Makati. Sangat ekslusif. Rasa macam kat luar negara pun ada jugak. (Bukankah Pilipin tu luar negara? Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!)

Rasa jugak naik tricycle berkuasa solar di bandaraya ini. Geraknya dalam 10km sejam kot, laju sikit dari beca. Tapi sebab nak rasa pengalaman, kena lah cuba! Kan kan kan?

Selesai sudah aktiviti eksplorasi, tibalah masa untuk berangkat ke airport. Kat sini, sama jugak macam di Indonesia, buka pintu pun kena bayar duit lantaran kemiskinan yang melanda. Lagi tak bayar, lagi tu la dia ketuk tingkap teksi.

Airport kat sini sama jugak macam di Jakarta, only ticketed passengers are allowed to go inside the terminal. Kena la beratur panjang untuk masuk dalam. For security purposes katanya. Mungkin jugak sebab saiz terminal dia kecik. Buatnya sorang yang nak terbang tapi 2 3 van yang menghantar, tak ke haru?

Check-in was fast and swift. Thanks to Kad Keemasan ittewwwww. And within 2 minutes, dah siap semuanya.

Boarding pass, passport, dan juga LOUNGE INVITATION. Oh ya, di Manila ni pun sama seperti Indonesia. Kena simpan duit untuk bayaran perkhidmatan terminal. Dalam 700 pesos camtuh! Jadinya janganlah menghabiskan wang kerana bayaran di sini hanya diterima dalam bentuk tunai ye murid-murid!

BAHAGIAN INI DITUJUKAN UNTUK BONDA PHACHAT SEKALI LAGI DEMI MENAIKKAN SEMANGAT BELIAU UNTUK MENGUMPULKAN LEBIH BANYAK MATA ENRICH.

Sementara menunggu pesawat, rehatlah dulu di Lounge. Walaupun sekangkang kera, tapi dapatlah duduk di tempat yang sunyi sepi seperti yang Fendiosman harapkan.

Boleh jugak mandi....................tapi tak perlulah buat aksi Sofea Jane mandi lagi ye! Nanti sensasi sangat pulak.......

Boleh juga melahap, dengan semua jenis makanan yang ada.

Jangan risau, makanan di sini halalan toyyiba seperti yang telah diperakukan oleh Malaysia Airlines.

Ohhhhh....pisang pilipin memang lazat. Besarnya tu memang boleh mengenyangkan. Ada terbaca iklan pasal diet pisang di 7-11 di sana. Pagi2 sarapan 2 bijik pisang pilipin. Lunch ambik nasik, petang skip meal...........dan kalau lapar takat makan tortilla sekeping. Nescaya boleh kurus. Ada testimonial lagi. Tapi............mampukah nak makan pisang hari2?

Dan tunggu punya tunggu................sampailah pesawat yang nak membawa Fendiosman pulang. Weekend trip memang berbaloi, tapi kena pandai adjust dengan masa yang sangat padat.

Dah selesai semua kisah di Manila. Memang seronok sebab dapat tengok tempat orang. Tapi pada Fendiosman, untuk melawat, boleh lah pergi Manila. Untuk bercuti2 santai, Manila bukanlah tempatnya. Sesak, kotor dan menyesakkan.......................

Eksplorasi luar negara ni nak diteruskan ke mana pulak ye? Sama-samalah kita tunggu.

3 comments:

Marsha~ said...

gaya kau makan pisang mmg malatopssss.. huhu

phachat said...

I heart syampu Pantene ittiew... Hahahahaha....

p/s: bila masa lak MAS amek alih bidang koser JAKIM nih??

swit@kon said...

semua pose itu adalah hot, hot, hot. i nak try untuk trip BKK nanti. wakakakakaka